Buka menu utama

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2016 (juga dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2016 disebabkan oleh penajaan syarikat) akan menjadi edisi kesebelas Kejohanan Bola Sepak ASEAN,[1] sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN. Peringkat kumpulan Kejohanan (Separuh Akhir dan seterusnya boleh diadakan di mana-mana negara yang mara) dianjurkan oleh Myanmar dan Filipina sebagai tuan rumah bersama kejohanan.[2] Kejohanan ini akan berlangsung dari 19 November hingga 17 Disember 2016.[3]

Piala Suzuki AFF 2016
Perincian kejohanan
Negara-negara tuan rumah Myanmar
 Filipina
Tarikh19 November - 17 Disember
Pasukan8 (dari 1 konfederasi)
Tempat4 (di 2 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Thailand (Kejuaraan Ke-5)
Naib Juara Indonesia
Separuh Akhir Vietnam
 Myanmar
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan18
Jaringan gol50 (2.78 per perlawanan)
Kehadiran315,592 (17,533 per perlawanan)
Penjaring terbanyakThailand Teerasil Dangda (6 gol)
2014
2018

Tuan RumahSunting

Pada Majlis mesyuarat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) ke-11 di Naypyidaw pada 21 Disember 2013, Myanmar dan Filipina telah dinamakan sebagai tuan rumah bersama kejohanan itu. Ini akan menandakan kali pertama kedua-dua negara akan menjadi tuan rumah kejohanan serantau.[4]

Filipina dilaporkan menarik diri sebagai tuan rumah bersama di peringkat kumpulan pada bulan Februari 2016, memetik isu-isu dengan Stadium bola sepak Rizal Memorial dan juga tiadanya tempat lain.[5][6] Tuan rumah menggantikannya akan diumumkan pada 12 Mac 2016,[7] dengan Malaysia dan tuan rumah bersama 2014 Singapura dan Vietnam mengumumkan mereka telah atau akan memohon.[8] Filipina juga kemudian mengumumkan bahawa mereka akan merayu untuk menjaga hak-hak mereka sebagai tuan tumah.[9]

Pada 7 Mac, AFF menerima rayuan daripada Filipina manakala Malaysia telah dinamakan sebagai tuan rumah siap sedia, dengan Vietnam dan Singapura menarik balik tawaran mereka. Filipina diberikan tempoh sehingga 11 Mac untuk mendapatkan kontrak untuk menggunakan Stadium Sukan Filipina (PSS) sebagai venue perlawanan.[10] Stadium Rizal Memorial adalah dicadangkan sebagai venue kedua.[11] Pada 12 Mac 2016, ia telah disahkan bahawa Filipina mengekalkan hak-hak sebagai tuan rumah berikutan Mesyuarat Majlis AFF di Da Nang, Vietnam. PFF membentangkan kontrak dengan PSS untuk AFF serta surat jaminan dari Suruhanjaya Sukan Filipina.[12]

VenueSunting

KelayakanSunting

Semasa Mesyuarat Majlis AFF di Naypyidaw, Myanmar, Kemboja telah dinamakan sebagai tuan rumah bagi kejohanan kelayakan.[14] Tujuh pasukan teratas di kejohanan lepas Piala Suzuki AFF 2014 termasuk kelayakan, secara automatik layak untuk pusingan akhir. Myanmar dan Filipina, sebagai tuan rumah layak secara automatik ke pusingan akhir. [15]

Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) digantung oleh FIFA dan mereka tidak akan dapat mengambil bahagian dalam kejohanan jika penggantungan dikenakan ke atas mereka tidak ditarik balik dalam masa untuk kejohanan ini. AFF telah memberikan Indonesia sehingga 5 Ogos 2016 untuk membatalkan penggantungan.[16]

FIFA menarik balik penggantungan ke atas Indonesia (PSSI) semasa Mesyuarat Kongress FIFA yang ke-66.[17][18][19]

Pasukan layakSunting

Tujuh pasukan layak secara automatik termasuk dua pasukan yang merupakan tuan rumah bersama, Satu pasukan melalui kelayakan:

Pasukan Kaedah Kelayakan Penampilan Prestasi Terbaik sebelumnya Kedudukan FIFA
  Myanmar
Tuan Rumah Bersama
11 Kali
Tempat Keempat (2004)
156
  Filipina
10 Kali
Separuh Akhir (2010, 2012, 2014)
124
  Singapura
Automatik
11 Kali
Juara (1998, 2004, 2007, 2012)
171
  Thailand
Automatik
11 Kali
Juara (1996, 2000, 2002, 2014)
146
  Vietnam
Automatik
11 Kali
Juara (2008)
136
  Malaysia
Automatik
11 Kali
Juara (2010)
164
  Indonesia
Automatik
11 Kali
Naib Juara (2000, 2002, 2004, 2010)
179
  Kemboja
Juara Kelayakan
6 Kali
Peringkat Kumpulan (1996, 2000, 2002, 2004, 2008)
167

Nota: Kedudukan FIFA pada 20 Oktober 2016.

CabutanSunting

Cabutan untuk Kejohanan AFF 2016 dijadual akan dibuat pada 2 Ogos 2016,[20] dengan Indonesia diletakkan di dalam balang terakhir selepas penggantungan baru-baru ini.[21]

Balang 1
(Tuan Rumah-Bersama)
Balang 2 Balang 3 Balang 4
  Myanmar
  Filipina
  Thailand
  Malaysia
  Vietnam
  Singapura
  Indonesia
  Kemboja (Juara Kelayakan)

Pegawai PerlawananSunting

SkuadSunting

Rencana utama: Skuad Piala AFF 2016

Peringkat KumpulanSunting

Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Pemecah Seri

Kumpulan-kumpulan tersebut ditentukan melalui pungutan mata (3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kekalahan). Jika terikat pada mata, pemecah seri digunakan dalam perintah yang berikut:[22]

  1. Jumlah pungutan mata yang lebih besar diperolehinya dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
  2. Keputusan Perbezaan gol dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
  3. Jaringan gol terbanyak yang dijaringkan dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
  4. Jika, selepas menggunakan kriteria 1-3, pasukan masih mempunyai kedudukan yang sama, kriteria 1-3 digunakan semata-mata untuk perlawanan antara pasukan berkenaan untuk menentukan kedudukan akhir mereka. Jika prosedur ini tidak membawa kepada keputusan, kriteria 5-9 terpakai;
  5. Perbezaan gol dalam semua perlawanan kumpulan;
  6. Jaringan gol terbanyak yang dijaringkan dalam semua perlawanan kumpulan;
  7. Penalti jika hanya dua pasukan yang terlibat dan kedua-duanya akan terus dimainkan di padang permainan;
  8. Cabutan undi oleh Jawatankuasa Penganjur.

Kumpulan ASunting

Semua perlawanan dimainkan di Filipina, (UTC+8)

Ked Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1   Thailand 3 3 0 0 6 2 +4 9 Mara ke Separuh Akhir
2   Indonesia 3 1 1 1 6 7 −1 4
3   Filipina (H) 3 0 2 1 2 3 −1 2
4   Singapura 3 0 1 2 1 3 −2 1
Sumber: AFF
Peraturan untuk klasifikasi: Pemecah seri Peringkat Kumpulan
(H) Tuan Rumah.

19 November 2016 (2016-11-19)
(19 Safar 1438H)
16:30 (UTC+8)
Thailand   4 – 2   Indonesia
Peerapat Notchaiya   5'
Teerasil Dangda   36'79'90+4'
Laporan Boaz Solossa   53'
Lerby Eliandry   56'

19 November 2016 (2016-11-19)
(19 Safar 1438H)
20:00 (UTC+8)
Filipina   0 – 0   Singapura
Laporan

22 November 2016 (2016-11-22)
(22 Safar 1438H)
16:30 (UTC+8)
Thailand   1 – 0   Singapura
Sarawut Masuk   88' Laporan

22 November 2016 (2016-11-22)
(22 Safar 1438H)
20:00 (UTC+8)
Indonesia   2 – 2   Filipina
Fachrudin Aryanto   7'
Boaz Solossa   68'
Laporan Misagh Bahadoran   31'
Phil Younghusband   82'

25 November 2016 (2016-11-25)
(25 Safar 1438H)
20:00 (UTC+8)
Singapura   1 – 2   Indonesia
Khairul Amri   27' Laporan Andik Vermansyah   62'
Stefano Lilipaly   85'

25 November 2016 (2016-11-25)
(25 Safar 1438H)
20:00 (UTC+8)
Filipina   0 – 1   Thailand
Laporan Sarawut Masuk   81'

Kumpulan BSunting

Semua perlawanan dimainkan di Myanmar, (UTC+6:30)

Ked Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1   Vietnam 3 3 0 0 5 2 +3 9 Mara ke Separuh Akhir
2   Myanmar (H) 3 2 0 1 5 3 +2 6
3   Malaysia 3 1 0 2 3 4 −1 3
4   Kemboja 3 0 0 3 4 8 −4 0
Sumber: AFF
Peraturan untuk klasifikasi: Pemecah seri Peringkat Kumpulan
(H) Tuan Rumah.

20 November 2016 (2016-11-20)
(20 Safar 1438H)
15:00 (UTC+6:30)
Malaysia   3 – 2   Kemboja
Syazwan Zainon   37'
Amri Yahyah   69'80'
Laporan Chan Vathanaka   8'59'

20 November 2016 (2016-11-20)
(20 Safar 1438H)
18:00 (UTC+6:30)
Myanmar   1 – 2   Vietnam
Aung Thu   73' Laporan Nguyễn Văn Quyết   24'
Lê Công Vinh   80'
Stadium Thuwunna YTC, Yangon
Penonton: 28,040
Pengadil: Hiroyuki Kimura (Jepun)

23 November 2016 (2016-11-23)
(23 Safar 1438H)
15:00 (UTC+6:30)
Malaysia   0 – 1   Vietnam
Laporan Nguyễn Trọng Hoàng   80'

23 November 2016 (2016-11-23)
(23 Safar 1438H)
18:00 (UTC+6:30)
Kemboja   1 – 3   Myanmar
Sos Suhana   14' Laporan Zaw Min Tun   36'40'
Aung Thu   56'

26 November 2016 (2016-11-26)
(26 Safar 1438H)
18:00 (UTC+6:30)
Vietnam   2 – 1   Kemboja
Lê Công Vinh   20'
Nub Tola   50' (g.s.)
Laporan Chrerng Polroth   65'

26 November 2016 (2016-11-26)
(26 Safar 1438H)
18:00 (UTC+6:30)
Myanmar   1 – 0   Malaysia
David Htan   89' Laporan
Stadium Thuwunna YTC, Yangon
Penonton: 32,758
Pengadil: Yaqoob Baki (Oman)

Peringkat kalah matiSunting

Pada peringkat kalah mati, pasukan yang mara ke separuh akhir atau pentas akhir akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan secara timbal balik dan pemenang perlawanan akan disahkan menerusi keputusan agregat ataupun peraturan gol tempat lawan. Jika berlaku satu keputusan terikat antara pasukan berkenaan, masa tambahan akan digunakan dan jika masih terikat, penalti akan terus dimainkan bagi menentukan pemenang.

GambaranSunting

  Separuh Akhir Pentas Akhir
                         
A2    Indonesia 2 2 4  
B1    Vietnam 1 2 3  
    A2    Indonesia 2 0 2
  A1    Thailand 1 2 3
B2    Myanmar 0 0 0
A1    Thailand 2 4 6  

Separuh AkhirSunting

Pasukan #1   Agg.   Pasukan #2   Tempat sendiri     Tempat lawan  
Indonesia   4 – 3 (s.m.t)   Vietnam 2 – 1 2 – 2
Myanmar   0 – 6   Thailand 0 – 2 0 – 4

Separuh Akhir PertamaSunting

3 Disember 2016 (2016-12-03)
(3 Rabiul Awal 1438H)
19:00 (UTC+7)
Indonesia   2 – 1   Vietnam
Hansamu Pranata   6'
Boaz Solossa   49' (pen.)
Laporan Nguyễn Văn Quyết   17' (pen.)
Stadium Pakansari, Bogor
Penonton: 30,000
Pengadil: Jarred Gillett (Australia)

4 Disember 2016 (2016-12-04)
(4 Rabiul Awal 1438H)
18:00 (UTC+6:30)
Myanmar   0 – 2   Thailand
Laporan Teerasil Dangda   22'54'

Separuh Akhir KeduaSunting

7 Disember 2016 (2016-12-07)
(7 Rabiul Awal 1438H)
19:00 (UTC+7)
Vietnam   2 – 2 (s.m.t.)   Indonesia
Vũ Văn Thanh   83'
Vũ Minh Tuấn   90'
Laporan Stefano Lilipaly   54'
Manahati Lestusen   97' (pen.)
Stadium Nasional Mỹ Đình, Hanoi
Penonton: 40,000
Pengadil: Fu Ming (China)

Indonesia menang 4 – 3 menerusi agregat dan mara ke pentas akhir Piala AFF 2016.


8 Disember 2016 (2016-12-08)
(8 Rabiul Awal 1438H)
19:00 (UTC+7)
Thailand   4 – 0   Myanmar
Sarawut Masuk   33'
Theerathon Bunmathan   66' (pen.)
Siroch Chatthong   76'
Chanathip Songkrasin   83'
Laporan

Thailand menang 6 – 0 menerusi agregat dan mara ke pentas akhir Piala AFF 2016.

Pentas AkhirSunting

Pasukan #1   Agg.   Pasukan #2   Tempat sendiri     Tempat lawan  
Indonesia   2 – 3   Thailand 2 – 1 0 – 2

Pentas Akhir PertamaSunting

14 Disember 2016 (2016-12-14)
(14 Rabiul Awal 1438H)
19:00 (UTC+7)
Indonesia   2 – 1   Thailand
Rizky Pora   65'
Hansamu Pranata   69'
Laporan Teerasil Dangda   32'
Stadium Pakansari, Bogor
Penonton: 30,000
Pengadil: Jumpei Iida (Jepun)

Pentas Akhir KeduaSunting

17 Disember 2016 (2016-12-17)
(17 Rabiul Awal 1438H)
19:00 (UTC+7)
Thailand   2 – 0   Indonesia
Siroch Chatthong   38'47' Laporan

Thailand menang 3–2 menerusi agregat sekaligus dinobatkan sebagai Juara Piala AFF 2016.

PemenangSunting


 Juara Piala AFF 2016 
 
Thailand
Juara Kelima


AnugerahSunting

Penjaring Terbanyak Pemain Paling Bernilai Permainan Bersih
  Teerasil Dangda   Chanathip Songkrasin   Thailand

Penjaring golSunting

Kedudukan AkhirSunting

Kedudukan berdasarkan keputusan keseluruhan perlawanan, jika kemenangan pada penalti, keputusan hanya dicatatkan sebagai seri.

Ked Kum Pasukan P M S K JG GB PG Mt Kedudukan Akhir
1 A   Thailand 7 6 0 1 15 4 +11 18 Juara
2 A   Indonesia 7 3 2 2 12 13 −1 11 Naib Juara
3 B   Vietnam 5 3 1 1 8 6 +2 10 Tersingkir di
Separuh Akhir
4 B   Myanmar (H) 5 2 0 3 5 9 −4 6
5 B   Malaysia 3 1 0 2 3 4 −1 3 Tersingkir di
Peringkat Kumpulan
6 A   Filipina (H) 3 0 2 1 2 3 −1 2
7 A   Singapura 3 0 1 2 1 3 −2 1
8 B   Kemboja 3 0 0 3 4 8 −4 0
Sumber: AFF
(H) Tuan Rumah.

DisiplinSunting

Seorang pemain digantung secara automatik untuk perlawanan seterusnya untuk kesalahan berikut:

  • Menerima kad merah (penggantungan kad merah boleh dilanjutkan bagi kesalahan yang serius)
  • Menerima dua kad kuning dalam dua perlawanan yang berbeza; kad kuning tamat selepas selesai peringkat suku akhir (penggantungan kad kuning tidak dibawa ke mana-mana perlawanan antarabangsa lain pada masa depan)

Penggantungan berikut akan disajikan sepanjang kejohanan ini:

PemasaranSunting

Bola PerlawananSunting

Bola rasmi untuk Piala AFF Suzuki 2016 menggunakan Mitre Delta Fluo Hyperseam. Berdasarkan reka bentuk Delta Hyperseam, bola akan menjadi bola berwarna fluo pertama dalam perlawanan rasmi Piala AFF Suzuki 2016.[23]

PenajaanSunting

Penaja utama Penaja rasmi Penyokong rasmi

Hadiah wang tunaiSunting

Hadiah wang tunai akan diberikan seperti berikut:

  • Juara : USD 200,000.00
  • Naib Juara: USD 75,000.00
  • Peserta tewas Separuh Akhir : USD 50,000.00

Liputan mediaSunting

Penyiar televisyen Asia Tenggara Kejohanan Piala AFF 2016
Negara Rangkaian siaran Stesen televisyen
  Australia Optus Optus Sport
  Brunei RTB RTB1
  Kemboja Radio Dan Televisyen Bayon BTV News
  Indonesia MNC Media RCTI, iNews TV[24]
  Laos LNTV LNTV1
  Malaysia RTM TV2, TVi
  Myanmar MRTV MRTV-4
  Filipina TV5 Network Inc. AksyonTV
  Singapura MediaCorp Okto: Sukan di Okto
  Thailand BBTV, TrueVisions CH7, 7HD True Sport HD,
  Timor-Leste RTTL TTL
  Vietnam VTV VTV6[25]
Penyiar televisyen Antarabangsa Kejohanan Piala AFF 2016
Seluruh-Asia Fox International Channels Fox Sports Asia

KontroversiSunting

Pada 23 November 2016 bersamaan 23 Safar 1438 Hijrah, tiga hari sebelum perlawanan antara Malaysia dan Myanmar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah mengemukakan petisyen kepada persatuan bola sepak negaranya untuk memboikot Myanmar sebagai tuan rumah kumpulan B kerana kerajaan Myanmar dikatakan melakukan penganiayaan kepada orang Islam Rohingya selepas mendapat panggilan dari individu Melayu Islam Semenanjung Malaysia dan kumpulan politik dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan juga dari kumpulan ekstrem Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa untuk memboikot negara ini.[26] Sebagai tindak balas, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberi amaran kepada Malaysia jika mereka tiba-tiba menarik diri daripada pertandingan yang sedang berlangsung tanpa memberi apa-apa sebab yang sah untuk masalah pasukan hanya kerana kebimbangan politik, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menghadapi sekatan jangka panjang dari FIFA dengan membiarkan penyebaran campur tangan politik ke dalam persatuan itu.[27] Dua hari kemudian pada 25 November, FAM menyatakan bahawa mereka tidak akan akan memboikot kejohanan itu dan berkata mereka akan terus bermain perlawanan kumpulan terakhir mereka menentang Myanmar,[28] dengan kedua-dua jurulatih pasukan bermain dengan mengenepikan isu-isu yang terjadi sebelum perlawanan.[29][30] Walau bagaimanapun dalam perlawanan terakhir kumpulan B, Myanmar mengalahkan Malaysia dengan keputusan 1-0 dan mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2004, manakala Malaysia gagal mara buat kali pertama sejak 2010.[31]

RujukanSunting

  1. ^ "Suzuki drives Asean Football Championship to new heights". www.aseanfootball.org. 19 July 2016. Dicapai 21 July 2016. 
  2. ^ "Vietnam to host 2016 U-16 Youth Championship". Malaysian Digest. 26 October 2015. Dicapai 1 November 2015. 
  3. ^ "Calendar of Events". ASEAN Football Federation. Dicapai 26 January 2016. 
  4. ^ "Myanmar and Philippines to Host AFF Suzuki Cup 2016". ASEAN Football Federation. 22 December 2013. Dicapai 23 December 2013. 
  5. ^ "Philippines withdraw as hosts of AFF Suzuki Cup 2016". ASEAN Football Federation. 24 February 2016. Dicapai 24 February 2016. 
  6. ^ "PFF releases statement on Suzuki Cup hosting 2016". CNN Philippines. 26 February 2016. 
  7. ^ "Philippines withdraw as hosts of AFF Suzuki Cup 2016". ASEAN Football Federation. 24 February 2016. Dicapai 24 February 2016. 
  8. ^ "Vietnam offers to co-host 2016 AFF Cup as Philippines pulls out". thanhnienews.com. 26 February 2016. Dicapai 28 February 2016. 
  9. ^ Reyes, Jaelle Nevin (5 March 2016). "PFF appeals to retain Suzuki Cup hosting rights". The Standard. Dicapai 5 March 2016. 
  10. ^ Vick, Vijhay (11 March 2016). "Malaysia ready as Philippines given Suzuki Cup extension". FourFourTwo. Dicapai 7 March 2016. 
  11. ^ Guerrero, Bob (7 March 2016). "PFF president Araneta on Suzuki Cup hosting, new FIFA president". Rappler. Dicapai 7 March 2016. 
  12. ^ Samuel, Eric (12 March 2016). "Saturday, 12 March 2016". The Star. Dicapai 13 March 2016.  Teks " MYT 7:51 PM Sorry Malaysia, the Philippines is back as Suzuki Cup host" diabaikan (bantuan)
  13. ^ a b Roebuck, Matt; Kyaw Zin Hlaing (3 March 2016). "Thuwunna YTC Stadium". Myanmar Times. Dicapai 3 March 2016. 
  14. ^ "AFF to Organize ASEAN All-Stars Charity Match". ASEAN Football Federation. 21 December 2013. Dicapai 21 December 2013. 
  15. ^ Hein Soe Tun (20 December 2014). "Myanmar to host 2016 Asean Championship (AFF Suzuki Cup)". Myanmar Football Federation. Dicapai 21 December 2014. 
  16. ^ "AFF set deadline for Indonesia to compete in the AFF Suzuki Cup". Football Channel Asia. 24 March 2016. Dicapai 6 April 2016. 
  17. ^ "FIFA Congress drives football forward, first female secretary general appointed". FIFA. Dicapai 14 May 2016. 
  18. ^ "AFC welcomes lifting of Indonesia suspension". ASEAN Football Federation. 14 Mei 2016. 
  19. ^ "FIFA lifts Indonesia ban, keeps Kuwait suspension". www.sports247.my. 14 Mei 2016. 
  20. ^ Tupas, Cedelf (15 March 2016). "PFF: 'Home' could boost Azkals' bid". Philippine Daily Inquirer. 
  21. ^ "AFF Suzuki Cup draw: Singapore placed in Pot 3". FourFourTwo. 2016-07-12. 
  22. ^ TOURNAMENT RULES & REGULATIONS
  23. ^ "AFF Suzuki Cup 2016 Official Match Ball". Mitre. 3 August 2016. Dicapai 26 November 2016. 
  24. ^ Dudy Novriansyah (14 November 2016). "Save and Check This 2016 AFF Cup Schedule". Sindo News. Dicapai 15 November 2016. 
  25. ^ Thu Minh (11 November 2016). "VTV to air all AFF Suzuki Cup matches in Vietnam". Hanoi Times. Dicapai 15 November 2016. 
  26. ^ Tasnim Lokman (23 November 2016). "Khairy reiterates call for AFF's boycott". New Straits Times. Dicapai 26 November 2016. 
     • Joseph Sipalan (23 November 2016). "Malaysia debates pulling out of soccer cup over Myanmar's Rohingya crackdown". Reuters. Dicapai 26 November 2016. 
     • "Malaysia may quit AFF Suzuki Cup over Rohingya issue". Reuters. Free Malaysia Today. 23 November 2016. Dicapai 26 November 2016. 
     • "PAS Kesal Harimau Malaysia Sertai Piala AFF 2016 Di Myanmar" (dalam bahasa Malay). My News Hub. 19 November 2016. Dicapai 17 November 2016. 
     • "Piala AFF: PKR gesa M'sia tarik diri demi Rohingya" (dalam bahasa Malay). Malaysiakini. 23 November 2016. Dicapai 27 November 2016. 
     • Balvin Kaur (23 November 2016). "Penang PAN wants Malaysian football team out of AFF Cup". New Straits Times. Dicapai 27 November 2016. 
     • Ahmad Shazwan Md. Yusof; Azrul Hakimie Anuer; Mohd. Nasaruddin Musa (25 November 2016). "[VIDEO] 1,000 umat Islam bantah kekejaman etnik Rohingya" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. Dicapai 27 November 2016. 
  27. ^ Ramesh, Akshay (24 November 2016). "Malaysia to pull out of Suzuki Cup over Rohingya persecution? AFF warns Fifa sanction". International Business Times. Dicapai 26 November 2016. 
  28. ^ "Malaysia decides not to abandon soccer tournament over Myanmar Rohingya crackdown". Reuters. Eurosport. 25 November 2016. Dicapai 26 November 2016. 
  29. ^ Kyaw Zin Hlaing (25 November 2016). "Angels just one point from semis". Myanmar Times. Dicapai 26 November 2016. 
  30. ^ Joseph Kaos jr (25 November 2016). "Khairy: Malaysia not pulling out from AFF Suzuki Cup". The Star. Dicapai 26 November 2016. 
  31. ^ K. Rajan (26 November 2016). "Malaysia shown exit after defeat to hosts Myanmar". The Star. Dicapai 26 November 2016. 

Pautan luarSunting