Peter John Jaban atau 'Petdier John' atau 'Anak Apai' adalah penyampai berita Radio Sarawak Bebas. Beliau digelar 'Papa Orang Utan' kerana memperjuangkan nasib haiwan 'orang Utan' di Borneo dan pejuang nasib orang Iban di Sarawak. Beliau pernah menjadi DJ radio milik kerajaan negeri Sarawak Cats FM dan berundur pada 2006. Beliau juga bekas Timbalan Pengerusi Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA). Jaban juga pernah bekerja di Pejabat Tanah dan Ukur Kuching.

Radio Free Sarawak telah dilancarkan pada November 2010 sebagai saluran alternatif bagi rakyat Sarawak. Ia merupakan sebuah instrumen media yang memuatkan banyak informasi, wawancara, muzik, komentar dan laporan yang tidak akan disiarkan oleh media kerajaan BN. Radio Free Sarawak dan Sarawak Report sering menyiarkan isu-isu penebangan balak di Sarawak dan kehilangan tanah peribumi Sarawak serta rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak. Selaku DJ, Jaban menelefon penduduk Iban Sarawak yang menetap di rumah-rumah panjang yang sering menyangkut tentang hak asasi manusia di Sarawak. Kini beliau ahli Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia di london dan terus mengenengahkan isu penindasan dan pemingiran Dayak di Sarawak.[1][2]

Pada 2011, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) , Pandi Suhaili membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga berhubung desakan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia, Datuk Joseph Salang Gandum tentang fitnah palsu terhadap [[Ketua Menteri Sarawak], Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Pada 23 Februari 2011, Clare Rewcastle Brown, ipar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dan Peter John Jaban menngaku mereka bertanggungjawab terhadap blog Sarawak Report. Pilihan raya DUN Sarawak 2011 berlangsung pada 16 April 2011.[3]

Hilang di Miri sunting

Pada 1 Jun 2012, Peter John dilaporkan hilang sebaik sampai di Lapangan Terbang Miri, Miri, Sarawak. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berharap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dapat mengusahakan sesuatu jika tidak akan berbangkit di peringkat antarabangsa. Peguam Alan Ling telah berjumpa dengan Peter John di Kota Kinabalu,Sabah.

Jaban tiba di Miri dari Kota Kinabalu menaiki pesawat Air Asia kira-kira pada pukul 10:45 pagi dan telah meninggalkan Lapangan Terbang Miri menuju ke bandar Miri bersama-sama Pengerusi PKR Miri Dr Michael Teo. Peter John Jaban dalam perjalanan ke bandar Miri, tiga orang lelaki tidak dikenali menggunakan kereta Proton dikatakan telah menahan Teo dan Jaban serta membawa Jaban bersama mereka.[4]

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Baru Bian melahirkan rasa bimbang dengan keberadaan aktivis itu. Jaban pulang ke Sarawak sempena Pesta Gawai 2012. Insiden hampir serupa pernah terjadi kepada Bruno Manser dari Switzerland.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
2021 Edge of the World Orang Kaya

Rujukan sunting