Pilihan raya umum Malaysia 1978

(Dilencongkan daripada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978)


Pilihan raya umum Malaysia 1978 merupakan pilihan raya umum Malaysia yang kelima dan diadakan antara 8 hingga 22 Julai 1978. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pengundian telah diadakan di 154 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia, setiap satu memilih seorang ahli Parlimen ke Dewan Rakyat.

Pilihan raya umum Malaysia 1978

← 1974 8–22 Julai 1978 1982 →

Semua 154 kerusi dalam Dewan Rakyat
78 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar5,059,689
Pengundi hadir75.30%
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Hussein Onn Lim Kit Siang Asri Muda
Parti BN DAP PAS
Pilihan raya
lepas
60.81%, 135 kerusi 18.32%, 9 kerusi 13 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
130 16 5
Perubahan kerusi 5 7 8
Undian popular 1,987,907 664,433 537,720
Peratusan 57.23% 19.13% 15.58%
Peralihan undi 3.58% 0.81%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Hussein Onn
BN

Perdana Menteri dilantik

Hussein Onn
BN

Dalam pilihan raya ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meninggalkan parti campuran Barisan Nasional dan bertanding semula sebagai parti pembangkang. Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan besar seperti pilihan raya sebelumnya, dengan memenangi 130 daripada 154 kerusi. Kerusi selebihnya dimenangi oleh parti-parti pembangkang. Sebanyak 57.23% undian berpihak kepada Barisan Nasional dengan peratusan pengundi hadir sebanyak 75.3%.

Pilihan raya negeri juga telah diadakan pada hari yang sama di 276 kawasan negeri di serata Malaysia, kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak. Pilihan raya negeri Sabah telah diadakan pada April 1976, manakala di Kelantan telah diadakan pada Mac 1978. Pilihan raya negeri tidak diadakan di Sarawak kerana belum mencapai tempoh matang bagi sidang Dewan Negeri.[1]

Garis masa

sunting

Parlimen Malaysia dan kesemua Dewan Undangan Negeri (kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak) telah dibubarkan pada 13 Jun 1978. Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah menetapkan tarikh-tarikh penting pilihan raya dalam satu mesyuarat khas, di mana hari penamaan calon diadakan pada 21 Jun 1978 manakala hari mengundi diadakan pada 8 Julai 1978.[2]

Proses pengundian di Sabah dan Sarawak telah diadakan secara berperingkat. Di Sabah, proses pengundian berlangsung selama lapan hari iaitu dari 8 hingga 15 Julai. Di Sarawak, proses pengundian mengambil masa selama 15 hari iaitu dari 8 hingga 22 Julai. Di Semenanjung Malaysia, hari mengundi hanya diadakan selama sehari.[2]

Hari Tarikh
Pembubaran Parlimen/DUN 13 Jun 1978
Pengeluaran writ pilihan raya 14 Jun 1978
Hari penamaan calon 21 Jun 1978
Hari mengundi 8 Julai 1978 (Semenanjung Malaysia)
8–15 Julai 1978 (Sabah)
8–20 Julai 1978 (Sarawak)

Keputusan pilihan raya

sunting

Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan mereka dengan meraih 130 daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, atau 84.4% daripada jumlah kerusi dan jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Barisan Nasional juga berjaya meraih lebih separuh daripada jumlah keseluruhan undi iaitu 57.2%. Namun, keputusan ini menunjukkan sedikit penurunan daripada pilihan raya sebelumnya, di mana Barisan Nasional kehilangan lima kerusi dan lebih 5% undian. Hal ini mungkin disebabkan oleh keputusan PAS untuk menarik diri daripada penyertaannya dalam Barisan Nasional.

Dalam kalangan parti pembangkang, Parti Tindakan Rakyat berjaya memenangi kerusi terbanyak iaitu 16 kerusi, dengan peningkatan tujuh kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya. Mereka juga berjaya meraih 19.13% daripada jumlah undi. Parti Islam Se-Malaysia pula meraih 15.58% daripada jumlah undi dan memenangi lima kerusi, kurang lapan kerusi daripada pilihan raya sebelumnya. Satu kerusi dimenangi oleh Pertubuhan Rakyat Sarawak yang baru dibentuk, dan dua kerusi dimenangi oleh calon bebas.

Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Political party/K' not found.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ K. Mauzy, Diane (Mac 1979). "A Vote for Continuity: The 1978 General Elections in Malaysia". Asian Survey. 19: 281–296. doi:10.2307/2643694 – melalui JSTOR.
  2. ^ a b "RASMI: P-RAYA M'SIA 8 JULAI". Berita Harian. 13 Jun 1978. Dicapai pada 29 April 2025 – melalui NewspaperSG.


Didahului oleh:
1974
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
1982