Piala Agong
Ditubuhkan1962; 62 tahun yang lalu (1962)
Kawasan Malaysia
Jumlah pasukan2
Juara semasaNegeri Sembilan Negeri Sembilan (2016)[1]

Piala Agong merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM). Piala Agong dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (nama lama PBSMM) untuk dijadikan rebutan di antara pemenang Piala Emas Raja-Raja dan pemenang Piala Agong tahun sebelumnya. Perlawanan pertama telah dilangsungkan pada tahun 1962[2].


Sejarah sunting

Piala Agong yang pertama dihadiahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu, Tuanku Abdul Rahman kepada Persekutuan Bola Sepak Melayu Malaya[3]. Objektif Piala Agong ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak di kalangan pemuda-pemuda Melayu di Tanah Melayu[3]. Kejohanan ini sepatutnya diadakan beberapa tahun kebelakangan, namun ditangguhkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Edisi pertama kejohanan ini menyaksikan pertembungan di antara pemain-pemain pilihan di seluruh Tanah Melayu berada dalam dua pasukan; Melayu Utara dan Melayu Selatan. Abdul Ghani Minhat meledak tiga gol untuk pasukan Melayu Selatan[4], di mana pasukannya memenangi edisi pertama kejohanan ini dengan jaringan tujuh gol berbalas dua gol untuk pasukan Melayu Utara.

Kejohanan ini tidak diadakan pada tahun 1970, 1971, 1976 dan 1977. Mulai tahun 1978 Piala Agong telah dihidupkan semula dan dijadikan rebutan antara pasukan-pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Akhir Piala Emas Raja-Raja. Pada tahun berikut dan seterusnya Johan Piala Agong bertemu dengan Johan Piala Emas Raja-Raja hinggalah tahun 1984.

Pada tahun 1983, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiahkan sebuah trofi baru bagi kejohanan ini, menggantikan trofi yang lama[5]. Seorang pereka dari Institut Teknologi MARA, Aziz Ismail ditugaskan mereka bentuk trofi yang baru dan rekabentuk itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta persetujuan[5].

Pada tahun 1985, format baru diperkenalkan di mana empat pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Piala Emas Raja-Raja adalah juga berhak memasuki Pesta Bolasepak Piala Agong hingga ke tahun 1988. Pada tahun 1989 format pertandingan ini diubah lagi dan kembali seperti tahun 1978-1984 iaitu Johan Piala Agong bertemu dengan Johan Piala Emas Raja-Raja.

Keputusan Perlawanan sunting

Piala Agong
Tahun Juara Jaringan Naib Juara
1962 Melayu Selatan 7 - 2 Melayu Utara
1963 Melayu Selatan 6 - 2 Melayu Utara
1964 Melayu Utara 3 – 0 Melayu Selatan
1965 Melayu Utara 2 - 2 Melayu Selatan
1966 Melayu Utara 3 - 3 Melayu Selatan
1967 Melayu Utara 4 - 2 Melayu Selatan
1968 Melayu Utara 2 - 1 Melayu Selatan
1969 Melayu Utara 4 - 3 Melayu Selatan
1970
1971
1972 Melayu Selatan 6 - 1 Melayu Utara
1973 Melayu Utara 3 - 2 Melayu Selatan
1974 Melayu Utara 4 - 2 Melayu Selatan
1975 Melayu Selatan 4 - 3 Melayu Utara
1976
1977
1978 Johor   5 - 2   Kelantan
1979 Kelantan   1 - 0   Johor
1980 Kelantan   3 - 0   Pahang
1981 Singapura   3 - 1   Kelantan
1982 Singapura   5 - 2   Wilayah Persekutuan
1983 Singapura   1 - 0   Pulau Pinang
1984 Singapura   2 - 1   Angkatan Tentera Malaysia
1985 Kelantan   2 - 0   Negeri Sembilan
1986 Wilayah Persekutuan   1 - 0   Negeri Sembilan
1987 Selangor   2 - 1   Perlis
1988 Johor   2 - 1   Terengganu
1989 Johor   4 - 1   Kelantan
1990 Johor   1 - 0   Perak
1991 Kelantan   4 - 0   Johor
1992 Kelantan   1 - 0   Negeri Sembilan
1993 Perlis   3 - 2   Kelantan
1994 Kuala Lumpur   3 - 0   Perlis
1995 Kelantan   3 - 0   Kuala Lumpur
1996 Kedah   2 - 0   Kelantan
1997 Kedah   2 - 1   Selangor
1998 Pulau Pinang   3 - 0   Kedah
1999 Pulau Pinang   4 - 3   Angkatan Tentera Malaysia
2000 Pulau Pinang   2 - 0   Terengganu
2001 Kelantan   2 - 1   Pulau Pinang
2002
2003
2004
2005
2006 Pahang   3 - 1   Kedah
2007 Pahang   0 - 0
5 - 4 (Penalti)
  Kelantan
2008 Johor   3 - 1   Pahang
2009 Kelantan   1 - 11   Johor
2010 Perlis   4 - 0   Johor
2011

1Juara bersama.

Rujukan sunting

  1. ^ "Negeri Sembilan juara Piala Agong 2016". Sinar Harian. 15 Oktober 2015. Dicapai pada 3 Mac 2017.
  2. ^ "Perak juara Piala Agong selepas 62 tahun". Utusan Malaysia. 6 November 2013. Dicapai pada 3 Mac 2017.
  3. ^ a b "Bola sepak Piala Agong". Berita Harian. 10 Januari 1962. m/s. 10. Dicapai pada 13 Januari 2023.
  4. ^ "GHANI NETS 3 AS SOUTH ROUT NORTH MALAYS". The Straits Times. 29 Januari 1962. m/s. 17. Dicapai pada 13 Januari 2023.
  5. ^ a b "Agung hadiah piala baru musim depan". Berita Harian. 5 Oktober 1983. m/s. 7. Dicapai pada 13 Januari 2023.