Pilihan raya umum Sudan 2010 diadakan pada 11-15 April 2010 untuk memilih presiden dan ahli parlimen Sudan.[1] Tempoh pilihan raya asal 2 hari ditambah kepada 4 hari selepas desakan pemberontak. Secara terperinci, pengundi akan memilih Presiden, Presiden bahagian selatan, wakil rakyat tempatan dan pusat serta gabenor-gabenor. Hanya 15 daripada 18 negeri yang terlibat dalam pilihan raya. Ia adalah perintis kepada kemerdekaan atau autonomi wilayah selatan Sudan kerana 90 % penduduk ingin berpisah.[2]

Pilihan Raya Umum Sudan 2010
Sudan
← 2000 11 April–15 April 2010
Undian popular 6.9 juta
Peratusan 68 22 4

Peratusan 2 1

Presiden Sudan Omar Hasan Ahmad al-Bashir ditentang oleh 11 calon lain. Pilihan raya ini pertama kali diadakan dalam tempoh 24 tahun. Omar al-Bashir memerintah sejak 1986.

Keputusan awal dikeluarkan pada 20 April, menunjukkan Presiden Omar al-Bashir dan partinya mendahului undian. Pada 26 April, keputusan penuh diumumkan dan al-Bashir disahkan menang dengan 68.24%.[3]

Latar belakangSunting

Perang saudara Sudan hanya tamat pada 2005. Perang saudara ini melibatkan penganut Islam dan Kristian di selatan dan terutama di wilayah Darfur di barat Sudan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 300,000 terkorban sementara 2.7 juta penduduk Sudan menjadi pelarian sejak pemberontakan etnik minoriti ke atas kerajaan pada 2003. Pilihan raya ini diharap dapat mengembalikan sistem demokrasi di Sudan menaikkan imej Islam di negara itu.

Presiden Omar al-Bashir dituduh di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi kesalahan jenayah kemanusiaan di Darfur, barat Sudan.

Bilangan pengundiSunting

Penduduk Sudan berjumlah 39 juta. Bilangan pengundi berdaftar ialah 16 juta.[4] Penduduk Khartoum (5 juta), Darfur (7.5 juta) dan Sudan Selatan (8.2 juta). Bilangan penduduk dan pengundi sebenar masih dipertikaikan kerana tidak ada sistem data yang dikemaskini. Banci terpaksa diadakan pada April-Mei 2008 dan kepoutusan dikeluarkan pada Februari 2009.[5]

Kedutaan Sudan di MalaysiaSunting

Kedutaan Sudan di Malaysia turut menjadi pusat pengundian kerana terdapat 400 rakyat Sudan di Malaysia yang belajar dan bekerja di sini. Duta Sudan ke Malaysia Nadir Yousif Eltayed menyatakan pengundi datang dari Johor, Pulau Pinang dan Perak.[6]

Calon yang bertandingSunting

Terdapat 69 parti berdaftar untuk pilihan raya kali pertama ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Sudan, Al-Hadi Mohammed Ahmed menyatakan hanya 10 dari 13 calon dibenarkan bertanding dalam pilihan raya ini. Calon tersebut termasuklah:

  1. Presiden kini Omar Hasan Ahmad al-Bashir, pemimpin Kongres Kebangsaan (Sudan)
  2. Sadiq Al-Mahdi- mantan Perdana Menteri Sudan (1986-1989) dan pemimpin Parti Islam Umma yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Omar Al-Bashir pada tahun 1989.
  3. Hasan Al-Turabi - pemimpin pembangkang Islam Parti Kongres Popular, pernah ditahan dalam rumah.
  4. Hatim al-Sirr - Democratic Unionist Party
  5. Abdullah Deng Nial - ahlu perniagaan
  6. Ali Abdullah Ibrahim - pensyarah universiti
  7. Yasser Arman - bekas pemberontak Gerakan Pembebasan Rakyat di selatan Sudan.
  8. Salva Kiir Mayardit - pemimpin SPLM
  9. Prof Fatima Ahmed Abdulmahmud - dari Kesatuan Demokratik Sosialis dilarang bertanding.[7]

Pasukan pemantau pilihan rayaSunting

Pasukan pemantau antarabangsa merayu pilihan raya ini ditangguhkan. Carter Center yang berpangkalan di Atlanta menempatkan 12 pemerhati di Sudan mencadangkan pilihan raya ditangguhkan agar suruhanjaya pilihan raya Sudan mempunyai masa mencukupi untuk menguruskan pengundian.

Omar al Basyir menyifatkan pemerhati yang bertempat di Darfur ini sebagai pengintip. Beliau bertindak menghalau 13 orang pegawai pemantau kerana cuba campur tangan dalam perjalanan pilihan raya.

Ketua Misi Pengaman PBB dan Kesatuan Afrika, Ibrahim Gambari menjangkakan pilihan raya di Darfur berjalan lancar.[8]

Kelemahan pilihan rayaSunting

Terdapat banyak kelemahan dalam pilihan raya pertama Sudan ini. Antaranya ialah hilang simbol calon, simbol bertindan dan kehilangan calon. Selain itu peti undi hilang / tidak dapat dikesan, pekerja pilihan raya tidak mendapat latihan mencukupi, kekeliruan lokasi mengundi dan sebagainya.[9]

KeputusanSunting

Di 16 kerusi negeri dan 17 kerusi parlimen (18 dan 15 mengikut sumber lain), undian semula diarahkan (dalam masa 60 hari); keputusan untuk kerusi lain akan diumumkan pada 20 April 2010.[10] 27 Ahli Parlimen (5 kebangsaan, 4 Dewan Undangan Sudan Selatan dan 18 negeri) menang tanpa bertanding.[11]

Pengumuman keputusan 20 April meletakkan Presiden Omar al-Bashir dan partinya mendahului kiraan. Pada 26 April, al-Bashir diisytiharkan menang secara rasmi selepas suruhananjaya pilihan raya mengisytiharkan yang beliau mendapat 68% undian.[12][13]

RujukanSunting