Pileus, atau turut disebut payung ataupun ketayap,[1][2] secara teknikalnya, ialah nama bahagian bak payung atau topi bagi basidiokarpa atau askokarpa (jasad kulat berbuah) yang menyokong permukaan penghasil spora iaitu himenium. Himenium (himenofor) boleh terdiri daripada lamela, tiub, ataupun gigi di sisi bawah payungnya. Payung ini ciri bagi agarik, bolet, beberapa polipor, kulat gigi, dan beberapa askomiset.

Gambar pileus atau payung cendawan

Pengelasan sunting

Payung boleh tampil dalam berbagai bentuk, dan bentuknya boleh berubah mengikut kitaran perkembangan kulat. Bentuk payung paling biasa adalah separuh bulat atau "cembung". Payung cembung selalunya terus berkembang bilamana ia matang hinggalah menjadi datar. Banyak spesies terkenal mempunyai payung datar, termasuk cendawan butang, bermacam spesies Amanita, dan bolet.

Beberapanya, semacam cendawan payung, mempunyai tombol dan bonggol berlainan dan digambarkan sebagai "umbonat". Bonggol ialah bonjolan tertombol di pusat payung. Sesetegah kulat, semacam chanterelle, ada tampilan berbentuk trompet atau corong. Dalam hal ini, payungnya diistilahkan "infundibuliform".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "cap (mushroom)". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. ^ "ketayap cendawan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.