Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959

(Dilencongkan daripada Pilihan Raya Umum Malaysia 1959)

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 1959 dan juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di Semenanjung Malaysia.

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959

← 1955 19 Ogos 1959 1964 →

Semua 104 kerusi dalam Dewan Rakyat
53 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar2,133,272
Pengundi hadir1,564,575 (73.34%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Burhanuddin al-Helmy Ahmad Boestamam
Parti Perikatan PMIP BS
Pilihan raya
lepas
81.68%, 51 kerusi 4.06%, 1 kerusi 0.48%, 0 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
74 13 8
Perubahan kerusi 23 12 8
Undian popular 800,944 329,070 199,688
Peratusan 51.77% 21.27% 12.91%
Peralihan undi 29.91pp 17.21pp 12.43pp

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
  PPP MP
Pemimpin D. R. Seenivasagam Onn Jaafar Tan Kee Gak
Parti PPP Parti Negara Parti Malaya
Pilihan raya
lepas
0.11%, 0 kerusi 7.88%, 0 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
4 1 1
Perubahan kerusi 4 1 Baharu
Undian popular 97,391 32,578 13,404
Peratusan 6.29% 2.11% 0.87%
Peralihan undi 6.18pp 5.77pp New

Keputusan mengikut kawasan

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Tunku Abdul Rahman
Perikatan

Perdana Menteri-designate

Tunku Abdul Rahman
Perikatan

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA); dan Kongres India Malaya (MIC) yang mewakili tiga kaum utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Perikatan juga berjaya meraih majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal.

Pilihan raya negeri juga telah diadakan di setiap 282 kawasan negeri di 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dari 20 Mei hingga 24 Jun 1959, bagi memilih seorang ahli majlis bagi Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya negeri ini telah menyaksikan kemenangan PMIP dalam mengambil alih pemerintahan di Kelantan dan Terengganu.

Garis masa

sunting

Dewan Rakyat

sunting
  • Hari penamaan calon : 15 Julai 1959
  • Hari mengundi : 19 Ogos 1959

Dewan Undangan Negeri

sunting
Negeri Hari penamaan calon Pilihan raya negeri
  Perlis 15 April 1959 20 Mei 1959
  Kedah 15 April 1959 20 Mei 1959
  Melaka 18 April 1959 23 Mei 1959
  Perak 22 April 1959 27 Mei 1959
  Selangor 25 April 1959 30 Mei 1959
  Negeri Sembilan 28 April 1959 2 Jun 1959
  Pulau Pinang 2 Mei 1959 6 Jun 1959
  Johor 6 Mei 1959 10 Jun 1959
  Pahang 13 Mei 1959 27 Jun 1959
  Terengganu 16 Mei 1959 20 Jun 1959
  Kelantan 20 Mei 1959 24 Jun 1959

Pencalonan

sunting

Pada hari penamaan calon, seramai 259 calon yang bertanding di setiap 104 kawasan. Parti Perikatan mencalonkan wakil mereka di kesemua kawasan, terdiri daripada 69 orang calon Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), 31 orang calon Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan empat calon Persatuan India Tanah Melayu (MIC). Seramai 58 orang calon mewakili Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP). Pakatan terbaharu iaitu Barisan Sosialis pula menghantar 38 orang calon, 25 orang calon dari Parti Buruh Malaya dan 13 orang calon dari Parti Ra'ayat. Parti Progresif Penduduk menghantar 19 orang calon. Parti Negara pula diwakili oleh sembilan orang calon. Sebuah parti baharu dibentuk dalam pilihan raya ini, iaitu Parti Malaya yang menghantar dua orang calon. Terdapat juga 29 orang calon bebas.[1]

Dalam pilihan raya ini, terdapat seramai lima orang calon wanita, tiga dari Parti Perikatan, seorang dari Parti Islam Se-Malaya (PMIP) dan seorang calon bebas. Tiga orang calon Parti Perikatan diisytihar menang tanpa bertanding di kawasan Port Dickson, Johor Tenggara dan Kemaman.

Negeri Parti Perikatan Barisan Sosialis PMIP PPP Negara M.P. Bebas
UMNO MCA MIC Jumlah Buruh PRM Jumlah
  Johor 11 5 16 6 1 7 3 1 6 5
  Kedah 10 2 12 2 2 4 10 1
  Kelantan 10 10 10 1
  Melaka 2 2 4 1 1 2 3 1 1
  Negeri Sembilan 3 1 2 6 2 2 3 1 3
  Pahang 5 1 6 2 1 3 3
  Perak 10 9 1 20 1 3 4 11 13 5
  Perlis 2 2 2
  Pulau Pinang 3 5 8 6 6 5 2 5
  Selangor 7 6 1 14 5 4 9 4 3 1 6
  Terengganu 6 6 1 1 4 1 3
Jumlah 69 31 4 104 25 13 38 58 19 9 2 29

Keputusan

sunting

Parti Perikatan berjaya mengekalkan kemenangan mereka dengan meraih 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan. Namun, gabungan parti ini hanya berjaya meraih 51.77% undi, kurang 30% daripada pilihan raya sebelumnya. Parti pembangkang pula berjaya meraih 30 kerusi, 13 kerusi dimenangi Persatuan Islam Se-Malaya, lapan kerusi dimenangi Barisan Sosialis, empat kerusi dimenangi Parti Progresif Penduduk dan satu kerusi dimenangi Parti Negara dan Parti Malaya.

 
Parti atau gabunganUndi%Kerusi+/–
Parti PerikatanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu553,16035.7552+18
Persatuan Cina Malaya232,07315.0019+4
Kongres India Malaya15,7111.023+1
Jumlah800,94451.7774+23
Persatuan Islam Se-Malaya329,07021.2713+12
Barisan SosialisParti Buruh Malaya199,68812.916+6
Parti Ra'ayat2Baharu
Jumlah8Baharu
Parti Progresif Penduduk97,3916.294+4
Parti Negara32,5782.111+1
Parti Malaya13,4040.871Baharu
Bebas74,1944.803+3
Jumlah1,547,269100.00104+52
Undi sah1,547,26998.89
Undi rosak/kosong17,3061.11
Jumlah undi1,564,575100.00
Pengundi berdaftar/keluar mengundi2,133,27273.34
Sumber: Nohlen et al. [1][2][3][4]

Keputusan mengikut negeri

sunting
Negeri Perikatan BS PMIP PPP Negara M.P. Bebas
Kerusi Beza Kerusi Beza Kerusi Beza Kerusi Beza Kerusi Beza Kerusi Beza Kerusi Beza
  Johor 16 +8 0 = 0 = 0 = 0 = 0 = 0 =
  Kedah 12 +6 0 = 0 = 0 = 0 = 0 = 0 =
  Kelantan 1 -4 0 = 9 +9 0 = 0 = 0 = 0 =
  Melaka 3 +1 0 = 0 = 0 = 0 = 1 +1 0 =
  Negeri Sembilan 4 +1 0 = 0 = 0 = 0 = 0 = 2 +2
  Pahang 6 +3 0 = 0 = 0 = 0 = 0 = 0 =
  Perak 15 +6 0 = 0 -1 4 +4 0 = 0 = 1 +1
  Perlis 2 +1 0 = 0 = 0 = 0 = 0 = 0 =
  Pulau Pinang 5 +1 3 +3 0 = 0 = 0 = 0 = 0 =
  Selangor 9 +2 5 +5 0 = 0 = 0 = 0 = 0 =
  Terengganu 1 -2 0 = 4 +4 0 = 1 +1 0 = 0 =
Jumlah 74 +23 8 +8 13 +12 4 +4 1 +1 1 +1 3 +3

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "The big Federal polls line-up". The Straits Times. 16 Julai 1959. m/s. 9. Dicapai pada 2 Mei 2025.


Didahului oleh:
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
1964