Norafizah "Pija" Mohd Yasin ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau ialah juara Mentor musim pertama dan adik kepada Naufara Yasin.[1]

Pija Yasin
Nama lahirNorafizah binti Mohd Yasin
KelahiranKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B, Rock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2005–2010
Syarikat rakaman
  • Dream Park
    (2005-2007)
  • Prima Music
    (2008-2010)
Pengkarya berkait
Zainal Abidin
Naufara Yasin
Dato' Wah Idris

Kerjaya sunting

Pada tahun 2005, Pija menjadi salah seorang peserta Mentor musim pertama di TV3, menjadi anak didik Zainal Abidin.[2] Beliau dinobatkan sebagai juara sulung rancangan itu.[3][4] Selepas tamat Mentor, Pija melancarkan EP sulungnya bertajuk Luka di bawah label Sony Music Malaysia. EP ini mengandungi 3 lagu, termasuk lagu bertajuk sama yang dikeluarkan sebagai single. Pada tahun 2008, beliau dan kakaknya, Naufara muncul dengan album duet bertajuk Posh.[5][6]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Datu Anwar Datu Amir Kahar pada 21 Mac 2014.[7]

Mentor sunting

Konsert Lagu (penyanyi asal) Rank
Intro "Fallin'" (Alicia Keys)
Battle 1 "Menghitung Hari" (Krisdayanti) + "Ain't Nobody" (Chaka Khan) Selamat
Battle 2 "Mimpi Sedih" (Tetty Kadi) Selamat
"Ikhlas Tapi Jauh" (Zainal Abidin)
(duet Zainal Abidin)
Battle 3 "Bring Me to Life" (Evanescence) Selamat
"Fantasia Bulan Madu" (Search)
(duet Amy Search)
Semifinal 1 "Dia" (Sheila Majid) + "If I Ain't Got You" (Alicia Keys) Selamat
"Sampaikanlah Salam" (Alleycats)
(duet David Arumugam)
Grand Finale "Kau Dihatiku" (Zainal Abidin)
(duet Zainal Abidin)
Juara
"Percayalah" (Siti Nurhaliza) + "Rhythm Gonna Get You" (Gloria Estefan)
"Pawana" (Search)
(duet Amy Search)

One in a Million 3 sunting

Konsert Tema Lagu
(penyanyi asal)
Rank
Top 12 Bebas "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain) Selamat
Top 11 Memori Tercipta "Since U Been Gone" (Kelly Clarkson) Selamat
Top 10 Bebas "So What?" (P!nk) Selamat
Top 9 Penulis Lagu "Satu Harapan" (Jaclyn Victor) Tersingkir

Diskografi sunting

Album EP sunting

Judul album Butiran album
Luka Dikeluarkan pada: 2005
Label: Sony BMG
Penerbit: Adrian Lim
Eric Tan, Iman Wan, DJ Uno
Format: CD, Album mini

Album Duet sunting

Single sunting

  • "Luka" (2005)
  • "Posh" (2008)

Rujukan sunting

  1. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (9 September 2005). "Pija impak Mentor". Berita Harian. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  2. ^ Abdul Azis Itar (29 September 2005). "Pija tidak kecil hati dengan Zainal Abidin". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  3. ^ "Pija juara sulung Mentor". Utusan Malaysia. 25 Ogos 2005. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  4. ^ "Adik Naufara dinobat juara Mentor". Berita Harian. 25 Ogos 2005. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  5. ^ Wahida Asrani (1 Disember 2008). "Pija & Fara nekad teruskan perjuangan menerusi Posh". mStar Online. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  6. ^ "Pija Mentor dan Naufara muncul kembali dengan album single". Kosmo!. 26 Disember 2008. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  7. ^ "Pija Mentor hamil empat bulan". Berita Harian. 12 Oktober 2014. Dicapai pada 26 Disember 2014.

Pautan luar sunting