Buka menu utama

Pilihan raya kecil Kuala Besut 2013

Pilihan raya kecil Kuala Besut 2013 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N1 Kuala Besut Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 24 Julai 2013. Hari pencalonan ialah 12 Julai, manakala pengundian awal dijalankan pada 20 Julai 2013. Kerusi DUN Kuala Besut menjadi kosong selepas kematian ADUNnya A. Rahman bin Mokhtar pada 26 Jun 2013 akibat barah peparu.[1] Dr. Mokhtar baru sahaja mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) bagi pihak Barisan Nasional (UMNO). Pilihan raya kecil ini ditandingi Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman daripada BN-UMNO dan Azlan Yusof, atau lebih mesra dengan panggilan Che Long, yang mewakili PAS bagi pihak Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya merupakan muka baharu.[2][3]

Ini merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU-13.[1] Ia berkemungkinan menjadi satu pilihan raya kritikal, kerana BN hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu 2013.[4] Kemenangan PAS akan menyaksikan parlimen tergantung dengan kedua-dua parti campuran memiliki 16 kerusi, dan kemungkinan pilihan raya negeri baharu.[5][6]

Sejarah pilihan rayaSunting

Tahun ADUN Parti Lawan Parti lawan Majoriti
2013 A. Rahman bin Mokhtar   BN Napisah Ismail   PAS 2,434
2008 A. Rahman bin Mokhtar   BN Nik Muhammad Zawawi Salleh   PAS 2,631
2004 Abdullah Che Muda   BN Nik Muhammad Zawawi Salleh   PAS 2,027
1999 Nik Muhammad Zawawi Salleh   PAS Wan Zakaria Abd Rahman   BN 487

Dakwat kekalSunting

Selepas penggunaan dakwat kekal gagal sama sekali dalam pilihan raya umum Malaysia 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan penggunaan dakwat baharu yang lebih baik kualitinya. Para pengundi juga dikehendaki mencelup jari ke dalam dakwat berbanding dicalit seperti sebelumnya.[7]

KeputusanSunting

Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi ini.[8][9]

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 2013
Parti Calon Undi % ±%
Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman 8,288
Pakatan Rakyat Azlan Yusof 5,696
Undian rosak 125
Majoriti 2,592 +158
Peratusan mengundi 13,188 79.8% -6.7%

RujukanSunting

  1. ^ a b BERNAMA (26 Jun 2013). "Speaker Akan Maklumkan Kekosongan Kerusi DUN Kuala Besut Kepada SPR Khamis". mStar Online. Dicapai 6 Julai 2013. 
  2. ^ "In Kuala Besut, PAS, Umno settle on new faces". Malaysian Insider. 10 Julai 2013. Dicapai 10 Julai 2013. 
  3. ^ "PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya". Harakahdaily. 10 Jul 2013. Dicapai 20 Julai 2013. 
  4. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (26 Jun 2013). "Pilihan Raya Kecil Kuala Besut Bakal Berlangsung Sengit - Anwar". mStar Online. Dicapai 6 Julai 2013. 
  5. ^ "Odd numbers and hung assemblies". The Sun. 1 Julai 2013. 
  6. ^ "Impact of Kuala Besut by-election". New Straits Times. 11 Julai 2013. 
  7. ^ Malaysiakini (18 Julai 2013). "EC demos new indelible ink, ink stays on ... for now". Malaysia Chronicle. Dicapai 23 Julai 2013. 
  8. ^ "BN retains Kuala Besut with bigger majority". My Sinchew. 2013-07-25. Dicapai 25 Julai 2013. 
  9. ^ Abd Shukur Harun (25 Jul 2013). "5,696 pengundi berjiwa besar di Kuala Besut". Harakahdaily. Dicapai 25 Julai 2013. 

Pautan luarSunting