Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952


Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952 telah diadakan pada bulan Februari 1952 untuk memilih ahli-ahli Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Pilihan raya ini merupakan susulan daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Bagaimanapun, pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur bukannya pilihan raya perbandaran yang pertama.

Pilihan raya perbandaran pertama di Semenanjung Tanah Melayu diadakan di Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 untuk memilih ahli-ahli Majlis Perbandaran George Town. Bagaimanapun, yang jauh menarik perhatian dalam siri pilihan raya tempatan ini ialah Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952. Dalam pilihan raya ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), bersama-sama dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) memenangi 9 daripada 12 kerusi. Kemenangan itu telah mengilhami penubuhan Parti Perikatan pada 30 Oktober 1957.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting