Piala Emas Raja-Raja

Piala Emas Raja-Raja telah mula dipertandingkan pada tahun 1926 hingga 1946 yang pada awalnya dikendalikan oleh Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (MAHA), selepas itu ditaja oleh Puncak Niaga pada tahun 2009-2010, dan ditaja oleh syarikat Indonesia, Bank Mandiri, pada tahun 2011-2012. Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.

Piala Emas Raja-Raja
Negara Malaysia
 Singapura
KonfederasiPersatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
Ditubuhkan1922
Jumlah pasukan16 (2013)
Juara semasaPahang Persatuan Bolasepak Melayu Pahang (2016)
Soccerball current event.svg Musim 2016

Mulai tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Kini, nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung telah ditukar kepada nama baru iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.