Buka menu utama
Copa latina transparent.png

Piala Latin merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa untuk kelab dari Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugal. Pada tahun 1949 persekutuan bola sepak telah bertemu lalu melancarkan pertandingan kelab mereka sendiri. Kelab-kelab Eropah tidak mampu untuk membayar kos perjalanan yang mahal lantas kejohanan tersebut diadakan di penghujung setiap musim dalam sebuah negara tuan rumah. Pertandingan tersebut menampilkan dua separuh akhir, perebutan tempat ketiga dan perlawanan akhir.

Kejohanan itu bermula pada 1949, dan dipertandingkan oleh juara liga setiap negara yang terlibat. Setiap empat tahun, satu ranking akan dibuat untuk negara berdasarkan prestasi pasukan mereka dalam Piala Latin. Kejohanan ini telah diadakan buat kali terakhir pada 1957 selepas Piala Eropah diperkenalkan. Real Madrid telah memenangi kedua-dua Piala Eropah dan Piala Latin pada 1957. Sebelum Piala Eropah diperkenalkan, Piala Latin dianggap sebagai piala paling penting untuk kelab di Eropah, setelah Piala Mitropa yang lebih awal diperkenalkan telah kehilangan prestij selepas Perang Dunia II.

FinalSunting

Pautan luarSunting