Pihak Berkuasa London Raya

Pihak Berkuasa London Raya (GLA),[a] dikenali dalam bahasa basahan dengan metonim "Dewan Bandaraya" merupakan badan tadbir urus wilayah yang terturun bagi London Raya, yang bersempadanan dengan kawasan London serta terdiri daripada bandar raya London dan kaunti bermajlis yang juga dinamakan sebagai London Raya. GLA ditubuhkan pada 2000, selepas suatu pungutan suara tempatan dan memperoleh sebahagian besar kuasanya daripada Akta Pihak Berkuasa London Raya 1999 dan Akta Pihak Berkuasa London Raya 2007. Badan ini terdiri daripada dua cabang politik: Pejabat Datuk Bandar (kini diketuai oleh Sadiq Khan) dan Dewan London yang terdiri daripada 25 orang anggota. Sejak Mei 2016, kedua-dua cabang berada di bawah kawalan Parti Buruh London.

GLA yang mempunyai bidang kuasa terhadap pengangkutan, pengawasan, pembangunan iktisad serta perancangan bomba dan kecemasan. Tiga badan berfungsi—Pengangkutan untuk London, Pejabat Datuk Bandar untuk Pengawasan dan Jenayah serta Pesuruhjaya Bomba London—bertanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan bagi bidang kuasa tersebut. Dasar-dasar perancangan Datuk Bandar London diperincikan dalam Rancangan London berkanun yang sentiasa dikemas kini dan diterbitkan

Pihak Berkuasa London Raya kebanyakannya dibiayai oleh bantuan langsung kerajaan dan ia juga pihak berkuasa perintah dengan sesetengah dana diperoleh dengan cukai majlis tempatan. GLA merupakan badan unik dalam sistem kerajaan terturun dan tempatan, sama ada daripada segi struktur (menggunakan model seperti sistem berpresiden), pilihan raya dan pemilihan kuasa.

Tujuan sunting

Pihak Berkuasa London Raya bertanggungjawab dalam pentadbiran strategik London Raya. Ia berkongsi kuasa kerajaan tempatan dengan majlis-majlis di boro London dan Perbadanan Bandaraya London. GLA ditubuhkan bagi meningkatkan penyelarasan di antara pihak-pihak berkuasa tempatan di London Raya dan peranan datuk bandar adalah mewakilinya. Datuk bandar mencadangkan dasar dan belanjawan GLA serta melantik eksekutif strategik ibu kota seperti Pengangkutan untuk London. Pihak berkuasa ini berpangkalan di Dewan Bandaraya yang terletak bersebelahan dengan Limbungan Victoria Diraja, Canning Town.

Latar belakang sunting

Pada tahun 1986, Majlis London Raya (GLC) telah dimansuhkan oleh kerajaan Konservatif pimpinan Margaret Thatcher. Ramai mengandaikan bahawa keputusan untuk memansuhkan GLC dibuat kerana wujudnya pentadbiran Buruh berhaluan kiri yang berbelanja tinggi di bawah pimpinan Ken Livingstone, walaupun tekanan untuk pemansuhan tersebut telah timbul sebelum Livingstone mengambil alih dan sebahagian besarnya didorong oleh kepercayaan dalam kalangan majlis-majlis boro luar London bahawa mereka juga boleh melaksanakan fungsi GLC.

Semasa dimansuhkan, fungsi-fungsi strategik GLC beralih kepada badan-badan yang dikawal oleh kerajaan pusat atau lembaga bersama yang dicalonkan oleh majlis-majlis boro London. Sesetengah fungsi penyampaian perkhidmatan diberikan kepada majlis-majlis boro sendiri. Untuk 14 tahun seterusnya, tiada badan yang dipilih untuk keseluruhan London. Parti Buruh tidak pernah mendukung pemansuhan GLC dan menjadikannya dasar untuk menubuhkan semula beberapa bentuk pihak berkuasa terpilih di seluruh bandar raya.

Catatan sunting

  1. ^ Dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Greater London Authority.

Pautan luar sunting