Petroleum Sarawak Berhad

Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) ialah sebuah syarikat minyak dan gas Malaysia milik negeri Sarawak yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Petroleum Sarawak Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat milik negeri
IndustriMinyak dan gas
Ditubuhkan6 Mac 2018; 6 tahun yang lalu (2018-03-06)
PengasasAbang Johari Openg
Ibu pejabatMalaysia Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanSarawak
Tokoh pentingTan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Pengerusi[1]
Saau Kakok, CEO[2]
KeluaranPetroleum, gas asli
PemilikKerajaan Negeri Sarawak
Tapak webwww.petroleumsarawak.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketika Majlis Berbuka Puasa Lan Berambeh 2017 Pusat Dagangan Dunia Putra, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, mengumumkan bahawa Sarawak bakal menubuhkan satu syarikat cari gali minyak dan gas milik negeri.[3]

Pada 4 Julai 2017, Ketua Menteri Abang Johari Openg mengumumkan[4] bahawa Sarawak di tengah-tengah menubuhkan firma cari gali minyak dan gas sendiri yang akan menjadi milik negeri Sarawak sebanyak 100 peratus dan akan bergerak bersama perbadanan minyak negara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada dasar yang sama.[5] Ia akhirnya ditubuhkan pada Ogos 2017.[6]

Kerajaan negeri Sarawak menyasar PETROS beroperasi menjelang suku pertama tahun 2018[7] dan menjadi pemain aktif dalam industri minyak dan gas menjelang tahun 2020.[8]

Lembaga pengarah sunting

Pada 24 Ogos 2017, Pejabat Ketua Menteri mengumumkan lima ahli lembaga pengarah yang sulung[9][10][11]:-

  1. YBhg Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo (Pengerusi) - Bekas Setiausaha Negeri Sarawak[9];
  2. Sharbini Suhaili - Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB), iaitu Timbalan Presiden (Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran) PETRONAS sebelum memasuki SEB;[9]
  3. YBhg Dato Mohammad Medan Abdullah- Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd, iaitu pengerusi beberapa syarikat termasuk Petronas Hartabina Sdn Bhd dan Petrosains Sdn Bhd;
  4. Heng Hock Cheng - bekas Pengarah Urusan Shell Gas & Power Malaysia sebelum persaraan beliau pada taun 2006[9]; and
  5. Zuraimi Sabki - Pengarah Kerja Raya Negeri[9].
  6. YBhg Datin Josephine anak Hilary Dom[2]

Pada 21 September 2017, PETROS melancarkan sebuah iklan mengupah CEO baru untuk syarikat ini[12], setelah mengumumkan awal bulan bahawa mereka hendak mengupah CEO tempatan.[13] Pengerusi PETROS mengumumkan bahawa syarikat minyak dan gas ini telah menerima lebih 40 permohonan daripada orang Sarawak bagi mengisi kekosongan kerja[14]. Menjelang 17 Januari 2018, kedudukan ini belum diisi[15].

Menjelang 8 November 2017, iklan mengupah Pengurus Sumber Manusia (HRM), Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) mula muncul di papan pekerjaan.[16]

Kerjasama antarabangsa sunting

PETROS menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan Petrotel Energy Oman LLC “untuk jelajah kebarangkalian operasi bersama untuk menbina sektor ke hilir minyak dan gas di Sarawak”[15][17].

Rujukan sunting

  1. ^ "Sarawak to get back lost rights". The Borneo Post. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  2. ^ a b "Saau Kakok appointed CEO of Petros". The Borneo Post. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  3. ^ "Sarawak tubuh syarikat minyak sendiri". BH Online. 2017-06-11. Dicapai pada 2018-01-18.
  4. ^ "S'wak forming O&G firm to do own exploration". MalaysiaKini. 4 Julai 2017.
  5. ^ Tawie, Sulok (9 August 2017). "CM: Sarawak oil company equal with Petronas". Malay Mail Online. Dicapai pada 30 November 2017.
  6. ^ "Petros officially formed, says Sarawak CM". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). 7 August 2017. Dicapai pada 2018-01-18. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ "Sarawak to set up own oil company amid ongoing talks with Petronas - Business News | The Star Online". The Star Online. 5 September 2017. Dicapai pada 2018-01-18. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ "Petros up and running by 2020". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-14. Dicapai pada 2018-01-18. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ a b c d e "Petros names Hamid Bugo chairman". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News (dalam bahasa Inggeris). 2017-08-25. Dicapai pada 2018-01-18.
  10. ^ "Board of Directors announced". Office of the Chief Minister of Sarawak. 2 September 2017.
  11. ^ "Hamid Bugo appointed chairman of Petros". Free Malaysia Today. MToday News. 25 August 2017. Dicapai pada 30 November 2017.
  12. ^ "Petroleum Sarawak Berhad is inviting candidates for the position of Chief Executive Officer". The Borneo Post. 21 September 2017.
  13. ^ Wong, Jack (9 September 2017). "Search for Petros CEO intensifies". The Star. Star Media Group. Dicapai pada 30 November 2017.
  14. ^ "Petros gets 40 applications from Sarawakians for CEO - Business News | The Star Online". The Star Online. 8 November 2017. Dicapai pada 2018-01-18. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  15. ^ a b "Petroleum Sarawak signs up for Petrotel's expertise in oil and gas | The Malaysian Insight". The Malaysian Insight (dalam bahasa Inggeris). 17 Januari 2018. Dicapai pada 2018-01-18. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  16. ^ "HRM, COO & CFO Advert". myStarJob. Star Media Group. 8 November 2017.
  17. ^ "Sarawak, Oman teroka kerjasama petroleum, pembangunan tenaga". BH Online. 2018-01-17. Dicapai pada 2018-01-18.

Pautan luar sunting