Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 1959 dan juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di Semenanjung Malaysia.
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 104 kerusi dalam Dewan Rakyat 53 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 2,133,272 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 1,564,575 (73.34%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Keputusan mengikut kawasan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA); dan Kongres India Malaya (MIC) yang mewakili tiga kaum utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Perikatan juga berjaya meraih majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal.
Pilihan raya negeri juga telah diadakan di setiap 282 kawasan negeri di 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dari 20 Mei hingga 24 Jun 1959, bagi memilih seorang ahli majlis bagi Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya negeri ini telah menyaksikan kemenangan PMIP dalam mengambil alih pemerintahan di Kelantan dan Terengganu.
Garis masa
suntingDewan Rakyat
sunting- Hari penamaan calon : 15 Julai 1959
- Hari mengundi : 19 Ogos 1959
Dewan Undangan Negeri
suntingNegeri | Hari penamaan calon | Pilihan raya negeri |
---|---|---|
Perlis | 15 April 1959 | 20 Mei 1959 |
Kedah | 15 April 1959 | 20 Mei 1959 |
Melaka | 18 April 1959 | 23 Mei 1959 |
Perak | 22 April 1959 | 27 Mei 1959 |
Selangor | 25 April 1959 | 30 Mei 1959 |
Negeri Sembilan | 28 April 1959 | 2 Jun 1959 |
Pulau Pinang | 2 Mei 1959 | 6 Jun 1959 |
Johor | 6 Mei 1959 | 10 Jun 1959 |
Pahang | 13 Mei 1959 | 27 Jun 1959 |
Terengganu | 16 Mei 1959 | 20 Jun 1959 |
Kelantan | 20 Mei 1959 | 24 Jun 1959 |
Pencalonan
suntingPada hari penamaan calon, seramai 259 calon yang bertanding di setiap 104 kawasan. Parti Perikatan mencalonkan wakil mereka di kesemua kawasan, terdiri daripada 69 orang calon Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), 31 orang calon Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan empat calon Persatuan India Tanah Melayu (MIC). Seramai 58 orang calon mewakili Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP). Pakatan terbaharu iaitu Barisan Sosialis pula menghantar 38 orang calon, 25 orang calon dari Parti Buruh Malaya dan 13 orang calon dari Parti Ra'ayat. Parti Progresif Penduduk menghantar 19 orang calon. Parti Negara pula diwakili oleh sembilan orang calon. Sebuah parti baharu dibentuk dalam pilihan raya ini, iaitu Parti Malaya yang menghantar dua orang calon. Terdapat juga 29 orang calon bebas.[1]
Dalam pilihan raya ini, terdapat seramai lima orang calon wanita, tiga dari Parti Perikatan, seorang dari Parti Islam Se-Malaya (PMIP) dan seorang calon bebas. Tiga orang calon Parti Perikatan diisytihar menang tanpa bertanding di kawasan Port Dickson, Johor Tenggara dan Kemaman.
Negeri | Parti Perikatan | Barisan Sosialis | PMIP | PPP | Negara | M.P. | Bebas | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
UMNO | MCA | MIC | Jumlah | Buruh | PRM | Jumlah | ||||||
Johor | 11 | 5 | 16 | 6 | 1 | 7 | 3 | 1 | 6 | 5 | ||
Kedah | 10 | 2 | 12 | 2 | 2 | 4 | 10 | 1 | ||||
Kelantan | 10 | 10 | 10 | 1 | ||||||||
Melaka | 2 | 2 | 4 | 1 | 1 | 2 | 3 | 1 | 1 | |||
Negeri Sembilan | 3 | 1 | 2 | 6 | 2 | 2 | 3 | 1 | 3 | |||
Pahang | 5 | 1 | 6 | 2 | 1 | 3 | 3 | |||||
Perak | 10 | 9 | 1 | 20 | 1 | 3 | 4 | 11 | 13 | 5 | ||
Perlis | 2 | 2 | 2 | |||||||||
Pulau Pinang | 3 | 5 | 8 | 6 | 6 | 5 | 2 | 5 | ||||
Selangor | 7 | 6 | 1 | 14 | 5 | 4 | 9 | 4 | 3 | 1 | 6 | |
Terengganu | 6 | 6 | 1 | 1 | 4 | 1 | 3 | |||||
Jumlah | 69 | 31 | 4 | 104 | 25 | 13 | 38 | 58 | 19 | 9 | 2 | 29 |
Keputusan
suntingParti Perikatan berjaya mengekalkan kemenangan mereka dengan meraih 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan. Namun, gabungan parti ini hanya berjaya meraih 51.77% undi, kurang 30% daripada pilihan raya sebelumnya. Parti pembangkang pula berjaya meraih 30 kerusi, 13 kerusi dimenangi Persatuan Islam Se-Malaya, lapan kerusi dimenangi Barisan Sosialis, empat kerusi dimenangi Parti Progresif Penduduk dan satu kerusi dimenangi Parti Negara dan Parti Malaya.
Parti atau gabungan | Undi | % | Kerusi | +/– | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Parti Perikatan | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | 553,160 | 35.75 | 52 | +18 | ||
Persatuan Cina Malaya | 232,073 | 15.00 | 19 | +4 | |||
Kongres India Malaya | 15,711 | 1.02 | 3 | +1 | |||
Jumlah | 800,944 | 51.77 | 74 | +23 | |||
Persatuan Islam Se-Malaya | 329,070 | 21.27 | 13 | +12 | |||
Barisan Sosialis | Parti Buruh Malaya | 199,688 | 12.91 | 6 | +6 | ||
Parti Ra'ayat | 2 | Baharu | |||||
Jumlah | 8 | Baharu | |||||
Parti Progresif Penduduk | 97,391 | 6.29 | 4 | +4 | |||
Parti Negara | 32,578 | 2.11 | 1 | +1 | |||
Parti Malaya | 13,404 | 0.87 | 1 | Baharu | |||
Bebas | 74,194 | 4.80 | 3 | +3 | |||
Jumlah | 1,547,269 | 100.00 | 104 | +52 | |||
Undi sah | 1,547,269 | 98.89 | |||||
Undi rosak/kosong | 17,306 | 1.11 | |||||
Jumlah undi | 1,564,575 | 100.00 | |||||
Pengundi berdaftar/keluar mengundi | 2,133,272 | 73.34 | |||||
Sumber: Nohlen et al. [1][2][3][4] |
Keputusan mengikut negeri
suntingNegeri | Perikatan | BS | PMIP | PPP | Negara | M.P. | Bebas | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kerusi | Beza | Kerusi | Beza | Kerusi | Beza | Kerusi | Beza | Kerusi | Beza | Kerusi | Beza | Kerusi | Beza | |
Johor | 16 | +8 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = |
Kedah | 12 | +6 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = |
Kelantan | 1 | -4 | 0 | = | 9 | +9 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = |
Melaka | 3 | +1 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 1 | +1 | 0 | = |
Negeri Sembilan | 4 | +1 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 2 | +2 |
Pahang | 6 | +3 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = |
Perak | 15 | +6 | 0 | = | 0 | -1 | 4 | +4 | 0 | = | 0 | = | 1 | +1 |
Perlis | 2 | +1 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = |
Pulau Pinang | 5 | +1 | 3 | +3 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = |
Selangor | 9 | +2 | 5 | +5 | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = | 0 | = |
Terengganu | 1 | -2 | 0 | = | 4 | +4 | 0 | = | 1 | +1 | 0 | = | 0 | = |
Jumlah | 74 | +23 | 8 | +8 | 13 | +12 | 4 | +4 | 1 | +1 | 1 | +1 | 3 | +3 |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "The big Federal polls line-up". The Straits Times. 16 Julai 1959. m/s. 9. Dicapai pada 2 Mei 2025.
- Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya (PDF) – satu himpunan kerta kertas 62-halaman daripada Institut Penyelidikan Asia Tenggara selepas pilihan raya 1999.
Didahului oleh: Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 |
Pilihan Raya Umum Malaysia | Diikuti oleh: 1964 |