Phee Boon Poh
Phee Boon Poh (lahir 1 Disember 1951) merupakan ahli politik dari DAP.Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau menang bertanding di kawasan Sungai Puyu , negeri Pulau Pinang. Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 13025 undi dengan majoriti 9201 undi.
Pasukan Peronda SukarelaSunting
Phee Boon Poh adalah pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Sempena perarakan Merdeka pada 31 Ogos 2014, seramai 150 orang ahli PPS telah ditangkap oleh polis kerana engkar arahan polis PDRM. Phee ditahan polis ketika memberi keterangan di ibu pejabat polis Timur Laut, Pulau Pinang. Beliau ditemani oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima). [1]