Piala Malaysia

(Dilencongkan dari Piala Malaya)

Piala Malaysia merupakan kejohanan bola sepak teragung di Malaysia dan antara kejohanan tertua di rantau Asia. Piala Malaysia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak Malaysia. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921[1][2][3][4] pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 100 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.[5][6] Untuk musim 2020, pertandingan ini dibatalkan oleh FAM akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.

Piala Malaysia
ڤيالا مليسيا
Negara Malaysia
Ditubuhkan1921; 103 tahun yang lalu (1921)
Bilangan pasukan16 (Peringkat Kumpulan)
Juara semasaJohor Johor Darul Ta'zim
(Trofi ke-6) (2023)
Kejuaraan terbanyakSelangor Selangor
(33 Trofi)
Rakan TV
Tapak sesawangLaman Rasmi
Musim 2023

Sejarah piala dan kejohanan sunting

 
Trofi Piala Malaysia 1967-Kini

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an bilamana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu.[7] Ketika itu, perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan di bahagian masing-masing.[8] Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.[9][10]

Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia.[11] Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Hal ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir..[12][13]

Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC.[14][15] Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini ialah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara. Manakala Perak merupakan juara terbaru dan Piala Malaysia yang kelapan bagi mereka.[16][17][18][19]

Era kejohanan sunting

Piala Malaya sunting

1921 - 1932: Selangor vs Singapura.
Perlawanan akhir pertama telah diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur yang kini menjadi Dataran Merdeka pada 1 Oktober 1921. Ia melibatkan pertemuan sulung antara juara wilayah selatan, Singapura dengan juara wilayah utara, Selangor. Perlawanan dimenangi oleh Singapura dengan jaringan 2 berbalas 1. Perlawanan akhir juga telah dijalankan pertama kali di Stadium Jalan Anson, Singapura pada 1925. Sepanjang tempoh Piala Malaya dipertandingkan, Selangor dan Singapura bertemu diperlawanan akhir hampir setiap tahun. Hanya tiga pasukan sahaja telah memenangi piala ini termasuk Perak.

Piala H.M.S. Malaya sunting

1933 - 1941: Selangor vs Singapura II.
Singapura masih lagi menjadi wakil selatan manakala terdapat beberapa pasukan baru mewakili wilayah utara. Namun Selangor dan Singapura masih lagi bertemu diperlawanan-perlawanan akhir dibawah piala baru iaitu Piala HMS Malaya. Kedah dan Pulau Pinang berjaya menempatkan diri pada perlawanan akhir namun tewas kepada Singapura. Kedah layak pada tahun 1940 manakala Pulau Pinang pada 1934 dan 1941. Kerancakan Piala HMS Malaya terpaksa dihentikan apabila perang dunia kedua meletus dan merebak ke semenanjung Malaysia.

1948-1966: Saingan Empat Negeri
Pasukan-pasukan utara mula menunjukkan kebangkitan pada masa yang sama Selangor dan Singapura masih lagi memberi saingan. Pulau Pinang dan Perak seolah-olah mendapat semangat untuk menjadi kuasa bola sepak tanah air baru setelah perang berakhir. Negeri Sembilan menjuarai buat pertama kali dan edisi awal selepas tamat perang pada 1948. Perlawanan ulangan terpaksa dijalankan setelah terikat dengan Selangor. Selang setahun selepas itu kejutan berlaku apabila pasukan bukan status negeri iaitu Tentera telah layak ke Piala Malaysia sebelum tumbang pada Selangor dan sekali lagi pada 1966. Namun tewas juga pada pasukan Selangor. Pulau Pinang menjuarai sebanyak tiga kali pada 1953, 1954 dan 1958 serta menjadi naib juara pada 1950,1952 dan 1963. Perak juga layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut pada 1959, 1960 dan 1961. Meskipun tewas ketiga-tiga perlawanan, Perak berjaya juga mencipta nama sebagai juara Piala Malaysia pada 1957 sebagai pasukan pertama memenangi piala idaman tersebut di Stadium Merdeka, gelanggang baru Piala HMS Malaya. Pasukan dari pantai timur, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir akan tetapi tewas pada tangan Singapura.

Piala Malaysia sunting

1967-1979: Selangor Gagah, Singapura Tenggelam
Piala baru diperkenal dengan nama Piala Malaysia menggantikan Piala HMS Malaya dan Perak sekali lagi menjadi pasukan pertama memenangi piala baru tersebut. Selangor terus memperkukuhkan status sebagai pasukan yang paling digeruni sepanjang tempoh ini dengan memenangi 9 Piala Malaysia daripada 13 perlawanan akhir. Nasib berbeza terhadap Singapura kerana hanya menjuarai sekali pada tahun 1977 setelah lima kali mencuba. Kekebalan Selangor didorong oleh beberapa pemain berkaliber negara ketika itu. Antaranya Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, mendiang R. Arumugam, Soh Chin Aun, Chow Kwai Lam , Hanafiah Ali dan beberapa pemain lain. Kekuatan pemain-pemain ini disetiap posisi padang telah menaikkan nama Selangor diarena bolasepak tanah air. Hanya pasukan Terengganu sahaja merupakan pasukan baru yang muncul pada perlawanan akhir pada 1973.

1980-1989: Fandi Ahmad Penyelamat Singapura Dan Beberapa Juara Baru
Singapura akhirnya berjaya memenangi pertandingan akhir Piala Malaysia 1980 apabila menumpaskan musuh tradisinya Selangor 2-1. Gol kemenangan Singapura di jaringkan oleh Fandi Ahmad yang pada masa itu berumur 17 tahun. Pahang berjaya medapat Piala Malaysia pada tahun 1983 setelah menewaskan Selangor. Tetapi Selangor membalas dendam keatas Pahang setahun berikutnya. Johor juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dan memenanginya buat kali pertama keatas pasukan yang juga pertama kali melangkah perlawanan akhir iaitu Kuala Lumpur. Paling unik yang dapat dilihat ialah Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia secara "hat-trick" pada 1987, 1988 dan 1989 bilamana mereka menumbangkan musuh yang sama iaitu Kedah. Abdul Rashid Hassan, Serbegeth Singh dan Mat Zan Mat Aris merupakan tonggak penting dalam skuad wargakota pada ketika itu. Walaupun tewas tiga kali berturut pada Kuala Lumpur, Kedah berjaya merangkul Piala Malaysia setahun kemudian.

1990-2000: Selamat Tinggal Singapura
Kedah akhirnya merangkul Piala Malaysia apabila menewaskan Singapura pada 1990 manakala Johor berjaya membalas dendam keatas Selangor pada kekalahan mereka 1986. Trio pemain import Johor yang cukup terkenal ketika itu ialah Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards. Pahang juga tidak melepaskan peluang membawa pulang Piala Malaysia pada tahun berikutnya setelah menafikan Kedah untuk menjuarai kali kedua. Singapura akhirnya memenangi juara berganda pada tahun 1994 apabila pasukan Republik itu menewaskan pasukan Pahang 4-0 di stadium Shah Alam. Namun berita paling mengejutkan ialah penarikan diri oleh pasukan Singapura daripada kancah bola sepak Malaysia. Setelah 70 tahun lebih mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura tidak lagi sebagai pesaing mahupun pencabar bermula tahun 1995. Keputusan dibuat setelah terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara Persatuan Bolasepak Singapura dengan Persatuan Bolasepak Malaysia. Selangor memenangi "hat-trick" pada 1995, 1996 dan 1997. Ini merupakan "hat-trick" kali ketiga bagi Selangor. Azman Adnan, Rusdi Suparman, Chris Kiwomya dan Alexander Freeman antara pemain yang memainkan watak utama dalam kejayaan Selangor. Pada tahun 1998, Piala Malaysia dilangsungkan di Stadium baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Perak sekali lagi mengukir nama sebagai pasukan pertama memenangi piala tersebut selepas menewaskan Terengganu. Pada 1999, Brunei menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali di mana perlawanan akhir yang pertama melibatkan kedua-dua pasukan adalah dari Borneo. Kejayaan Brunei juga menyaksikan Stadium Merdeka digunakan untuk kali terakhir bagi venue akhir Piala Malaysia. Perak menutup abad ke-20 dengan mendakap Piala Malaysia yang terakhir setelah menewaskan Negeri Sembilan.

2001-2008: Permulaan Alaf Baru yang Seimbang
Terengganu mendakap Piala Malaysia untuk pertama kali dan merupakan juara yang pertama di abad ke-21 setelah menewaskan Perak pada 2001. Selangor masih bermaya dengan merangkul dua Piala Malaysia pada 2002 dan 2005. Pada tahun 2005 tersebut, Selangor menjuarai tiga kejohanan iaitu, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Malaysia. Perlis juga berjaya menempatkan nama sebagai pasukan yang telah memenangi Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 manakala pada tahun 2005 sebagai naib juara. MPPJ FC menjadikan kelab pertama memenangi Piala Malaysia setelah menundukkan Sabah. Kini, Kedah mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi ketiga-tiga piala selama dua musim berturut-turut. Mereka merangkul Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2007 dan 2008.

2009-2013: Negeri Sembilan vs Kelantan
Pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan mewarnai pentas akhir Piala Malaysia dalam tempoh 2009-2013 ini bilamana kedua-dua pasukan bertemu pada 2009 yang dimenangi oleh Negeri Sembilan.

Juara Piala Malaysia sunting

Senarai juara sunting

Piala Malaysia
Tahun Juara Keputusan Naib Juara Stadium
2023 Johor Darul Ta'zim   3 – 1   Terengganu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2022 Johor Darul Ta'zim   2 – 1   Selangor Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2021 Kuala Lumpur City   2 – 0   Johor Darul Ta'zim Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2020 Dibatalkan kerana pandemik COVID-19
2019 Johor Darul Ta'zim   3 – 0   Kedah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2018 Perak   3 – 3 (4–1 Penalti)   Terengganu Stadium Shah Alam, Selangor
2017 Johor Darul Ta'zim   2 – 0   Kedah Stadium Shah Alam, Selangor
2016 Kedah   1 – 1 (6–5 Penalti)   Selangor Stadium Shah Alam, Selangor
2015 Selangor   2 – 0   Kedah Stadium Shah Alam, Selangor
2014 Pahang   2 – 2 (5–3 Penalti)   Johor Darul Ta'zim Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2013 Pahang   1 – 0   Kelantan Stadium Shah Alam, Selangor
2012 Kelantan   3 – 2   ATM Stadium Shah Alam, Selangor
2011 Negeri Sembilan   2 – 1   Terengganu Stadium Shah Alam, Selangor
2010 Kelantan   2 – 1   Negeri Sembilan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009 Negeri Sembilan   3 – 1   Kelantan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008 Kedah   3 – 2   Selangor Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2007 Kedah   3 – 0   Perak Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2006 Perlis   2 – 1   Negeri Sembilan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2005 Selangor   3 – 0   Perlis Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2004 Perlis   1 – 0   Kedah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003 MPPJ   3 – 0   Sabah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2002 Selangor   1 – 0 (gol emas)   Sabah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001 Terengganu   2 – 1   Perak Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000 Perak   2 – 0   Negeri Sembilan Stadium Shah Alam, Selangor
1999 Brunei   2 – 1   Sarawak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1998 Perak   1 – 1 (5–3 Penalti)  Terengganu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
1997 Selangor   1 – 0 (gol emas)   Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1996 Selangor   0 – 0 (5–3 Penalti)   Sabah Stadium Shah Alam, Selangor
1995 Selangor   1 – 0 (gol emas)   Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1994 Singapura   4 – 0   Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1993 Kedah   2 – 0   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1992 Pahang   1 – 0   Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1991 Johor   3 – 1   Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1990 Kedah   3 – 1   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989 Kuala Lumpur   2 – 1   Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988 Kuala Lumpur   3 – 0   Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987 Kuala Lumpur   1 – 0   Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1986 Selangor   6 – 1   Johor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1985 Johor   2 – 0   Kuala Lumpur Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1984 Selangor   3 – 1   Pahang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1983 Pahang   3 – 2 (Masa tambahan)   Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1982 Selangor   1 – 0  Terengganu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1981 Selangor   4 – 0   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1980 Singapura   2 – 1   Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1979 Selangor   2 – 0   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1978 Selangor   4 – 2   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1977 Singapura   3 – 2 (Masa tambahan)   Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1976 Selangor   3 – 0   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1975 Selangor   1 – 0   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1974 Pulau Pinang   2 – 1   Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1973 Selangor   2 – 1  Terengganu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1972 Selangor   3 – 1   Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1971 Selangor   3 – 1   Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1970 Perak   1 – 0   Kelantan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1969 Selangor   1 – 0   Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1968 Selangor   8 – 1   Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1967 Perak   2 – 1   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Piala HMS Malaya
1966 Selangor   1 – 0   ATM Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1965 Singapura   3 – 1   Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1964 Singapura   3 – 2   Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1963 Selangor   6 – 2   Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1962 Selangor   1 – 0   Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1961 Selangor   4 – 2   Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1960 Singapura   2 – 0   Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1959 Selangor   4 – 0   Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1958 Pulau Pinang   3 – 3 (3–1 Ulangan)   Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1957 Perak   3 – 2   Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1956 Selangor   2 – 1   Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1955 Singapura   3 – 1   Kelantan Jalan Rifle Range, Singapura
1954 Pulau Pinang   3 – 0   Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1953 Pulau Pinang   3 – 2   Singapura Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1952 Singapura   3 – 2   Pulau Pinang Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1951 Singapura   6 – 0   Perak Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1950 Singapura   2 – 0   Pulau Pinang Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1949 Selangor   3 – 2   ATM Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1948 Negeri Sembilan   2 – 2 (2–1 Ulangan)   Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1942-1947 Tidak Dipertandingkan
1941 Singapura   2 – 1   Pulau Pinang Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1940 Singapura   2 – 0   Kedah Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1939 Singapura   3 – 1   Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1938 Selangor   1 – 0   Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1937 Singapura   2 – 1   Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1936 Selangor   1 – 0   Singapura Jalan Rifle Range, Singapura
1935 Selangor   3 – 2   Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1934 Singapura   2 – 1   Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1933 Singapura   8 – 2   Selangor Jalan Rifle Range, Singapura
Piala Malaya
1932 Singapura   5 – 3   Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1931 Perak   3 – 1   Singapura Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1930 Singapura   3 – 0   Selangor Stadium Jalan Anson, Singapura
1929 Selangor  
Singapura  
2 – 2
(Berkongsi Juara)
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1928 Selangor  
Singapura  
2 – 2
(Berkongsi Juara)
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1927 Selangor   8 – 1   Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1926 Perak   1 – 0   Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1925 Singapura   2 – 1   Selangor Stadium Jalan Anson, Singapura
1924 Singapura   1 – 0   Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1923 Singapura   2 – 1   Perak Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1922 Selangor   3 – 2   Singapura Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1921 Singapura   2 – 1   Selangor Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

Jurulatih pasukan juara sunting

Tahun Jurulatih Pasukan
2023   Esteban Solari   Johor Darul Ta'zim
2022   Héctor Bidoglio   Johor Darul Ta'zim
2021   Bojan Hodak   Kuala Lumpur City
2020 Dibatalkan kerana pandemik COVID-19
2019   Benjamin Mora   Johor Darul Ta'zim
2018    Mehmet Durakovic   Perak
2017   Ulisses Morais   Johor Darul Ta'zim
2016   Tan Cheng Hoe   Kedah
2015    Mehmet Durakovic   Selangor
2014   Zainal Abidin Hassan   Pahang
2013   Dollah Salleh   Pahang
2012   Bojan Hodak   Kelantan
2011   Mohd Azraai Khor Abdullah   Negeri Sembilan
2010   B. Sathianathan   Kelantan
2009   Wan Jamak Wan Hassan   Negeri Sembilan
2008   Mohd Azraai Khor Abdullah   Kedah
2007   Mohd Azraai Khor Abdullah   Kedah
2006   Abdul Rahman Ibrahim   Perlis
2005   Dollah Salleh   Selangor
2004   Norizan Bakar   Perlis
2003   Dollah Salleh   MPPJ
2002   Ken Worden   Selangor
2001   Mat Zan Mat Aris   Terengganu
2000   Karl Heinz Weigang   Perak
1999   Michael Jones   Brunei
1998   Karl Heinz Weigang   Perak
1997   Steve Wicks   Selangor
1996   Ken Worden   Selangor
1995   Ken Worden   Selangor
1994   Douglas Moore   Singapura
1993   Roberts Alberts   Kedah
1992   Mike Brown   Pahang
1991   Michael Urukalo   Johor
1990   Milous Kvacek   Kedah

Pasukan terbaik sunting

Sehingga 8 Disember 2023

Nombor dalam kurungan adalah pasukan yang menjuarai Piala HMS Malaya sebelum namanya ditukar kepada Piala Malaysia.

# Pasukan Juara Naib Juara
1   Selangor
33 (13)
17 (11)
2   Singapura
24 (22)
19 (11)
3   Perak
8 (3)
11 (6)
4   Kedah Darul Aman
5
9 (1)
5   Pulau Pinang
4 (3)
9 (6)
6   Sri Pahang
4
4
7   Johor Darul Ta'zim
4
2
8   Kuala Lumpur City
4
1
9   Negeri Sembilan 3 (1) 3
10   Kelantan
2
4 (1)
11   Perlis
2
1
  Johor 2 1
13   Terengganu
1
6
14   MPPJ
1
-
  Brunei
1
-
16   ATM
-
3 (2)
  Sabah
-
3
18   Sarawak
-
1

Rekod sunting

Peristiwa sunting

Tahun Peristiwa
1921 Edisi pertama Piala Malaya dipertandingkan.
1925 Piala Malaya dipertandingkan pertama kali di Singapura.
1928 Piala Malaya dikongsi bersama oleh pasukan Selangor dan Singapura.
1930 Perlawanan akhir antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Singapura menang 3-0.
1931 Perak memenangi Piala Malaysia di tempat sendiri ketika perlawanan akhir diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1933 Piala Malaya ditukar nama ke Piala HMS Malaya atas nama kapal perang Inggeris HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal ketika itu kapten Buttler telah menyumbangkan piala tersebut.
1941 Singapura layak ke perlawanan akhir kali ke-20.
1942-1947 Piala Malaya tidak dipertandingkan akibat Perang Dunia Ke-dua.
1948 Piala HMS diadakan semula setelah berakhir perang dunia kedua dan buat kali pertama Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir. Perlawanan ulangan juga diadakan antara Negeri Sembilan dan Selangor selepas kedua-dua pasukan terikat pada perlawanan pertama.
1949 Perlawanan akhir antara Selangor dengan pasukan bukan berstatus negeri, Tentera.
1950 Penyerang Singapura Allahyarham Awang Bakar, membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.
1957 Perlawanan akhir pertama di Stadium Merdeka dan Perak telah menjuarainya.
1959 Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.
1962 Kelantan menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal bilamana Mohammad Che Su menyumbang lapan gol.
1963 Selangor menewaskan Terengganu 18-0.
1964 Siaran secara langsung pertama ditayangkan ditelevisyen. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.
1967 Piala HMS Malaya ditukar nama ke Piala Malaysia. Perak menjuarainya.
1970 Kelantan, wakil negeri pantai timur pertama memasuki perlawanan akhir.
1974 Perlawanan akhir melibatkan dua pasukan utara antara Pulau Pinang dengan Perak.
1981 Selangor bertemu Singapura diperlawanan akhir bagi kali ke-24.
1983 Selepas 8 tahun didominasi Selangor dan Singapura, Pahang berjaya buat pertama kalinya menjuarai Piala Malaysia sekaligus menjadi pasukan dari Pantai Timur yang berjaya mendakap piala tersebut
1984 Selangor menewaskan Pahang 3-1 di perlawanan akhir, walaupun ketinggalan 1-0 sehingga minit 86 sebelum menjaringkan gol pada minit 87, 89 dan 90.
1985 Pertembungan Johor dan Kuala Lumpur merupakan kedua-dua pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk pertama kali.
1989 Kuala Lumpur mencapai "hat-trick" selepas memenangi pada 1987, 1988 dan 1989 dengan menewaskan pasukan yang sama iaitu Kedah.
1990 Kedah menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
1992 Pahang memperoleh gol seawal minit kedua perlawanan dimulakan dan keputusan 1-0 menentang Kedah kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Ia juga merupakan perlawanan antara pasukan utara dan pasukan pantai timur.
1993 Kedah dibawah bimbingan jurulatih Robet Alberts mencipta kejuaraan berganda merangkul piala Malaysia buat kali ke-2 mengalahkan Singapura dengan 2-0 dan juga selaku juara liga tahap satu.
1994 Aksi terakhir pasukan Singapura dalam kancah bolasepak Malaysia. Singapura menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini dan buat kali terakhir.
1995 Jaringan kalah mati pertama oleh Selangor setelah terikat 0-0 dengan Pahang.
1996 Aksi pertama daripada pasukan Borneo yang mana ia ialah perlawanan akhir antara Selangor dengan Sabah. Juara juga pertama kali ditentukan menerusi penalti setelah seri pada masa tambahan. Selangor menang penalti 5-3.
1998 Perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.Perak menjuarai dengan menewaskan Terengganu.
1999 Buat pertama kali dua pasukan dari kepulauan Borneo beraksi diperlawanan akhir antara Sarawak dan Brunei. Brunei menjuarai Piala Malaysia kali pertama dan Stadium Merdeka menjadi pentas Piala Malaysia yang terakhir.
2001 Terengganu menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali dan Perlawanan Piala Malaysia Pertama Abad ke 21.
2003 Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), pasukan berstatus kelab pertama memenangi Piala Malaysia.
2004 Dua pasukan dari utara bertembung pada perlawanan akhir kali kedua antara Perlis dengan Kedah.
2005 Selangor menjuarai Piala Malaysia kali ke 32. Selain itu mereka juga memenangi Piala Liga Perdana (liga tahap dua) dan juga Piala FA.
2007-2008 Kedah menjuarai Piala Malaysia. Selain itu mereka juga memenangi Piala Liga Super dan juga Piala FA. Kedah juga satu-satunya pasukan di Malaysia yang berjaya menjadi juara "Double Treble" iaitu menjuarai treble untuk dua musim berturut-turut (2007/2008 dan 2008/2009)
2010 Kelantan menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali.
2012 Dua juara Liga Malaysia iaitu Juara Liga Super, Kelantan bertemu Juara Liga Perdana, ATM pada perlawanan akhir. Fakta menarik, kedua-dua pasukan ini dalam kumpulan yang sama dalam saingan peringkat kumpulan. Kelantan memenangi Piala Malaysia kali kedua disamping memenangi Piala Liga Super (liga tahap satu) dan juga Piala FA.
2013 Pasukan Pahang FA berjaya menjadi juara piala malaysia buat kali yang 3 dan menamatkan kemarau kejuaran Piala Malaysia selama 21 tahun, kali terakhir menjadi juara Piala Malaysia Pada tahun 1992, dengan menewaskan Kelantan dengan keputusan 1 : 0
2015 Selangor mencapai MISI 33 untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-33.
2016 Kedah berjaya merampas Piala Malaysia daripada Selangor. Kedah menang dengan penentuan sepakan penalti (6:5). Lebih bermakna kejuaraan ini bersempena penamatan pemerintahan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2016
2017 Johor Darul Ta'zim menjadi juara buat kali pertama sejak penjenamaan baharu pasukan tersebut pada tahun 2012 selepas menumpaskan juara bertahan Kedah 2 - 0.
2018 Perak menamatkan penantian 18 tahun untuk menjadi juara Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu. 3 - 3 di masa tambahan.Perak menang melalui sepakan penalti 4:1

Rekod sunting

Rekod Pasukan Catatan
Juara pertama Piala Malaya Singapura 1921
Juara pertama Piala HMS Malaya Singapura 1933
Juara pertama selepas PD2 Negeri Sembilan 1948
Juara pertama di Stadium Merdeka Perak 1957
Juara pertama Piala Malaysia Perak 1967
Juara pertama di Stadium Shah Alam Singapura 1994
Juara pertama di Stadium Bukit Jalil Perak 1998
Juara terakhir di Stadium Merdeka Brunei 1999
Juara pertama abad ke-21 Terengganu 2001
Juara terbanyak Selangor 33 kali, termasuk 2 kali juara bersama Singapura


Rekod Pasukan Catatan
Pasukan yang pernah menjuarai hatrik Singapura 5 kali (1923-1924-1925), (1928-1929-1930), (1932-1933-1934), (1939-1940-1941) dan (1950-1951-1952)
Selangor 4 kali (1927-1928-1929), (1961-1962-1963), (1971-1972-1973) dan (1995-1996-1997)
Kuala Lumpur 1 kali (1987-1988-1989)
Pasukan kelab pertama bertanding Johor FC 2000
Pasukan kelab pertama juara MPPJ Selangor 2003
Pasukan memasuki perlawanan akhir berturut-turut paling lama Singapura 1921-1941
Pasukan-pasukan berkongsi juara Selangor & Singapura 1928 dan 1929
Pasukan memasuki perlawanan akhir tapi tewas kesemuanya ATM 3 kali (1949, 1966 dan 2012)
Sabah 3 kali (1996, 2002 dan 2003)
Sarawak 1999
Pasukan yang belum ke perlawanan akhir Melaka
Pasukan memasuki perlawanan akhir tiga kali berturut (atau lebih) tapi tidak menang kesemuanya Perak 2 kali (1959-1960-1961) dan (1970-1971-1972)
(kecuali Selangor dan Singapura) Pulau Pinang 1 kali (1952-1953-1954)
Kedah 2 kali (1987-1988-1989), (2015-2016-2017)
Perlis 1 kali (2004-2005-2006)
Negeri Sembilan 1 kali (2009-2010-2011)
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi semula Negeri Sembilan 61 tahun (1948-2009)
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi Piala Malaysia Kelantan 89 tahun (1921-2010)
Jaringan pasukan terbanyak dalam perlawanan akhir Selangor 8 gol (1933 dan 1968)
Singapura 8 gol (1927)
Jaringan perlawanan terbanyak dalam perlawanan akhir Singapura - Selangor 10 gol (1933)
Jaringan perlawanan terbesar dalam peringkat kumpulan Selangor - Terengganu 18-0 (1963)
Penjaring terbanyak dalam perlawanan akhir   Abdul Ghani Minhat 4 gol (1961)
Penjaring terbanyak dalam satu perlawanan peringkat kumpulan   Mohamad Che Su 8 gol (1962 Kelantan - Pahang)
Perlawanan paling epik era moden dengan jumlah jaringan terbanyak dalam perlawanan timbal balik Separuh Akhir Kedah - Pahang 16 gol agregat ( 2019 - Std Darul Aman 3-3 , Std Darul Makmur 5-5 )
Penjaring-penjaring hatrik dalam perlawanan akhir (4 gol)   Abdul Ghani Minhat(4 gol) 1961
Penjaring-penjaring hatrik dalam perlawanan akhir (3 gol)   S.Thanabalan
  Ervin Boban
  Abbas Saad
  MPPJ Juan Manuel Aristegui
  Bambang Pamungkas
1968
1991
1994
2003
2005
Jurulatih paling banyak memimpin pasukan juara   Ken Worden
  Dollah Salleh
  Mohd Azraai Khor Abdullah
4 kali (  1994,   1995, 1996 dan 2002)
3 kali ( MPPJ 2003,   2005 dan   2013)
3 kali ( 2007, 2008 dan   2011)
Pemain paling banyak juara dalam pasukan sama   Allahyarham Mokhtar Dahari 10 Gelaran (1972-1986)
Pemain paling banyak juara dalam pasukan berbeza   Hairuddin Omar

  Shukor Adan

3 pasukan (  2001,   2009,   2010,   2011),

3 Pasukan (  2002,   2005,   2009,   2011,   2021)

Pemain import membantu pasukan juara hatrik   Mehmet Durakovic 1995,1996 dan 1997

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Atsushi Fujioka; Erik Garin; Mikael Jönsson; Hans Schöggl (11 January 2018). "FA of Malaysia Cup". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 28 February 2018.
  2. ^ "Malaysia 1921". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 29 February 2012. Dicapai pada 28 February 2018.
  3. ^ "History". Football Association of Malaysia. Dicapai pada 28 February 2018.
  4. ^ "History of Singapore Football". Football Association of Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2014. Dicapai pada 28 February 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Zulhilmi Zainal (10 August 2014). "Is Malaysia Cup losing its appeal?". Goal.com. Dicapai pada 4 December 2017.
  6. ^ Zulhilmi Zainal (16 July 2016). "Slight change to Malaysia Cup format may give an edge to non-favourite sides". Goal.com. Dicapai pada 28 February 2018.
  7. ^ "Kejohanan Piala Malaysia". Perpustakaan Negara Malaysia. Dicapai pada 28 February 2018.
  8. ^ Alvin Chua (2015). "Malaysia Cup (football)". National Library Board. Dicapai pada 28 February 2018.
  9. ^ "Malaysia 1948". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 29 February 2012. Dicapai pada 28 February 2018.
  10. ^ Karel Stokkermans (11 January 2018). "Malaysia 1957". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 28 February 2018.
  11. ^ Karel Stokkermans (18 January 2018). "Malaysia 1959". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 28 February 2018.
  12. ^ "Malaysia 1967". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 29 February 2012. Dicapai pada 28 February 2018.
  13. ^ "Malaysia 1979". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 29 February 2012. Dicapai pada 28 February 2018.
  14. ^ "Press Release: FAM Inks deal with MP & Silva to formalise FMLLP". Football Association of Malaysia. 23 January 2015. Dicapai pada 4 December 2017.
  15. ^ Ooi Kin Fai (7 May 2015). "Malaysian football going for the German way". Goal.com. Dicapai pada 4 December 2017.
  16. ^ "Malaysia 1979". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 29 February 2012. Dicapai pada 28 February 2018.
  17. ^ "Malaysia 1982". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 29 February 2012. Dicapai pada 28 February 2018.
  18. ^ Hamdan Saaid (17 February 2004). "Malaysia 2003". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 28 February 2018.
  19. ^ "Singapore Lions to participate in 2012 Malaysia Cup". AsiaOne. 12 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2012. Dicapai pada 28 February 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting