Pilihan raya Dewan Kaunselor Jepun 2022

pilihan raya Dewan Kaunselor yang diadakan pada 2022

Pilihan raya Dewan Kaunselor telah diadakan di Jepun pada 10 Julai 2022 untuk memilih 125 daripada 248 ahli dewan pertuanan Diet Kebangsaan, untuk tempoh enam tahun.[1] Calon yang dipilih dengan undi paling sedikit di daerah wilayah Kanagawa akan berkhidmat selama tiga tahun, kerana daerah itu menggabungkan pilihan raya biasa dan kecilnya.[2]

Jepun
← 2019 10 Julai 2022 Seterusnya →

125 daripada 248 kerusi dalam Dewan Kaunselor
125 kerusi diperlukan untuk majoriti
Keluar52.05% (3.25pp)
Parti Pemimpin % Kerusi ±
Demokratik Liberal Fumio Kishida 34.43 119 +6
Nippon Ishin no Kai Ichirō Matsui 14.80 21 +5
Demokratik Berperlembagaan Kenta Izumi 12.77 39 Baharu
Komeito Natsuo Yamaguchi 11.66 27 -1
JCP Kazuo Shii 6.82 11 -2
Demokratik Rakyat Yuichiro Tamaki 5.96 10 Baharu
Reiwa Taro Yamamoto 4.37 5 +3
Sanseitō Sohei Kamiya 3.33 1 Baharu
Demokratik Sosial Mizuho Fukushima 2.37 1 -1
NHK Takashi Tachibana 2.36 2 +1
Senarai parti ini yang memenangi kerusi. Lihat keputusan penuh di bawah.
Keputusan pilihan raya
Sebelum Presiden Selepas Presiden
Akiko Santō
LDP
Hidehisa Otsuji
LDP

Pilihan raya itu berlaku dalam tahun pertama penggal Fumio Kishida sebagai Perdana Menteri dan ia menyaksikan Kenta Izumi membuat penampilan pertama sebagai ketua pembangkang Parti Demokratik Berperlembagaan. Pilihan raya itu dibayangi oleh pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe, yang berlaku dua hari sebelum undi dibuang.[3] Abe ditembak semasa menyampaikan ucapan kempen untuk Kei Satō, ahli Dewan Kaunselor yang bertanding untuk pemilihan semula. Perdana Menteri Kishida mengecam pembunuhan itu sebagai serangan ke atas demokrasi Jepun dan berikrar untuk mempertahankan "pilihan raya yang bebas dan adil walau apa pun".[4] Dalam tinjauan selepas pilihan raya, 62.5 peratus pengundi berkata undi mereka tidak dipengaruhi oleh pembunuhan itu, manakala 15.1 peratus berkata mereka dipengaruhi.[5]

Parti Demokratik Liberal yang memerintah, secara sederhana menambah kerusinya di dalam dewan.[6] Peratusan keluar mengundi sedikit meningkat berbanding pilihan raya sebelumnya[7] manakala rekod baharu ditetapkan untuk wanita yang dipilih ke dewan pada 28%.[8] Parti yang menyokong semakan perlembagaan memperoleh jumlah gabungan 93 kerusi, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk mencetuskan prosedur parlimen yang tewas pada pilihan raya 2019.[9]

Jurang nilai undi antara daerah wilayah adalah 3.03 kali ganda, yang membawa kepada cabaran undang-undang di seluruh negara.[10]

Latar belakang sunting

Berikutan penutupan sesi ke-208 Diet Kebangsaan pada 15 Jun 2022, Kabinet Jepun mengadakan sesi luar biasa untuk menjadualkan pilihan raya dewan atasan di mana ia telah ditentukan bahawa pilihan raya itu akan diumumkan secara rasmi kepada orang ramai pada 22 Jun dengan undian akan diadakan pada 10 Julai 2022.[11]

Pada Mei 2018, pemerintah telah menggubal semakan kepada Undang-undang Pilihan Raya Pejabat Awam yang meningkatkan bilangan kerusi Dewan Kaunselor sebanyak enam, dengan tiga kerusi baharu dipertandingkan pada 2019 dan tiga lagi dipertandingkan pada 2022. Oleh itu, tiga kerusi kerusi baharu - satu di daerah besar Saitama dan dua di blok PR kebangsaan - telah ditambah ke Dewan Ahli Majlis hasil pilihan raya.[12][13]

Sistem pilihan raya sunting

Tujuh puluh empat ahli telah dipilih melalui satu undi tidak boleh pindah (SNTV) dan pemenang undi terbanyak (FPTP) di 45 daerah pilihan raya wilayah berbilang ahli dan ahli tunggal. Daerah seluruh negara memilih 50 ahli oleh perwakilan berkadar D'Hondt dengan senarai terbuka pilihan; sistem senarai paling terbuka sebelum ini telah diubah suai pada 2018 untuk memberi pilihan kepada parti untuk mengutamakan calon tertentu berbanding pilihan pengundi dalam pilihan raya berkadar.

Tinjauan pendapat sunting

Niat mengundi berkadar sunting

Tarikh Firma/sumber mengundi LDP CDP NKP DPP Ishin JCP Reiwa SDP NHK Lain-lain TP TT/
TJ
Kelebihan
30 Mei Nikkei 50 7 4 2 8 3 2 0 0 1 15 8 35
21-22 Mei ANN 35.1 6.4 4.1 1.7 7.3 3.6 1.4 0.6 0.1 1.7 35.4 0.3
13-16 Mei Jiji Press 38.5 6.1 5.5 1.5 6.3 2.6 0.7 0.5 0.4 36.7 1.8
15 Mac - 25 Apr Asahi Shimbun 43 14 5 3 17 4 2 1 26
16-17 Apr ANN 33.9 9.2 3.3 1.6 7.3 4.8 0.9 0.7 0 1.3 34.1 0.2
8-11 Apr Jiji Press 37.4 7.0 3.8 2.1 8.6 2.4 1.7 0.2 0.5 34.9 2.5

Keputusan sunting

Parti Demokratik Liberal yang memerintah, secara sederhana menambah kerusinya di dalam dewan.[6] Peratusan keluar mengundi sedikit meningkat berbanding pilihan raya sebelumnya[7] manakala rekod baharu ditetapkan untuk wanita yang dipilih ke dewan pada 28%.[8] Parti yang menyokong semakan perlembagaan (Parti Demokratik Liberal, Komeito, Nippon Ishin no Kai, dan Parti Demokratik Rakyat) memenangi jumlah gabungan 93 kerusi, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk mencetuskan prosedur parlimen yang telah hilang dalam pilihan raya 2019.[9]

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "参院選「22日公示、7月10日投開票」で閣議決定". 産経ニュース (dalam bahasa Jepun). 15 Jun 2022. Dicapai pada 18 Jun 2022.
  2. ^ "参院選神奈川 県内初の「合併選挙」 改選数4+1、5位当選者は3年後に改選:東京新聞 TOKYO Web". 東京新聞 TOKYO Web (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 12 Julai 2022.
  3. ^ "Japan ex-leader Shinzo Abe apparently shot, in heart failure". Astro Awani. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  4. ^ "PM Jepun 'hilang kata-kata' susulan kematian Abe". AFP. Berita Harian. 8 Julai 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  5. ^ NEWS, KYODO. "Japan Cabinet's approval rating rises to highest 63.2% after vote". Kyodo News+ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Julai 2022.
  6. ^ a b "Majoriti dua pertiga beri laluan LDP rombak perlembagaan, perkasakan tentera Jepun". Kosmo!. 12 Julai 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  7. ^ a b "【速報】参院選投票率52.05% 前回上回るも 改選対象の6年前には及ばず". FNNプライムオンライン (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 11 Julai 2022.
  8. ^ a b "参院選 女性当選者が35人で過去最多に 当選者に占める女性比率も過去最高:東京新聞 TOKYO Web". 東京新聞 TOKYO Web (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 11 Julai 2022.
  9. ^ a b "(Update 4) Japan LDP Achieves Big Victory in Upper House Poll". Jiji Press (dalam bahasa Inggeris). 11 July 2022. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  10. ^ "Lawsuits filed to contest election results over large vote disparity | The Asahi Shimbun: Breaking News, Japan News and Analysis". The Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Julai 2022.
  11. ^ INC, SANKEI DIGITAL (2022-06-15). "参院選「22日公示、7月10日投開票」で閣議決定". 産経ニュース (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 12 Julai 2022.
  12. ^ Hisanaga, Ryuichi (29 May 2018). "LDP compiles plan to revise Upper House election system". Asahi Shimbun. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  13. ^ "選挙について:よくある質問:参議院". www.sangiin.go.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 12 Julai 2022.