Anda mesti tambahkan parameter |sebab= ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|reason=<Sebab kamu disini>}}, atau padamkan templat ini.

PGX, Community.
Pertubuhan
IndustriCommunity Service, Relationship
PengasasUnknown
Ibu pejabatKuching,Serian,Sibu,Sri Aman, Sarikei, Miri,Bintulu,Kapit, Limbang,Lawas ,Marudi, Malaysia
Tempat dibekalkan
Worldwide
Perancang utama
dead, dauz
Laman sesawangpgx.com.my

HistorySunting

PGX adalah sebuah komuniti maya terawal di sarawak. Ianya mempunyai keahlian yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pelbagai usia. Daripada sumber laman web pgx.com.my iaitu laman web rasmi pgx, ianya bermula secara rasmi pada penghujung 90an di mana ahli-ahli pgx berkomunikasi di MSN Group. Selain daripada MSN group, pgx juga pernah menjadikan e-circle sebagai medium untuk berkomunikasi.

Pada masa tersebut, miRC merupakan satu-satunya tempat untuk ahli bersembang secara langsung. Kebanyakan mereka bersembang di dalam saluran #petrajaya.Menyedari bahawa ahli-ahli yang menyertai pgx semakin ramai, ianya telah mendaftarkan satu domain pgx.com.my dan membuat satu forum khusus untuk ahli bersembang selain daripada menggunakan miRC.

PGX kemudian membuat satu lagi domain iaitu pgxetreme namun ianya tidak kekal lama dan akhirnya pgx.com.my merupakan laman web rasmi sehingga sekarang.

Sebahagian besar ahli pgx berada di negeri sarawak. Ianya menggunakan bahasa melayu sarawak sebagai bahasa rasmi. Namun bahasa malaysia digunakan untuk melaporkan berita-berita terkini, artikel, rencana dan pengumuman di halaman utama portal. Ahli-ahli berdaftar bebas menulis, berkarya, bersembang di dalam forum yang disediakan secara percuma. Namun ianya tidak membenarkan ahli-ahli menyentuh perkara sensitif yang boleh melanggar undang-undang negara atau berunsur perkauman dan politik.

Sehingga sekarang tiada siapa yang mendedahkan apa maksud sebenar perkataan PGX sehingga ramai di kalangan ahli telah membuat pelbagai andaian dan maksud yang tersendiri.

DefinitionSunting

Di antara definasi yang diketahui ramai ialah;

PGX - We do not exist, but we are everywhere.

PGX - Sarawak Virtual Community

Walau apapun maksud yang diberikan, pgx mempunyai identiti tersendiri yang terdapat pada logo pgx. Ianya mempunyai angka rasmi "24" yang ditulis menggunakan huruf jawi atau arab iaitu "۲٤".

Corporate ColorSunting

Warna rasmi pgx pula adalah merah, hitam dan putih.

GroupsSunting

PGX juga mempunyai pecahan kumpulan yang terdiri daripada;

1. PGX Car Crew
2. PGX Racing Team
3. PGX Production Team ( Sekarang dikenali sebagai Agent24)
4. PGX Futsal Team
5. PGX Paintball Team
6. PGX Fishing Team (Anglers)
7. PGX Virtual Community (PGXianz)

Majoriti ahli adalah datang daripada kumpulan PGXianz. Diantara kumpulan-kumpulan tersebut, PGX Car Crew dan Racing Team merupakan kumpulan yang dikatakan kumpulan elite yang mana kesemua aktiviti kumpulan tidak dilaporkan di dalam forum secara umum. Kebanyakannya adalah rahsia yang hanya melibatkan segilintir sahaja ahli pgxianz.

Antara persoalan lain yang selalu diajukan ialah siapakah peneraju pgx? siapakan founder pgx? atau siapakan owner pgx? Menurut laman web tersebut, pgx tidak mempunyai sebarang ketua, ianya mempunyai koordinator dan mempunyai majlis tertinggi. Yang pasti ianya terdiri daripada pelbagai latarbelakang.