Lt-Col Datuk Peter Dobree yang merupakan salah seorang anggota Pasukan Harimau Malaya 136 Harimau Malaya Force 136 yang ditubuhkan bagi menentang penjajahan Jepun.

Datuk Peter Dobree yang memegang diploma dalam pertanian datang ke Malaysia pada tahun 1935. Dia merupakan pengurus ladang di Merlimau, Melaka dan kemudiannya sebagai pegawai pertanian Hulu Langat.

Dia memulakan pasukan menentang Jepun pada tahun 1944 apabila Jepun menjajah Malaysia.Kemudian dia memasuki unit meriam artileri British dan berundur ke Singapura, dan kemudiannya ke Indonesia.

Dobree menulis buku Hot Rains Mean Danger berkenaan perjuangan melawan Jepun dengan bantuan Wakil Parlimen Gerik, Datuk Prof Wan Hashim Wan Teh..

Datuk Peter Dobree meninggal di England pada Jumaat 22 Oct 2004 ketika berusia 92 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Mary.