Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa

Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Financial Reporting Standards, IFRS) ialah Piawaian,[1] Tafsiran dan Kerangka untuk penyediaan dan pembentangan laporan kewangan[2] (sekiranya ketiadaan Piawaian atau Tafsiran) yang diterima oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Board, IASB).

Kebanyakan piawaian yang membentuk IFRS ini pernah dikenali sebagai Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards, IAS). IAS ini dikeluarkan dari tahun 1973 hingga 2001 oleh Lembaga Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee, IASC). Pada 1 April 2001, IASB yang baru ditubuhkan mengambil alih tugas menetapkan IAS yang dipikul IASC. Dalam mesyuarat sulungnya, Lembaga yang baru ini menerima IAS dan SIC (Jawatankuasa Tafsiran Sah, Standing Interpretations Committee) yang sedia ada, lalu terus memajukan piawaian perakaunan dengan nama barunya IFRS.

Struktur IFRS sunting

IFRS merupakan piawaian-piawaian "berasaskan prinsip" yang menetapkan peraturan am serta menentukan tafsiran khusus.

Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa merangkumi:

  • Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (International Financial Reporting Standards, IFRS) - piawaian yang dikeluarkan selepas tahun 2001
  • Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards, IAS) - piawaian yang dikeluarkan sebelum tahun 2001
  • Tafsiran yang berasal dari Jawatankuasa Tafsiran Laporan Kewangan Antarabangsa (International Financial Reporting Interpretations Committee, IFRIC) - dikeluarkan selepas tahun 2001
  • Jawatankuasa Tafsiran Sah (Standing Interpretations Committee, SIC) - dikeluarkan sebelum tahun 2001

Tidak dilupakan juga Kerangka Penyediaan dan Pembentangan Laporan Kewangan (Framework for the Preparation and Presentation of Financial Statements) yang mentakrifkan prinsip-prinsip di sebalik IFRS.

IAS 8 Par. 11

"Apabila membuat pertimbangan mengikut perenggan 10, pihak pengurusan harus merujuk dan menimbangkan kebolehgunaan sumber-sumber berikut secara urutan menurun:

(a) keperluan dan panduan dalam Piawaian dan Tafsiran mengenai isu-isu serupa dan berkaitan; dan
(b) takrifan, ciri pengenalpastian dan konsep pengukuran untuk aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan mengikut Kerangka."

Rujukan sunting

  1. ^ [1]Teks penuh Piawaian
  2. ^ [2] Teks penuh Kerangka

Pautan luar sunting