Pilihan raya negeri Johor 1986

Pilihan raya negeri Johor 1986 telah diadakan pada 3 Ogos 1986.[1] Pilihan raya negeri sebelum ini telah diadakan pada 22 April 1982. Ahli Dewan Negeri Johor dipilih setiap 5 tahun bagi satu-satu penggal.

Pilihan raya negeri Johor 1986

← 1982 3 Ogos 1986 1990 →

Semua 36 kerusi dalam Dewan Negeri Johor
19 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  DAP
Pemimpin Abdul Ajib Ahmad Song Sing Kwee Hassan Hussein
Razak Ahmad
Parti UMNO DAP PAS
PSRM
Gabungan Barisan Nasional Harakah Keadilan Rakyat
Pemimpin sejak Tidak diketahui 1982 Tidak diketahui
Kerusi pemimpin Tidak bertanding[b] Bandar Maharani Tidak bertanding[a]
Tanjung Puteri
Pilihan raya
lepas
32 kerusi, 100.00% 0 kerusi, 0.00% 0 kerusi, 0.00%
Kerusi sebelum 32 0 0
Kerusi yang
diperlukan
36 36
Kerusi yang
dimenangi
35 1 0
Perubahan kerusi 3 1
Undian popular 423,123‬ 0 0
Peratusan 0 0 0

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Abdul Ajib Ahmad
Barisan Nasional

Terpilih

Muhyiddin Yassin
Barisan Nasional

Dewan Negeri Johor terbubar secara automatik pada 23 April 1986, pada ulang tahun ke-5 persidangannya yang pertama, pilihan raya mesti dibuat dalam tempoh enam puluh hari (dua bulan) selepas pembubaran (pada atau sebelum 23 Jun 1986, dengan tarikh perlulah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia), kecuali ia dibubarkan sebelum tarikh berkenaan oleh ketua negeri, Sultan Johor atas nasihat ketua kerajaan negeri, Menteri Besar Johor.

Menteri Besar Johor, Abdul Ajib Ahmad telah menasihatkan Pemangku Raja Johor, Tunku Ibrahim Ismail untuk membubarkan Dewan Negeri Johor pada 19 Julai 1986 lalu.[2]

Barisan Nasional (BN) meraih hampir kesemua 36 kerusi di Dewan Undangan Negeri Johor, kecuali 1 kerusi yang dimenangi pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor, Song Sing Kwee di Maharani.[3] Setelah kemenangan BN, ADUN Bukin Serampang Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Menteri Besar Johor, menggantikan Ajib Ahmad, pengerusi BN Johor, yang memenangi kerusi Parlimen Mersing dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[4]

Parti gabungan

sunting
Parti gabungan
Penyandang Pembangkang
 
Barisan Nasional
(BN)
Harakah Keadilan Rakyat
(HAK)
 
Parti Tindakan Demokratik
(DAP)
 
UMNO

 
MCA
 
MIC
 
GERAKAN

 
PSRM
 
PAS
 
SDP

Rujukan

sunting
  1. ^ Keputusan PRU 7
  2. ^ Sejarah Dewan Negeri Johor
  3. ^ "Factionalism was MCA's downfall: Ajib". news.google.com (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 6 Ogos 1986. m/s. 7. Dicapai pada 20 Januari 2025.
  4. ^ "Johore Govt to adopt 'open policy'". news.google.com (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 14 Ogos 1986. m/s. 4. Dicapai pada 20 Januari 2025.
  1. ^ Hassan adalah Pesuruhjaya PAS Johor, tetapi tidak bertanding DUN negeri (bertanding di Parlimen Bakri.)
  2. ^ Abdul Ajib adalah pengerusi BN Johor, tetapi tidak bertanding DUN negeri (bertanding di Parlimen Mersing.)