Pilihan raya kecil Merlimau 2011

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau 2011 merupakan pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari 2011.

Pilihan raya ini ditetapkan pada 6 Mac 2011 manakala penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari 2011 serentak dengan Pilihan raya kecil Kerdau 2011 di dalam satu pengumuman oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis, Johor pada 29 Januari 2011 . SPRM menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 21 Januari 2011 berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya.

Latarbelakang DUN sunting

Pada tahun 1994, DUN Merlimau (N27) mula diwujudkan hasil pertambahan kerusi dalam DUN Melaka . Sebelum itu, DUN Merlimau terletak di bawah DUN Sungai Rambai. Ketika mula diwujudkan, DUN Merlimau memegang kod Dewan Undangan Negeri N23.

DUN Merlimau terletak di bawah parlimen Jasin (P139). Di dalamnya terdapat 7 buah pusat mengundi iaitu:-

(lihat gambar sebelah)

 
  • AYER MERBAU (139/27/01)
  • CHINCHIN (139/27/02)
  • JASIN LALANG (139/27/03)
  • MERLIMAU UTARA (139/27/04)
  • MERLIMAU PASIR (139/27/05)
  • PERMATANG SERAI (139/27/06)
  • PENGKALAN SAMAK (139/27/07)

DUN Merlimau mempunyai 6,840 orang Melayu (64.10%), 2,225 orang Cina (20.84%), 1,567 orang India (14.67%), 9 orang Bumiputera Sabah, (0.08%), 12 orang Bumiputera Sarawak (0.11%), 1 orang Asli (0.01%) dan 15 orang etnik lain-lain (0.24%).

Sejarah pilihan raya sunting

Sejak pilihanraya umum pertama pada tahun 1955 PAS tidak memenangi sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

N27 Merlimau mula diwujudkan hasil pertambahan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka pada tahun 1994. Sebelum itu, DUN Merlimau terletak di bawah DUN Sungai Rambai. Ketika mula diwujudkan, DUN Merlimau memegang kod Dewan Undangan Negeri N23.

Setelah diwujudkan hampir 17 tahun yang lalu,Pilihan raya Umum pertama di DUN Merlimau adalah dalam Pilihanraya Umum 1995, yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Semangat 46 dan UMNO. Kemudiannya,dalam Pilihan raya Umum 1999, Dun Merlimau mula ditandingi oleh calon Pas, Mejar(B) Jasme Tompang sebelum diberikan laluan kepada calon PKR, S.Jayathas dalam PRU 11.

Dalam Pilihanraya Umum 2008, seramai 10 471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di DUN Merlimau. Daripada jumlah tersebut,seramai 64.69% pengundi adalah berbangsa Melayu, 21.11% Cina, 14.16% India dan baki 0.04% pengundi lain-lain kaum.

Tahun ADUN Parti Lawan Parti lawan Majoriti
1995   BN   Semangat 46
1999   BN   PAS
2004 Mohamad Hidhir Abu Hassan   BN Jayathas Sirkunavelu   PKR
2008 Mohamad Hidhir Abu Hassan   BN Mejar (B) Jasme Tumpang   PAS 2154

Calon bertanding sunting

Nama calon Parti
Roslan Ahmad   BN-UMNO
Yuhaizad Abdullah   PAS

Calon Barisan Nasional sunting

Pada 23 Februari 2011, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Roslan Ahmad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau. Roslan yang berkelulusan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan bertugas sebagai Pengurus di Bahagian Pembangunan Bisnes dan Sosio-Ekonomi di Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd (PMHSB), anak syarikat kerajaan negeri Melaka. Di peringkat akar umbi, Roslan merupakan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin.[1]

Calon Pakatan Rakyat sunting

Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, dipilih sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau. Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Merlimau pada 25 Februari 2011.

Suasana pilihan raya sunting

Pada 29 Januari 2011, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan di Labis, Johor. SPRM menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari 2011 berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada 28 Februari 2011.Penamaan calon akan berlangsung pada 26 Februari manakala jika ada pertandingan pengundian diadakan 6 Mac. Anggaran belanjawan yang diperlukan adalah sebanyak RM830,000[2] Pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau di Dewan Platinum Politeknik Merlimau akan dibuka pada 9 pagi dan dibuka selama sejam saja.[3]

Hari penamaan calon sunting

Pada hari penamaan calon 26 Februari 2011, perarakan Pakatan Rakyat yang disertai selebriti Bob Lokman bermula dan tiba di pintu masuk tempat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh. Pada pukul 11.38 pagi, pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan menerima dua borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN.Terdapat tiga bantahan terhadap borang pencalonan BN namun semuanya ditolak. Oleh itu SPR mengumumkan satu lawan satu di Merlimau. PAS diwakili Yuhaizad Abdullah manakala BN diwakili Roslan Ahmad. [4]

Kempen pilihan raya sunting

Pada 12 Januari 2011, menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, PAS akan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kempen pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau berjalan baik dalam suasana harmoni.[5]

Pada 38 Februari 2011, menurut penolong Setiausaha BN Melaka, Datuk Hasan Rahman, lebih 12,000 bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di sekitar Merlimau sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.Pihaknya mengadakan lebih 321 perjumpaan berkumpulan dengan pengundi di Merlimau.[6] Ketika berucap dalam ceramah memperkenalkan calon PAS, Presiden PAS Hadi Awang telah menetapkan tema kempen, iaitu anti-rasuah, memperjuangkan sistem pilihan raya yang bersih, dan kepentingan untuk menyedarkan rakyat serta menggunakan revolusi Jasmin yang berlaku di Timur Tengah. Menurut pengamatan wartawan, pengundi di kubu tradisional BN ini kurang senang untuk menyatakan pendirian ketika ditanya parti mana yang disokong. [7]


Hari pengundian sunting

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya kecil DUN Merlimau 2011
Parti Calon Undian % ±%
PR - PAS   Yuhaizad Abdullah 2,319
BN - UMNO     Roslan Ahmad 5,962
Majoriti 3,643
Peratusan mengundi 8,435 78.98


Rujukan sunting