Pewarnaan rambut dan janggut menurut Islam

Kaum lelaki adalah tidak dibolehkan mewarnai janggutnya dengan warna hitam. Hukum ini berdasarkan dari dalil-dalil yang melarangnya. Imam Abu Daud meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah bahawa beliau berkata:

Abu Quhafah dibawa ke hadapan Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam (Nabi Muhammad) pada hari penaklukan kota Makkah dalam keadaan putih rambutnya. Rasulallah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Warnailah ubannya dan hindarilah penggunaan warna hitam!" (Hadis Riwayat Imam Muslim, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Imam Ahmad, Abu Dawud dan An-Nasa'i juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhu bahawa beliau berkata: "Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Akan ada kelak di akhir zaman suatu kaum yang mewarnai rambut mereka dengan warna hitam bagaikan anak-anak burung merpati, mereka tidak akan mencium aroma (bau) syurga."

Namun dianjurkan agar mewarnai rambut dengan selain warna hitam berdasarkan hadis Jabir terdahulu.


Dianjurkan agar mewarnai rambut dengan menggunakan inai atau sejenisnya yang membuat warna rambut menjadi merah atau kuning, kerana Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam pernah mewarnai rambut beliau dengan warna kuning. Dan berdasarkan hadis riwayat Muslim yang menyebutkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu 'Anhu mewarnai rambutnya dengan inai dan al-katam (sejenis tumbuhan untuk mewarnai rambut). Dan juga berdasarkan hadis Nabi Salallahu 'Alaihi Wassalam:

"Sesungguhnya bahan terbaik untuk mewarnai uban kamu ialah inai dan al-katam." (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam An-Nasa'i dan Imam At-Tarmizi, dan dinayatakan sahih oleh beliau).

Sumber sunting

  • Dinukil dari kumpulan Fatwa Lajnah Daimah V/166-167