Peti surat, Kotak surat, liang surat, liang mel atau peti mel merupakan bekas untuk menerima mel masuk ke tempat kediaman atau perniagaan persendirian. Untuk tujuan yang bertentangan bagi menghantar surat keluar, kotak pos biasanya digunakan. Kotak surat atau peti surat terdapat dalam reka bentuk utama berikut:

  • Liang di dinding atau pintu melalui mana surat dihantar (penghantaran melalui pintu)
  • Kotak yang dipasang terus ke bangunan (penghantaran terus ke pintu)
  • Kotak dipasang di atau berdekatan dengan jalan (penghantaran curbside )
  • Stesen penghantaran pos berpusat yang terdiri daripada peti mel individu untuk keseluruhan bangunan
  • Stesen penghantaran pos terpusat yang terdiri daripada peti mel individu untuk berbilang penerima di pelbagai alamat dalam kejiranan atau komuniti tertentu
Pintu hitam pada bangunan bata merah. Terdapat liang surat dibina pada pintu sekitar 3 kaki atau 90 sentimeter dari bawah.
Liang surat pada tengah pintu.
Peti surat besi tuang

Gaya dan penggunaan sunting

"Kotak surat", atau "liang surat" dalam penggunaan Amerika Syarikat dan Kanada, adalah liang, biasanya mendatar tetapi kadang-kadang menegak, kira-kira 30 cm dengan 5 cm (12 inci dengan 2 inci), ditebut di pertengahan atau lebih rendah pada pintu hadapan. Gaya ini hampir sejagat di rumah-rumah dan pejabat-pejabat British, tetapi di Amerika Syarikat adalah terhad terutamanya pada kawasan-kawasan yang lebih tua di beberapa bandar di timur. Sebahagian besarnya dilindungi dengan tabir atau penutup di luar bagi menahan cuaca. Kelepak boleh ditutup melalui graviti, atau berspring untuk mencegahnya bising terbuka dan tertutup ditiup angin. Beberapa peti surat juga mempunyai penutup kedua di bahagian dalam untuk memberi perlindungan tambahan dari unsur-cuaca. Terdapat juga sangkar kecil atau kotak dipasang di bahagian dalam pintu untuk menerima surat yang dihantar. Liang surat adalah terhad untuk menerima mel masuk, kerana kebanyakan tidak mempunyai perlindungan untuk memelihara dan melindungi surat surat keluar untuk diambil oleh pembawa pos. (Menghantar surat dari alamat peribadi tidak mungkin di UK dalam apa jua keadaan, kerana Royal Mail tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian.)

 
Peti surat dilekatkan atau dipasang pada dinding

Galeri sunting

Rujukan sunting