Liga Europa UEFA

(Dilencongkan dari Piala UEFA)

Liga Europa UEFA (Bahasa Inggeris:UEFA Europa League) atau sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA (Bahasa Inggeris:UEFA Cup) merupakan sebuah kejohanan kelab bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah untuk kelab bola sepak Eropah yang layak.Ia merupakan kejohanan peringkat kedua dalam hierarki pertandingan kelab bola sepak benua Eropah,dibawah Liga Juara-Juara UEFA dan diatas Liga Konfederasi Eropah UEFA selepas menjadi kejohanan peringkat ketiga dari 1971 hingga 1999 sebelum Piala Juara Piala UEFA dihentikan.[1][2] Kelayakan ke kejohanan ini dilakukan berdasarkan prestasi kelab dalam liga domestik dan piala nasional kelab masing-masing.

Liga Europa UEFA
Europa League 2021.svg
Ditubuhkan1971; 51 tahun yang lalu (1971)
(dijenamakan semula pada 2009)
KawasanEropah
Jumlah pasukan32 (peringkat kumpulan)[a]
58 (jumlah)
Layak kePiala Super UEFA
Liga Juara-Juara Eropah
Perlawanan berkaitanLiga Juara-Juara UEFA (peringkat pertama)
Liga Konferensi Eropah UEFA (peringkat ketiga)
Piala Ekspo Antara Bandar (didahului oleh)
Juara semasaSepanyol Villarreal (Gelaran pertama)
Kelab paling berjayaSepanyol Sevilla (6 Gelaran)
Laman sesawangOfficial website

Diperkenalkan pada tahun 1971 sebagai Piala UEFA,ia menggantikan Piala Ekspo Antara Bandar(Bahasa Inggeris:Inter-Cities Fairs Cup).Pada 1999,Piala Juara Piala UEFA dihentikan dan disatukan dengan Piala UEFA.[3] Mulai musim 2004-05,format peringkat kumpulan telah ditambah sebelum pusingan kalah mati.Kejohanan ini telah dikenali sebagai Liga Europa sejak musim 2009-10,[4][5] mengikuti perubahan format pertandingan.[6] Penjenamaan semula pada tahun 2009 ini termasuklah penggabungan dengan Piala Intertoto UEFA,yang menghasilkan format pertandingan yang diperbesarkan, dengan peringkat kumpulan yang diperluas dan perubahan dalam kriteria kelayakan.Pemenang Liga Europa UEFA layak ke Piala Super UEFA dan sejak musim 2014–15, musim berikutnya Liga Juara-Juara UEFA, memasuki peringkat kumpulan.

Kelab dari Sepanyol mempunyai jumlah gelaran juara terbanyak (tiga belas gelaran), diikuti oleh England dan Itali (sembilan gelaran masing-masing). Gelaran juara telah dimenangi oleh 29 kelab, tiga belas daripadanya telah memenanginya lebih daripada sekali. Kelab paling berjaya dalam pertandingan ini ialah Sevilla, dengan enam gelaran. Villareal adalah juara bertahan, setelah menewaskan Manchester United 11–10 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir 2021.

NotaSunting

  1. ^ 8 kelab menyertai selepas peringkat kumpulan Liga Juara-Juara: pemenang setiap kumpulan mara ke pusingan 16, pasukan di tempat kedua dalam setiap kumpulan mula bermain dari play-off kalah mati, di mana mereka disertai oleh lapan pasukan tempat ketiga dalam fasa kumpulan Liga Juara-Juara.


Pautan LuarSunting

  1. ^ Nakrani, Sachin (14 Februari 2018). "The Europa League is back and more than ever is a competition to savour". theguardian.com.
  2. ^ "UEFA Europa Conference League: all you need to know". UEFA.com (Siaran akhbar). Union of European Football Associations. 3 Disember 2020. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  3. ^ "UEFA Europa League History". UEFA.com (Siaran akhbar). Union of European Football Associations. Dicapai pada 27 April 2008.
  4. ^ "UEFA Cup gets new name in revamp". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 26 September 2008. Dicapai pada 26 September 2008.
  5. ^ "UEFA Cup to become UEFA Europa League". UEFA.com (Siaran akhbar). Union of European Football Associations. 26 September 2008.
  6. ^ "New format provides fresh impetus". UEFA.com (Siaran akhbar). Union of European Football Associations. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2011. Dicapai pada 15 Mei 2010.