Petikan kes

Sistem unik bagi mengenalpasti keputusan individu dari mahkamah
Pelbagai petikan kes dialihkan ke sini. Jika anda sedang mencari teks tulen suatu pendapat, ia biasanya dihubungkan pada pautan luar di bawah rencana mengenai kes berkenaan.

Petikan kes adalah sistem yang digunakan dalam negara-negara common law seperti United Kingdom, Malaysia, Kanada, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, India dan New Zealand untuk mengenalpasti secara unik lokasi keputusan-keputusan kes mahkamah terdahulu dalam siri buku khas yang digelar laporan. Sementara petikan kes diformatkan dengan berbeza di bidang-bidang kuasa berlainan, mereka secara amnya mempunyai maklumat kunci yang sama.

Di mana kes-kes diterbitkan dalam volum ikatan petikannya akan merangkumi:

  • tajuk laporan;
  • nombor volum;
  • nombor muka surat; dan
  • tahun kes diputuskan.

Dalam sesetengah siri laporan, sebagai contoh di England dan Malaysia, volum tidak dinomborkan secara bebas daripada tahunnya: maka tahun dan nombor volum (biasanya tidak lebih daripada 4/IV) diperlukan untuk mengenalpasti buku siri mana letaknya kes yang ingin dicari. Dalam petikan sebegini ia biasa untuk kurungan empat segi '[’tahun]' untuk diaplikasikan kepada tahun (yang mungkin bukan tahun kes ditentukan: sebagai contoh, suatu kes yang telah diputuskan pada Disember 2003 mungkin telah dilaporkan pada tahun berikutnya iaitu tahun 2004).

Kewujudan Internet telah membawa bersamanya peluang untuk para mahkamah-mahkamah menerbitkan keputusan mereka di laman web. Kos rendah kaedah terbitan sebegini dan peranan penting keputusan mahkamah sebagai sumber utama undang-undang di negara-negara common law telah menghasilkan keadaan di mana kebanyakan mahkamah menerbitkan majority keputusan mereka di Internet. Keputusan-keputusan mahkamah dari serata dunia kini boleh didapati di laman WorldLII. Anjakan ini telah digalakkan Gerakan Laluan Bebas ke Undang-Undang.

Kebanyakan keputusan mahkamah tidak diterbitkan dalam laporan undang-undang yang dicetak. Overhed besar terbitan mengehadkan terbitan pada kes-kes yang signifikan sahaja. Terbitan kes di Internet menyebabkan kebanjiran maklumat berlaku, hasilnya sistem terbitan sederhana-neutral terpaksa digunapakai. Ini biasanya merangkumi informasi berikut:

  • tahun keputusan
  • singkatan tajuk mahkamah; dan
  • nombor keputusan (bukan nombor fail mahkamah)

Penggunaan nombor muka surat sebagai rujukan petikan, yang bersangkut dengan pencetak dan pelayar web tertentu tidak senang digunakan untuk sistem laman web. Oleh itu, kuotasi nombor perenggan bertindak sebagai gantian.

Amerika Syarikat sunting

Format piawai bagi petikan kes di Amerika Syarikat ialah:

Roe lwn Wade, 410 U.S. 113 (1973)

di mana:

  • Roe lwn Wade adalah nama kes, (Dalam Bahasa Inggeris, lwn ditulis v.)
  • 410 adalah nombor volum "laporan" di mana ia muncul,
  • U.S. adalah singkatan pelapor,
  • 113 adalah nombor muka surat permulaan pendapat, dan
  • 1973 adalah tahun kes diputuskan.

Nombor-nombor ini digunakan untuk mencari suatu kes khusus, kedua-dua semasa mencari kes dalam satu laporan dan apabila mengaksesnya secara elektronik di Internet atau melalui LexisNexis atau Westlaw.

Format ini juga membenarkan kes-kes berlainan dengan pihak bertelagah yang sama untuk dibezakan secara mudah. Sebagai contoh, mencari kes Mahkamah Agung Amerika Syarikat Miller v. California akan menyebabkan hasil empat kes, sesetangah yang melibatkan orang-orang berbeza yang bernama Miller, dan kesemuanya berkait topik berlainan.

Mahkamah Agung Amerika Syarikat sunting

Kes-kes dari Mahkamah Agung Amerika Syarikat secara rasminya dicetak dalam United States Reports (‘’Laporan Amerika Syarikat’’). Petikan daripada United States Reports kelihatan begini:

Ramai keputusan mahkamah diterbitkan lebih dari satu laporan. Satu petikan dari dua atau lebih laporan digelar "petikan selari." Untuk keputusan-keputusan Mahkamah Agung A.S., terdapat banyak pelapor tidak rasmi, termasuk the Supreme Court Reporter (S. Ct.) (Laporan Mahkamah Agung) dan Lawyer's Edition (L. Ed.) (Edisi Peguam) yang dicetak oleh syarikat-syarikat swasta dan memberi lebih anotasi kepada pendapat-pendapat Mahkamah. Walaupun petikan pada yang duanya lagi tidak diperlukan, sesetengah peguam dan penulis undang-undang lebih suka memetik ketiga-tiga laporan serentak:

"2d" selepas l. Ed. menandakan siri kedua Lawyers' Edition. Laporan-laporan Amerika Syarikat sering dinomborkan mengikut sekuens, tetapi nombor volum tidak pernah lebih dari 999. Apabila volum 1,000 dicapai, nombor volum bermula semula dari 1 dan satu "2d" ditandakan selepas singkatan laporan (Peguam Amerika Syarikat mempunyai tradisi menggunakan "2d" dan "3d" berbanding "2nd" and "3rd"). Sesetengah laporan berada dalam siri ketiga, dan sedikit daripadanya menghampiri siri keempat.

Sesetengah kes Mahkamah Agung lama mempunyai petikan kes yang ganjil, seperti . Marbury lwn Madison, 5 U.S. (1 Cranch) 137 (1803). "(1 Cranch)" dalam petikan berkenaan merujuk kepada fakta sebelum adanya pelapor mahkamah rasmi, kes-kes dikumpulkan, diikat dan dijual oleh individu-individu peribadi yang berkontrak dengan Mahkamah untuk hak berbuat demikian. Dalam keadaan sebegini, kes telah dahulunya dilaporkan oleh William Cranch, yang telah dipertanggungjawab menerbitkan laporan-laporan Mahkamah Agung dari tahun 1801 ke 1815. Laporan sebegini yang dinamakan mengikut individu yang mengumpulkan mereka, wujud dari 1790 ke 1874.

Apabila satu kes telah diputuskan tetapi masih belum dilaporkan, petikan mungkin menotakan volum tetapi membiarkan bahagian muka surat kosong sehingga ia ditentukan. Misalnya Gonzales lwn Oregon, 546 U.S. ___ (2006).

Lihat Laporan Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk nama edisi lain.

Dalam satu petikan kes Mahkamah Agung, nama pertama yang tersenarai adalah nama pihak yang membuat rayuan, diikuti oleh pihak responden. Dalam kebanyakan kes, pihak yang membuat rayuan merupakan pihak yang telah kalah kesnya dalam mahkamah bawahan. Ini merupakan amalan yang sama dalam kes-kes mahkamah rayuan persekutuan.


Mahkamah persekutuan bawahan sunting

Kes mahkamah rayuan Amerika Syarikat diterbitkan dalam Federal Reporter (F., F.2d, atau F.3d) (Pelapor Persekutuan). Kes mahkamah daerah Amerika Syarikat pula diterbitkan dalam Federal Supplement (F. Supp. or F. Supp. 2d) (Susulan Persekutuan). Kedua-duanya diterbitkan oleh Thomson West dan secara teknikal bukanlah laporan rasmi, tetapi telah digunakan secara meluas oleh sebab tiada laporan rasmi.

Apabila pendapat mahkamah bawahan dipetik, petikan turut memasukkan nama mahkamah berkenaan. Ini diletakkan dalam parentesis sebelum tahun. Sedikit contoh:

Mahkamah negeri sunting

Keputusan mahkamah bawahan diterbitkan di merata tempat. Ramai negeri mempunyai laporan sendiri, yang menerbitkan keputusan mahkamah tertinggi negeri berkenaan. Laporan ini berkongsi singkatan bagi negeri berkenaan.

Sebagai tambahan kepada laporan-laporan rasmi, Thomson West menerbitkan pelbagai siri "laporan mengikut kawasan" yang merangkumi beberapa negeri dalam satu. Ini termasuk North Eastern Reporter (Laporan Timur Laut), Atlantic Reporter (Laporan Atlantik), South Eastern Reporter (Laporan Tenggara), South Western Reporter (Laporan Barat Daya), North Western Reporter (Laporan Barat Laut), dan Pacific Reporter (Laporan Pasifik).

Di bawah merupakan contoh bagaimana hendak memetik laporan West:

  • Jackson lwn Komenwel, 583 S.E.2d 780 (Va. Ct. App. 2003) – satu kes dalam Mahkamah Rayuan Virginia (satu mahkamah rayuan pertengahan) diterbitkan dalam South Eastern Reporter
  • Foxworth lwn Maddox, 137 So. 161 (Fla. 1931) – satu kes dalam Mahkamah Agung Florida diterbitkan dalam Southern Reporter (Foxworth v. Maddox)
  • People lwn Brown, 282 N.Y.S.2d 497 (1967) – satu kes dalam Mahkamah Rayuan New York (mahkamah tertinggi New York) diterbitkan dalam New York Supplement (Susulan New York). Kes ini juga muncul dalam laporan mengikut kawasan West: People lwn Brown, 229 N.E.2d 192 (N.Y. 1967) (People v. Brown)

Singkatan untuk mahkamah bawahan berlainan mengikut negeri, oleh sebab setiap negeri mempunyai sistem mahkamah perbicaraan dan rayuan pertengahan tersendiri.

Apabila satu kes muncul dalam laporan rasmi dan tidak rasmi, mana-mana petikan boleh digunakan. Ramai peguam lebih suka memetik kedua-duanya. Sesetengah mahkamah negeri mewajibkan petikan selari (dalam kes ini, petikan ke kedua-dua laporan rasmi dan laporan tidak rasmi mengikut kawasan) digunakan apabila memetik kes daripada mana-mana mahkamah dalam sistem negeri.

Sesetengah negeri, sebagai contoh California dan New York, mempuyai sistem petikan tersendiri yang berlainan daripada standard persekutuan dan nasional. Petikan dalam gaya California meletakkan tahun antara nama-nama pihak terlibat dan rujukan ke laporan kes. Petikan dalam gaya New York meletakkan braket menggantikan parentesis apabila menyebut tahun. Kedua-dua New York dan California meletakkan parentesis apabila menggunakan petikan dalam satu ayat sendiri. New York meletakkan waktu hapus di luar parentesis tetapi California meletakkannya di dalam. New York meletakkan laporan dan rujukan muka surat dalam parentesis apabila petikan digunakan sebagai klausa.

Kedua-dua gaya berkenaan berbeza dengan gaya kebangsaan/Bluebook yang hanya meletakkan petikan sebagai satu ayat berasingan tanpa hiasan yang melebih. Kedua-dua sistem kurang tanda noktah dan keluasannya dalam singkatan laporan.

Misalnya jika kita menganggap bahawa petikan diletakkan sebagai ayat berasingan tersendiri, kes Brown seperti di atas akan dipetik (menggunakan laporan rasmi) ke satu mahkamah New York sebagai:

  • (People lwn Brown, 20 NY2d 238 [1967]). (Terjemahan bukan sebahagian daripada petikan: People v. Brown)

Dan di California pula kes liability produk terkenal Greenman akan dipetik sebagai:

Seperti Mahkamah Agung Amerika Syarikat, sesetengah petikan kes negeri lama mempuyai nama penerbit peribadi atau pegawai lantikan negeri yang mengumpulkan kes-kes. Sebagai contoh, petikan dalam Pierson lwn Post, 3 Cai. R. 175 (1804) (Pierson v. Post) adalah singkatan untuk volum 3 dari Laporan Caines, muka surat 175, dinamakan untuk George Caines yang dilantik untuk mengumpulkan kes-kes New York. Kebanyakan negeri-negeri membuang tabiat ini pada tahun-tahun antara pertengahan ke ahkir kurun ke-18, tetapi negeri Delaware terus menggunakannya sehingga tahun 1920.

Keputusan yang tidak diterbitkan sunting

Kini semakin banyak kata putus para mahkamah yang tidak jadi diterbitkan dalam laporan kes. Sebagai contoh, hanya 7% daripada pendapat mahkamah pertengahan Califormia (Mahkamah-mahkamah rayuan) diterbitkan pada setiap tahun. Ini secara amnya disebabkan penyunting laporan memilih hanya keputusan yang cukup signifikan untuk diterbitkan, oleh sebab kos overhed yang tinggi dan keperluan mengelakkan keadaan maklumat berlebihan. Ia juga diargumentasikan yang ini disebabkan ramai negeri, terutama California, gagal mengembangkan kehakimannya selaras dengan pertumbuhan kadar penduduk (oleh sebab kewangan dan politik tertentu). Sebagai langkah berhadapan dengan beban kerja yang begitu berat, para hakim lebih suka menulis pendapat yang lebih pendek daripada biasa yang menghabiskan huraian mengenai isu-isu kecil dalam satu atau dua ayat sahaja. Mereka mengelak daripada menerbitkan keputusan-keputusan sebegini sebagai penjagaan terhadap risiko mencipta duluan buruk. Para peguam mempunyai beberapa pilihan dalam memetik keputusan "tidak teterbit":

  • Untuk kes-kes yang baru diputuskan yang akan diterbitkan kemudian, nombor doket daripada mahkamah boleh digunakan sebagai petikan.
  • Kes yang sengaja dibiarkan tidak terterbit meskipun masih "diterbitkan" pada perkhidmatan pengomputeran, seperti LexisNexis dan Westlaw. Perkhidmatan-perkhidmatan ini mempunyai format petikan tersendiri didasarkan nombor siri (dikeluarkan mengikut sekuens dari 1 pada masa dokumen ditambahkan setiap tahun). Petikan Westlaw umpamanya, kelihatan seperti ini: Fuqua Homes, Inc. v. Beattie, No. 03-3587, 2004 WL 2495842 (8th Cir. November 8, 2004).

Sesetengah sistem mahkamah — seperti sistem mahkamah negeri California dan Mahkamah Rayuan persekutuan untuk Litar Kesembilan—tidak membenarkan peguam memetik kes-kes tidak terterbit sebagai duluan. Sejak tahun 2004, hakim-hakim persekutuan berdebat akan cadangan meminda Peraturan Prosidur Rayuan Persekutuan (Federal Rules of Appellate Procedure atau FRAP) supaya semua kes-kes tidak terterbit boleh dipetik sebagai duluan mengikat. Pada tahun 2006, Mahkamah Agung telah menetapkan peraturan baru Rule 32.1 FRAP mewajibkan kesemua mahkamah-mahkamah persekutuan membenarkan petikan kes-kes tidak terterbit mulai Januari 1, 2007, meskipun dibantah beberapa peguam dan hakim. Peraturan ini mengambil kesan kecualilah kongres Amerika Syarikat menvetonya.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ McDonald, Molly, "Pintu terbuka untuk pendapat tidak terterbit", ABA Journal eReport, April 21, 2006.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting