Buka menu utama

Piala Negara Afrika 2010, juga dikenali sebagai Piala Negara Afrika Orange atas sebab tajaan, ialah Piala Negara-Negara Afrika ke-27, kejohanan bola sepak setiap dua tahun Afrika (CAF). Ia diadakan di Angola, di antara 10 Januari 2010 dan 31 Januari.[1][2]

Piala Negara Afrika 2010
Taça de África das Nações de 2010
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Angola
Tarikh10 Januari – 31 Januari
Pasukan15 (dari 1 konfederasi)
Tempat(di 4 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Mesir (Kejuaraan Ke-7)
Naib Juara Ghana
Tempat Ketiga Nigeria
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan29
Jaringan gol71 (2.45 per perlawanan)
Kehadiran543,500 (18,741 per perlawanan)
Penjaring terbanyakMesir Geddo (5 gol)
Pemain terbaikMesir Ahmed Hassan

Dalam pertandingan ini, tuan rumah Angola dijangka disertai dengan 15 negara yang berjaya melayakkan diri dari kalangan 53 pasukan kebangsaan Afrika. Bagaimanapun, penarikan diri Togo selepas serangan pengganas terhadap basnya ketika tiba di Angola menyebabkan hanya 15 pasukan menyertai kejohanan ini. Sejumlah 29 perlawanan dimainkan, kurang daripada 32 yang dijadualkan. Mesir memenangi pertandingan ini, gelaran PNA ke-7 mereka dalam sejarah dan mencatat rekod kali ketiga berturut-turut, menewaskan Ghana 1–0 dalam perlawanan akhir.[3]

Isi kandungan

Serangan terhadap pasukan TogoSunting

Pada 8 Januari 2010, bas pasukan bola sepak kebangsaan Togo diserang oleh orang-orang bersenjata api di Cabinda, Angola semasa dalam perjalanan ke kejohanan ini. Jurucakap persekutuan bola sepak Togo menyatakan pembantu jurulatih Amalete Abalo dan pegawai akhbar Stanislaud Ocloo telah maut selain pemandu bas. Kumpulan pemisah FLEC mengaku bertanggungjawab. Pasukan Togo menarik diri keesokan harinya. Para pemain pada mulanya berhasrat terus bertanding untuk memperingati mereka yang terkorban, tetapi diarahkan pulang oleh kerajaan Togo.[4] Penyertaan Togo dibatalkan secara rasmi selepas tidak menghadiri perlawaan pembukaan Kumpulan B mereka menentang Ghana pada 11 Januari.

Pada 30 Januari 2010, CAF melarang Togo daripada menyertai dua kejohanan Piala Negara Afrika yang seterusnya dan mendenda mereka $50,000; CAF mendakwa hukuman ini dijatuhkan kerana penglibatan kerajaan dalam penarikan diri dari pertandingan. Togo tidak dapat bertanding sehingga edisi 2016.[5]

LokasiSunting

PerlawananSunting

Semua waktu tempatan (UTC+1)

Peringkat kalah matiSunting

Suku Akhir Separuh Akhir Perlawanan Akhir
                   
24 Januari – Luanda        
   Angola  0
28 Januari – Luanda
   Ghana  1  
   Ghana  1
25 Januari – Lubango
     Nigeria  0  
   Zambia  0 (4)
31 Januari – Luanda
   Nigeria (pen.)  0 (5)  
   Ghana  0
24 Januari – Cabinda
     Mesir  1
   Côte d'Ivoire  2
28 Januari – Benguela
   Algeria (s.m.t.)  3  
   Algeria  0 Tempat Ketiga
25 Januari – Benguela
     Mesir  4  
   Mesir (s.m.t.)  3    Nigeria  1
   Cameroon  1      Algeria  0
30 Januari – Benguela


Perlawanan akhirSunting

31 Januari 2010
17:00
Ghana   0 – 1   Mesir
Laporan Geddo   85'

JuaraSunting

 Piala Negara Afrika
Juara 2010 
 
Mesir
Juara ketujuh


Tempat ke-2 Tempat ke-3
  Ghana   Nigeria

RujukanSunting

  1. ^ "Angola to host 2010 Nations Cup". BBC Sport. 2006-09-04. Dicapai 2006-09-27. 
  2. ^ "Camino a la Copa Africana de Naciones Angola 2010". Fox Sport. 2009-02-20. 
  3. ^ "Ghana 0–1 Egypt". BBC Sport. 2010-01-31. Dicapai 2010-01-31. 
  4. ^ "Togo head home as Africa Cup of Nations gets under way". BBC Sport. 2010-01-10. 
  5. ^ "Togo handed two-tournament Nations Cup suspension". ESPN Soccernet. 2010-01-30. 

Pautan luarSunting