Peter Del Vecho ialah penerbit filem di Walt Disney Animation Studios, di mana beliau juga naib presiden kanan penerbitan.[1] Beliau terkenal dengan kemenangan, bersama pengarah Chris Buck dan Jennifer Lee, Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik untuk filem Frozen 2013.[2]

Peter Del Vecho
Peter Del Vecho (kiri), Jennifer Lee (tengah), dan Chris Buck (kanan) di tayangan perdana filem Frozen pada 19 November 2013.
Kelahiran (1958-04-06) 6 April 1958 (umur 66)
Pusat pendidikanUniversiti Boston
PekerjaanPenerbit filem
MajikanWalt Disney Animation Studios (1995-kini)
Terkenal keranaFrozen, Winnie the Pooh, The Princess and the Frog, Treasure Planet
PasanganJane Del Vecho
Anak-anak2

Del Vecho dibesarkan di bandar Quincy, di kawasan South Shore di luar Boston, Massachusetts.[3] Beliau tamat belajar pada tahun 1987 dari Kolej Universiti Seni Halus Boston, di mana beliau belajar teater, dan bekerja di teater selama bertahun-tahun.[4] Pada tahun 1995, selepas bekerja di Teater Guthrie di Minneapolis selama kira-kira tujuh tahun, beliau telah direkrut oleh Animasi Disney. Beliau memulakan pengurusan penerbitan dan beralih ke penerbitan.[5]

Selain Frozen, Del Vecho menerbbitkan filem Disney Animation The Princess and the Frog (2009) dan Winnie the Pooh (2011), dan merupakan penerbit bersekutu Treasure Planet (2002), yang diarahkan oleh John Musker dan Ron Clements.[6]

Pada musim bunga 2015, Del Vecho menerbitkan Frozen Fever, filem pendek berdasarkan Frozen yang sekali lagi diarahkan oleh Buck dan Lee.[7] Pada 12 Mac 2015, Disney Animation mengumumkan bahawa Del Vecho akan menerbitkan kesinambungan penuh (Frozen 2) kepada Frozen, sekali lagi diarahkan oleh Lee dan Buck yang keluar pada November 2019.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Pearson, Ben. "Walt Disney Animation Isn't Opposed to Hand-Drawn Features, Jennifer Lee Talks About Making Changes After John Lasseter's Exit [Interview]". /Film. Dicapai pada 3 October 2019.
  2. ^ "Oscar Winners 2015: The Complete List - 86th Academy Awards". Oscar.com.
  3. ^ Shanahan, Mark; Meredith Goldstein (6 February 2014). "'Frozen' producer Peter Del Vecho has South Shore roots". Boston Globe. Dicapai pada 21 April 2014.
  4. ^ Laskowski, Amy (28 February 2014). "Frozen Producer Heads to the Oscars". BU Today. Dicapai pada 21 April 2014.
  5. ^ Shanahan, Mark; Meredith Goldstein (6 February 2014). "'Frozen' producer Peter Del Vecho has South Shore roots". Boston Globe. Dicapai pada 21 April 2014.
  6. ^ "Peter Del Vecho". IMDb. Dicapai pada 2014-03-20.
  7. ^ Gettell, O. (September 3, 2014). "Disney short 'Frozen Fever' coming in spring 2015, with new song". Los Angeles Times. Dicapai pada 2014-09-06.
  8. ^ Graser, M. (March 12, 2015). "Disney Announces 'Frozen 2′". Variety. Dicapai pada 2015-03-15.

Pautan luar sunting