Phycodurus eques ialah spesies ikan tunggal dalam genus Phycodurus keluarga Syngnathidae yang termasuk kuda laut.[2] Ia ditemukan sepanjang pantai-pantai selatan dan barat Australia di dasar pasir perairan sedalam hingga 50 meter keliling batu-batu berkelp dan rumpun-rumpun rumput laut.[3]

Phycodurus eques
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Phycodurus

Spesies:
Phycodurus eques
Nama binomial
Phycodurus eques
(Günther, 1865)
Taburan spesies
Sinonim
  • Phycodurus glauerti Whitley, 1939
  • Phyllopteryx eques Günther, 1865

Badannya dipenuhi juluran panjang seperti daun yang membantunya menyamarkan diri menyerupai rumpai laut.[4]

Taksonomi sunting

Nama genus Phycodurus dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani φῦκος phûkos "rumpai laut"[5] dan δέρμα derma "kulit".[6][7]

Tabiat sunting

Pergerakan sunting

Spesies ini berenang menggunakan sirip sisi dan sirip belakang yang hampir lutsinar dekat hujung ekornya. Renangnya perlahan melengkapkan penyamarannya seperti cebisan rumpai laut yang hanyut. Penjejakan seekor daripada spesies ini menunjukkan bahawa ia berenang pada kelajuan setinggi 150 meter sejam.[8]

Pemakanan sunting

Spesies ini memakan plankton, krustasea kecil seperti amfipod dan udang misid, serta anak-anak ikan menggunakan muncungnya yang panjang.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Pollom, R. (2017). "Phycodurus eques". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T17096A67622420. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-2.RLTS.T17096A67622420.en. Dicapai pada 8 November 2022.
  2. ^ Gomon, Martin F.; Bray, Dianne J. (n.d.). "Phycodurus". Fishes of Australia. Museums Victoria. Dicapai pada 8 November 2022.
  3. ^ a b "The Leafy Sea Dragon" (PDF). Yankalilla Visitor Information Centre. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Mei 2013. Dicapai pada 17 Ogos 2011.
  4. ^ Cott, Hugh (1940). Adaptive Coloration in Animals. Oxford University Press. m/s. 341–342. OCLC 5232000.
  5. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "φῦκος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  6. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "δέρμα". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  7. ^ Froese, Rainer; Daniel, Pauly, penyunting (2022). "Phycodurus eques, Leafy seadragon". FishBase. Dicapai pada 9 November 2022.
  8. ^ Connolly, R. M.; Melville, A. J.; Preston, K. M. (2002). "Patterns of movement and habitat use by leafy seadragons tracked ultrasonically". Journal of Fish Biology. 61 (3): 684–695. doi:10.1111/j.1095-8649.2002.tb00904.x.