Pilihan raya kecil Ampang Jaya 1989

Pilihan raya kecil Ampang Jaya diadakan pada 28 Januari 1989 di kawasan parlimen baru, Ampang Jaya, Selangor, Malaysia. Ampang Jaya merupakan kawasan pinggir bandar Ampang dan Cheras dan ramai setinggan Melayu mendiami kawasan ini.

Latar belakang sunting

Pilihan raya kecil ini merupakan pilihan raya kecil ke-3 selepas Johor Bharu dan Batu Pahat, selepas UMNO diharamkan pada 1988. Secara tidak langsung pilihan raya kecil Ampang Jaya menguji kekuatan sebenar UMNO Baru / Team Wawasan dengan Parti Semangat 46 (Team B). Ramai tokoh veteran UMNO menyertai Parti Semangat 46 atau tidak menyertai semula UMNO.

Sebelum ini kawasan Ampang termasuk dalam parlimen Hulu Langat. Apabila SPR membuat persempadanan semula di seluruh negara, Ampang Jaya lebih pesat membangun, ramai penduduk dan padat memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan tempatan. Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah ditubuhkan.

Keputusan sunting

Harun Idris dicalonkan oleh Parti Semangat 46 untuk bertanding di parlimen Ampang Jaya pada hari Sabtu, 28 Januari 1989.

Barisan Nasional memutuskan meletakkan Ong Tee Keat dari MCA untuk bertanding di Ampang Jaya. Ong Tee Keat boleh berbahasa Melayu dengan baik, muda dan boleh menjadi pemimpin berwibawa pada masa depan.

Parti PAS menjadi sekutu Parti Semangat 46 untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Dalam kempen di Kampung Ampang Campuran, Mohamad Sabu dari PAS telah berkempen habis-habisan dan mendedahkan 'rahsia peribadi' Anwar Ibrahim dari Team A / Team Wawasan.

Ong Tee Keat telah menang besar dan Harun Idris tewas. Parti Semangat 46 terlepas peluang untuk membuktikan kewibawaan Tengku Razaleigh Hamzah dan veteran-veteran UMNO yang melompat parti.

Pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya 1989
Parti Calon Undian % ±%
Semangat 46  Harun Idris -
BN - MCA    Ong Tee Kiat -
Majoriti -
Peratusan mengundi -