Buka menu utama

Piala Negara-Negara Afrika 2013

Piala Negara-Negara Afrika 2013, juga dikenali sebagai Piala Negara-Negara Afrika Orange bagi tujuan penajaan, diadakan 19 Januari hingga 10 Februari 2013, ialah Piala Negara-Negara Afrika ke-29, kejohanan bola sepak Afrika yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).[1] Bermula edisi ini, kejohanan ini ditukar kepada tahun-tahun ganjil daripada genap supaya tidak bertembung dengan Piala Dunia FIFA.[2]

Piala Negara-Negara Afrika 2013
  • Afrikanasiesbeker 2013
  • AFCON 2013
  • CAN 2013
200px
Logo kejohanan
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Afrika Selatan
Tarikh19 Januari – 10 Februari
Pasukan16 (dari 1 konfederasi)
Tempat(di 5 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Nigeria (Kejuaraan Ke-3)
Naib Juara Burkina Faso
Tempat Ketiga Mali
Tempat Keempat Ghana
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan32
Jaringan gol69 (2.16 per perlawanan)
Kehadiran729,000 (22,781 per perlawanan)
Penjaring terbanyakNigeria Emmanuel Emenike
Ghana Wakaso Mubarak
(4 gol)
Pemain terbaikBurkina Faso Jonathan Pitroipa
2012
2015

Afrika Selatan menjadi tuan rumah buat kali kedua, selepas sebelum ini menganjurkan edisi 1996. Kejohanan 2013 ini dihadiri paling ramai penonton sejak format 16 pasukan diperkenalkan. Pasukan Afrika Selatan disingkirkan pada peringkat suku akhir oleh Burkina Faso, melalui tendangan penalti.

Nigeria memenangi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika ketiga mereka selepas newaskan Burkina Faso 1–0 dalam perlawanan akhir.[3] Nigeria akan bertanding dalam Piala Konfederasi FIFA 2013 di Brazil sebagai wakil CAF.[4]

JuaraSunting

 Piala Negara-Negara Afrika 2013 
 
Nigeria
Juara ketiga

RujukanSunting

  1. ^ "CAF Executive Committee decisions: CAN in odd years from 2013". Konfederasi Bola Sepak Afrika. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2010. Dicapai 27 Jun 2010. 
  2. ^ "Africa Cup of Nations Cup to move to odd-numbered years". BBC Sport. BBC. 16 Mei 2010. Dicapai 13 Februari 2012. 
  3. ^ "Nigeria akhiri kemarau sedekad". Kosmo! Online. Dicapai 2013-02-15. 
  4. ^ "Qualifiers - FIFA Confederations Cup Brazil 2013". Fifa.com. Dicapai 2012-02-18. 

Pautan luarSunting