Pierre-Simon Laplace

Pierre-Simon, Marquis de Laplace (lahir 23 Mac 1749 – meninggal 5 Mac 1827 pada umur 77 tahun) adalah seorang cendekiawan Perancis yang menyumbang dalam bidang matematik, statistik, fizik, astronomi, dan falsafah. Beliau mengemukakan teori bahwa Bumi pada jutaan tahun yang lalu terpisah daripada Matahari dan secara beransur-ansur mengering dan mengeras keraknya. Pada tahun 1773, di depan Akademi Perancis, beliau membuktikan bahawa gerakan planet-planet adalah stabil. Penemuan Laplace yang lain termasuk dalam bidang kamiran, persamaan pembezaan, dan astronomi. beliau merintis mekanika cakerawala, persamaan Laplace, pengoperasi Laplace dan transformasi Laplace.

Pierre-Simon Laplace
Pierre-Simon Laplace sebagai Canselor Senat Empayar Perancis Pertama
Kelahiran(1749-03-23)23 Mac 1749
Meninggal dunia5 Mac 1827(1827-03-05) (umur 77)
WarganegaraPerancis
Pusat pendidikanUniversiti Caen
Terkenal keranaMekanik cakerawala
Persamaan Laplace
Pengoperasi Laplace
Transformasi Laplace
Kerjaya saintifik
BidangAstronomi
Matematik
InstitusiÉcole Militaire (1769–1776)
Penasihat akademikJean d'Alembert
Christophe Gadbled
Pierre Le Canu
Pelajar terkemukaSiméon Denis Poisson
Napoleon Bonaparte

Laplace dihargai sebagai salah satu saintis-saintis terulung sepanjang zaman, dan kadangkala digekar sebagai "Isaac Newton dari Perancis".[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Clerke, Agnes Mary (1911). "Laplace, Pierre Simon" . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 16 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 200–202.

Pautan luar sunting