Pilihan raya Gabenor Tokyo 2011

Pilihan raya Gabenor Tokyo diadakan pada 10 April 2011 sebagai sebahagian pilihan raya tempatan yang disatukan ke-17.[1]

Pilihan raya itu berlangsung selepas berlakunya gempa bumi dan tsunami Tohoku 2011 dan bencana nuklear Fukushima, yang berlaku pada hari pertama kempen. Gabenor semasa Shintaro Ishihara menyatakan beliau akan bertanding semula setelah pada awalnya menunjukkan beliau akan mengundurkan diri, dengan platform untuk menyokong kawasan bencana tsunami dan membida untuk hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2020.[2] Gabenor Kanagawa Shigefumi Matsuzawa, yang pernah menjadi calon unggul pada awal kempen, mengundurkan diri dari bertanding pada 15 Mac dan memberikan sokongan terhadap Ishihara, dengan alasan bahawa kedua-dua mereka perlu terus bersama-sama pemerintah mereka selepas kejadian bencana.[3] Ishihara tetap dihadapan dalam tinjauan undian melalui hari pengundian, meskipun ada kontroversi di mana beliau mencirikan bencana itu sebagai "hukuman Tuhan" untuk "egoisme" dalam masyarakat Jepun. Kemenangannya sebahagian besar dikreditkan atas imej dalam pengurusan krisis berikutan bencana, seperti meminum air paip Tokyo di hadapan kamera untuk menunjukkan bahawa ia selamat dari pencemaran radiasi.[4]

Keputusan

sunting
Pilihan raya Gabenor Tokyo 2011
Parti Calon Undian % ±%
LDP, Komeito Shintarō Ishihara 2,615,120 43.4% -7.7%
Bebas Hideo Higashikokubaru 1,690,669 28.1%
Bebas Miki Watanabe 1,013,132 16.8%
JCP Akira Koike 623,913 10.4%
Bebas Yoshiro Nakamatsu 48,672 0.8% -0.8%
Bebas Yujirō Taniyama 10,300 0.2%
Bebas Keigo Furukawa 6,389 0.1%
Bebas Ken Sugita 5,475 0.1%
Parti Senyum Mac Akasaka 4,598 0.1%
Parti Pemulihan Tokyo Osamu Ogami 3,793 0.1%
Parti Keamanan dan Perlucutan Nuklear Kenji Himeji 3,278 0.1%
Peratusan mengundi 6,072,604 57.8% +3.5%

Rujukan

sunting
  1. ^ Keputusan dari Suruhanjaya Pilihan Raya Metropolitan Tokyo Diarkibkan 29 Disember 2013 di Wayback Machine (dalam bahasa Jepun)
  2. ^ Koh, Yoree (11 April 2011). "Tokyo Governor Takes Aim at Vending Machines, Pachinko". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2014.
  3. ^ Fukada, Takahiro (15 April 2011). "Matsuzawa quits, backs Ishihara". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2014.
  4. ^ Brinsley, John (8 April 2011). "Quake Gaffe Fails to Halt Ishihara's Bid for Fourth Term as Tokyo Governor". Bloomberg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2014.