Pilihan Raya Kepala Desa

Pilihan Raya Kepala Desa, sering kali disingkatkan sebagai Pilkades, ialah suatu pemilihan Kepala Desa secara langsung oleh para warganegara desa setempat. Berbeza dengan Lurah yang merupakan pegawai perkhidmatan awam, Kepala Desa merupakan jawatan yang boleh dipegang oleh sesiapa sahaja yang memenuhi syarat (biasanya berbeza-beza antara satu desa sama lain).

Pilkades telah diadakan jauh sebelum adanya Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada). Akhir-akhir ini, terdapat kecenderungan untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya ini secara serentak dalam satu kabupaten. Hal ini dilakukan agar pelaksanaannya lebih berkesan, cekap, dan terselaras dari sisi keamanan. Pilihan-pilihan raya tersebut diselenggarakan oleh Pemerintah Daerah.