Peti besi adalah sebuah peti selamat yang boleh dikunci untuk menyimpan barang-barang berharga daripada pencurian atau/dan kerosakan. Peti ini biasanya berbentuk kuboid atau silinder dengan satu bahagiannya boleh ditanggalkan atau berengsel untuk membentuk sebuah pintu. Badan dan pintunya boleh diperbuat daripada logam (seperti keluli) atau plastik melalui acuan tiupan. Satu perbezaan ketara peti besi bergantung kepada jenisnya sama ada dicantum pada dinding atau struktur, atau ia boleh dialihkan. Versi kurang selamat biasanya dipanggil sebagai peti wang tunai. Peti besi pertama muncul di England pada abad XIX, dengan peningkatan jumlah kapitalis. Pada masa itulah Peti dan kabinet sederhana diganti dengan kabinet yang diperbuat daripada keluli dan dilengkapi dengan kunci yang kuat.

Peti besi rumah yang biasa.

Bacaan lanjut sunting

  • Evolusi peti besi.
  • Locks, Safes, and Security: An International Police Reference, published by Charles Thomas Publishers, Springfield, Illinois, Amerika Syarikat. (2000) ISBN 0-398-07079-2.