Buka menu utama

Pilihan raya kecil Bukit Selambau 2009

DUN Bukit Selambau.gif

Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau 2009 , merupakan pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April 2009 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah. Kerusi Bukit Selambau kosong ekoran perletakkan jawatan ADUN Bukit Selambau daripada PKR, V. Arumugam. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan 29 Mac 2009 merupakan hari penamaan calon manakala tarikh pilihan raya adalah 7 April 2009.[1] Pilihanraya ini akan diadakan serentak dengan Pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Pilihan raya kecil Batang Ai.

Pilihan raya ini mencatat sejarah kerana terdapat 15 calon yang bertanding, iaitu seorang wakil Barisan Nasional (MIC) iaitu Datuk S. Ganesan, dan seorang wakil Pakatan Rakyat (PKR) iaitu S. Manikumar, diiringi 13 orang calon bebas.

Latar belakangSunting

Pada 9 Februari 2009, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN kawasan tersebut. Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri dan sepucuk lagi kepada Azizan untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.[2]

Punca utama perletakkan jawatannya adalah mungkin disebabkan sekumpulan lelaki yang mendakwa mewakili 500 penduduk Taman Ria di Sungai Petani menghantar petisyen mengenai salah laku beliau kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit. Mereka mendakwa Arumugam mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.[3]

Profil ParlimenSunting

N25 DUN Bukit Selambau terletak di dalam Parlimen Merbok, Kedah.

PengundiSunting

Sejarah Pilihan rayaSunting

Jadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di DUN Bukit Selambau semenjak 1986:-

Tahun ADUN Parti Lawan Parti Lawan Majoriti
1986 Badri Yunus   BN-UMNO Ustaz Ahmad Awang   PAS 5,194
1990 Badri Yunus   BN-UMNO Dato' Zainol Abidin Johari   Semangat 46 4,359
1995 V. Saravanan   BN-MIC Ustaz harun Mat Isa   PAS 7,365
Karuppaiah a/l Ramasamy   DAP
1999 V. Saravanan   BN-MIC Hamdan Mohamed Khalib   PAS 5,894
Kalaichelvan a/l Baby Alagar BEBAS
2004 V. Saravanan   BN-MIC Mustafa Khalid hanafi   PKR 7,695
G. Ghanagaru a/l Ganesan   DAP
2008 V. Arumugam BEBAS 1 S. Krishnan   BN-MIC 2,362

1Menyertai PKR selepas memenangi pilihan raya.

Calon bertandingSunting

 
Calon-calon DUN Selambau [4]
Nama calon Parti Nama Calon Parti
Datuk S. Ganesan   Barisan Nasional-MIC S. Manikumar   Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Mejar (B) Anuar Abd. Hamid   BEBAS Husaini Yaakob   BEBAS
Abdul Rahim Abu   BEBAS Mohd. Fazil Abd. Wahab   BEBAS
Radzi Md. Lazim   BEBAS Khamis Awang   BEBAS
T. Chandrarajan   BEBAS M. Venason   BEBAS
S. Moganakumar   BEBAS R. Loganathan   BEBAS
L. Sarala   BEBAS A. Jayagopal   BEBAS
Tan Hock Huat   BEBAS

Calon Barisan NasionalSunting

Pada 11 Februari 2009, UMNO Bahagian Merbok mencadangkan agar calon daripada UMNO dipilih. Ini kerana, MIC yang sudah bertanding selama 4 penggal didapati hilang pengaruh di kawasan itu. Ketua UMNO Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain mengatakan orang Melayu merupakan majoriti pengundi di kawasan itu dengan menyaksikan lebih 50% adalah pengundi Melayu.[5] Pada 15 Februari 2008 sumber-sumber MIC menyatakan bahawa kemungkinan V. Saravanan bekas ADUN Bukit Selambau dan juga ahli exco kerajaan negeri Kedah selama 13 tahun dari 1995 hingga 2008 mungkin dipertimbangkan dan beliau juga sanggup untuk menebus balik kerusi berkenaan.[6]

Pada 24 Februari 2009, Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata calon daripada MIC harus dipilih untuk bertanding sebagai menghormati persefahaman pembahagian kerusi pilihan raya sesama kompenan parti Barisan Nasional.[7]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S. Ganesan dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada 14 Mac 2009. Ganesan, merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas,[8]

Calon Pakatan RakyatSunting

PKR, DAP dan PAS pada awalnya mahu calon mereka diletakkan di situ. PKR mengatakan ia merupakan kerusi mereka pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 manakala DAP megatakan ia merupakan kerusinya pada 2004 dan sebelumnya.[9] Namun, pada 15 Februari 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata calon akan ditentukan oleh PKR kerana mengatakan ia kuota PKR.[10]

Pada 20 Mac 2009, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan S. Manikumar sebagai calon PKR. Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan syarikat antarabangsa, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) fasih pelbagai bahasa. Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.[11]

Calon lainSunting

DUN Bukit Selambau telah menarik minat orang ramai terutama kaum India untuk menjadi calon Bebas. Ini kerana mereka menganggap calon yang menang dari kaum India mungkin akan menjadi Exco kerajaan negeri. Antara yang menyatakan hasrat untuk bertanding adalah:

  • L. Sarala - merupakan bekas ketua wanita PPP dan menjadi corang pertama yang menawarkan diri sebagai calon pada 14 Februari 2009.[12]
  • M. Kanapathy - menyatakan hasrat pada 11 Februari 2009, tetapi menarik diri pada 15 Februari 2009.[13]
  • R. Loganathan - seorang ahli perniagaan [13]
  • M. Venason - seorang ahli perniagaan dari Taman Batik, Sungai Petani menawarkan diri pada 7 Mac 2009 [14]
  • T. Chandrarajan - seorang ahli perniagaan [15]
  • RPS Kalaimani - seorang pelakon drama Tamil, menawarkan diri pada mulanya tetapi telah menarik diri [15]
  • S.Moganakumar - bekas pembantu khas V. Arumugam [15]
  • Datuk Thasleem Mohd Ibrahim - seorang ahli perniagaan dari Perak yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menawarkan diri pada 21 Februari 2009.[16]
  • Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - pesara tentera yang terlibat dalam pelbagai kegiatan masyarakat selain bekas ahli UMNO.
  • Zaharan Dato' Paduka Abdullah - seorang ahli perniagaan, berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari UUM.
  • Husaini Yaacob - Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Kuari Kedah/Perlis [15]
  • Mohd Fazil Abdul Wahab
  • Mohamad Radzuan Mat Isa - bekas Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat Zon Mawar, bekas anggota jawatankuasa PKR Bahagian Merbok dan pembantu khas kepada anggota Parlimen Merbok [15] Namun, beliau menarik diri seterusnya menyatakan sokongan padu kepada calon PKR.[17]
  • Tan Hock Huat - bekas Ketua Pemuda Parti Gerakan Bahagian Sungai Petani yang menawarkan diri pada 9 Mac 2009.[18]

Suasana pilihan rayaSunting

Pra pilihan rayaSunting

Pakatan Rakyat mendakwa jurang tempoh menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipengaruhi Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Tarikh 7 April dipilih untuk mengadakan pilihan raya adalah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijadualkan selepas Perhimpunan Agung UMNO pada 26 Mac 2009. PR mendakwa jika pilihan raya kecil diadakan sebelum perhimpunan agung dan kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah bagi kedua-dua kawasan itu, imej Najib sebagai bakal Perdana Menteri akan terjejas.[19]

Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan Kementerian Dalam Negeri menggantung dua akhbar Pakatan Rakyat selama tiga bulan. PR menganggap tindakan menggangtung akhbar rasmi PAS, Harakah dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil.[20] Kementerian Dlam Negeri berkata Harakah milik PAS dan Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) didapati kerap kali mengeluarkan artikel yang mempersoalkan kedudukan raja-raja selain cenderung mengsensasikan berita-berita yang berunsur fitnah dan mengelirukan yang mewujudkan salah faham di kalangan masyarakat.[21]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ yang setiap kali dijalankan UMNO dan Barisan Nasional dalam masa kempen pilihan raya tidak diamalkan di tiga pilihan raya kecil 2009 kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.[22]

Hari penamaan calonSunting

Calon mula menghadiri proses penamaan calon seawal jam 7.20 pagi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1, Sungai Petani, Kedah. Sebanyak 15 borang penamaan calon telah diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR. Calon-calon tersebut ialah Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional), S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat), Husaini Yaakob (Bebas), T. Chandrarajan (Bebas), Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas), M. Venason (Bebas), Abdul Rahim Abu (Bebas), S. Moganakumar (Bebas), Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas), Radzi Md. Lazim (Bebas), R. Loganathan (Bebas), L. Sarala (Bebas), A. Jayagopal (Bebas), Tan Hock Huat (Bebas), Khamis Awang (Bebas) [23]

Kempen pilihan rayaSunting

Akibat akhbar mereka digantung, PAS dan PKR masing-masing menerbitkan akhbar pengganti yang diberi nama Hujah dan Suara Keamanan.[24] Walau bagaimanapun, selelah Perdana Menteri baru menjawat jawatannya pada 3 April 2009, larangan kedua-dua akhbar itu ditarik balik. Selain itu beliau juga membebaskan 13 tahanan ISA di Perak.[25]

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatakan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak dilarang untuk dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dalam kempen tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6. Syarat 3.5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata 'tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan'. Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, 'kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan'.[26]

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.[27]

Hari pengundianSunting

Hanya 3 calon daripada 15 calon bertanding merupakan pengundi berdaftar di DUN Bukit Selambau iaitu Datuk S.Ganesan (BN), S. Manikumar (PKR), dan T. Chandrarajan (Bebas). Calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan isterinya Datin R. Vatsala membuang undi di SRJK (T) Ladang Perbadanan pada pukul 8.20 pagi. Ini diikuti oleh calon PKR, S. Manikumar membuang undi di SMK Aman Jaya manakala T. Chandrarajan bersama-sama isterinya, M.Sugunadewi membuang undi di SM Teknik Sg Petani pada pukul 9.35 pagi.[28]

Keputusan pilihan rayaSunting

Dewan Undangan Negeri: Pilihan raya kecil Bukit Selambau, 2009
Parti Calon Undi % ±%
  PR-PKR S. Manikumar 12,632 -
  BN-MIC Datuk S. Ganesan 10,828 -
  BEBAS Mejar (B) Anuar Abd. Hamid 528 -
  BEBAS Husaini Yaakob 257 -
  BEBAS Mohd. Fazil Abd. Wahab 83 -
  BEBAS Tan Hock Huat 78 -
  BEBAS T. Chandrarajan 73 -
  BEBAS Abdul Rahim Abu 60 -
  BEBAS L. Sarala 49 -
  BEBAS S. Moganakumar 46 -
  BEBAS A. Jayagopal 35 -
  BEBAS M. Venason 32 -
  BEBAS R. Loganathan 31 -
  BEBAS Khamis Awang 29 -
  BEBAS Radzi Md. Lazim 25 -
undi rosak 415 -
Majoriti 2,403 -
Peratusan mengundi 24,687 70.28 -

RujukanSunting

  1. ^ Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau Serentak 7 April - Bernama
  2. ^ Arumugam Kosongkan Kerusi DUN Bukit Selambau : Azizan - Bernama
  3. ^ Adun Bukit Selambau 'Hilang' Tanpa Berita - Bernama
  4. ^ Sejarah baru: 15 calon tanding di DUN Bukit Selambau - MStar Online
  5. ^ Umno Mahu Calonnya Bertanding Bagi DUN Bukit Selambau - Bernama
  6. ^ Saravanan calon Bukit Selambau? - Malaysiakini
  7. ^ Gerakan Mahu MIC Tanding Di Bukit Selambau - Bernama
  8. ^ S. Ganesan Taruhan BN Bagi Bukit Selambau - Bernama
  9. ^ Pakatan juga berebut kerusi? - Malaysiakini
  10. ^ Pas Bekerjasama Dengan PKR Pilih Calon - Bernama
  11. ^ S. Manikumar calon PKR Bukit Selambau - MStar
  12. ^ Bekas Ketua Wanita PPP umum tanding DUN Bukit Selambau - Mstar Online
  13. ^ a b Seorang lagi calon Bebas mahu tanding di Bukit Selambau - Mstar Online
  14. ^ Seorang lagi umum tanding Bebas di Bukit Selambau - MStar Online
  15. ^ a b c d e Kenapa Ramai Calon Bebas Di Bukit Selambau? - Bernama
  16. ^ Ahli Perniagaan Perak Tanding Bebas Pilihanraya Bukit Selambau - Bernama
  17. ^ Calon Bebas tarik diri bertanding, sokong PKR - Berita Harian Online
  18. ^ Seorang lagi mahu tanding bebas di Bkt Selambau - Malaysiakini
  19. ^ Tetapkan tarikh Pakatan dakwa SPR dipengaruhi Umno, BN - Mstar Online
  20. ^ Harakah digantung tiga bulan - Harakahdaily
  21. ^ KDN Gantung Permit Akhbar PAS Dan PKR - Bernama
  22. ^ Tiada projek ‘mi segera’ - Utusan Online
  23. ^ Bkt Selambau cipta sejarah: 15 calon! - Malaysiakini
  24. ^ Akhbar PKR: P'raya kecil 'kubur BN' - Malaysiakini
  25. ^ Najib Mulakan Era Baru Dengan Membebaskan Tahanan ISA - Bernama
  26. ^ ALarangan sentuh isu Sultan Perak, Altantuya di 3 pilihan raya kecil - MStar Online
  27. ^ PPP Nafi Dakwaan 6,000 Ahlinya Sertai PKR - Bernama
  28. ^ Suasana Pilihanraya DUN Bukit Selambau - MStar