Pilihan raya kecil Cameron Highlands 2019

Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands 2019 merupakan pilihan raya kecil yang kelima selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini diadakan berikutan Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen P.078 Cameron Highlands yang dimenangi oleh Datuk C. Sivarraajh (BN-MIC) pada 9 Mei 2018 adalah terbatal.[1]. Mahkamah mendapati Sivarraajh bersalah menyuap antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi masyarakat Orang Asli sebelum pilihan raya itu ditubuhkan di luar keraguan munasabah dalam petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon PH-DAP, M. Manogaran.[2] Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 26 Januari 2019.

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, 2019

← 2018 26 Januari 2019 (2019-01-26)

Kerusi Port Dickson di Dewan Rakyat.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
 
Calon Ramli Mohd Nor Manogaran Marimuthu Haji Salehuddin Haji Abdul Talib
Parti Barisan Nasional PH-DAP Bebas
Undian popular 31,016 7,456 4,230

 
Calon Lau Seck Yan
Parti Bebas
Undian popular 214

Sempadan Parlimen Cameron Highlands dan kerusi Dewan Undangan Negeri yang sama.

Yang Berhormat sebelum pilihan raya

Sivaraajh Chandran
BN-MIC

Yang Berhormat

Ramli Mohd Nor
BN-UMNO

Penamaan Calon sunting

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional, PH-DAP dan duaa orang calon Bebas. Barisan Nasional mencalonkan Ramli Mohd Nor, seorang pesara polis yang kemudian menjadi ahli parlimen pertama dari kalangan Orang Asli. PH-DAP telah mempertaruhkan Manogaran Marimuthu. Dua orang calon bebas turut mencalonkan diri, iaitu Haji Salehuddin Haji Abdul Talib dan Wong Seng Yee.

Keputusan Pilihan Raya sunting

Berikut merupakan keputusan rasmi[3]

Parti Nama Calon Undi Keputusan
Barisan Nasional Ramli Mohd Nor 12,038 Menang
PH-DAP Manogaran Marimuthu 8,800 Kalah
Bebas Haji Salehuddin Haji Abdul Talib 314 Hilang Deposit
Bebas Wong Seng Yee 276 Hilang Deposit

Keputusan sebelum ini sunting

Berikut merupakan keputusan rasmi[4]

Parti Nama Calon Undi Keputusan
Barisan Nasional-MIC Sivarraajh Chandran 10,307 Menang
PH-DAP Manogaran Marimuthu 9,710 Kalah
PAS Wan Mahadir Wan Mahmud 3,587
PSM Suresh Kumar Balasubramaniam 680 Hilang Deposit
BERJASA Mohd Tahir Kassim 81 Hilang Deposit

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM_PRK078_CH.pdf
  2. ^ Hong, Bede (30 November 2018). "MIC loses Cameron Highlands seat over graft case". The Malaysian Insight. Dicapai pada 19 December 2018.
  3. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 2019-04-14.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2019-04-14.