Pilihan raya kecil Seri Setia 2018

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia 2018 merupakan pilihan raya kecil yang ketiga selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos 2018[1]. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 8 September 2018.

Pilihan Raya Kecil Seri Setia, 2018

← 2018 8 September 2018 (2018-09-08)

Kerusi Seri Setia di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
 
Calon Halimey Abu Bakar Dr Halimah Ali
Parti PKR PAS
Gabungan PH GS
Undian popular 13,725 9,698


Yang Berhormat sebelum pilihan raya

Prof. Dr Shaharuddin Badaruddin
PH-PKR

Yang Berhormat

Halimey Abu Bakar
PH-PKR

Penamaan Calon sunting

Pilihan Raya Kecil Seri Setia menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PH-PKR dan PAS. PH-PKR telah mempertaruhkan Halimey Abu Bakar. PAS pula mencalonkan bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali[2].

Keputusan Pilihan Raya sunting

Berikut merupakan keputusan rasmi[2]

Parti Nama Calon Undi Keputusan
PH Halimey Abu Bakar 13,725 Menang
PAS Dr Halimah Ali 9,698 Kalah

Rujukan sunting