Pilihan raya negeri Kelantan 1978

Pilihan raya negeri Kelantan 1982 telah diadakan pada 11 Mac 1978. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dipilih setiap 5 tahun bagi satu-satu penggal.

Pilihan raya negeri Kelantan 1978

← 1974 11 Mac 1978 1982 →

Semua 36 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan
19 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar321,669
Pengundi hadir241,566 (75.1%)
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
 
Pemimpin Tengku Razaleigh Hamzah Mohamed Nasir Ishak Lotfi Omar
Parti UMNO BERJASA PAS
Gabungan Barisan Nasional
Pemimpin sejak Tidak diketahui 1978 1971
Kerusi pemimpin Tidak bertanding[b] Tendong Tidak diketahui
Pilihan raya
lepas
36[c] Parti baru [a]
Kerusi sebelum 14 1 21
Kerusi yang
diperlukan
19 19
Kerusi yang
dimenangi
23 11 2
Perubahan kerusi 9 11 20
Undian popular 88,671 64,680 79,514
Peratusan 37.32% 27.23% 33.47%

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Mohamed Nasir
BERJASA

Menteri Besar dilantik

Mohamed Yaacob
Barisan Nasional

DUN Kelantan telah dibubarkan pada 13 Februari 1978 oleh Sultan Kelantan, atas nasihat Menteri Besar Kelantan.[1] Pembubaran ini dilakukan lebih awal dari tempoh penggal DUN selama 5 tahun, dan dilakukan sehari selepas pengisytiharan penamatan darurat di Kelantan selama 95 hari oleh Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Barisan Nasional memenangi pilihan raya ini, dengan UMNO meraih 22 kerusi dan MCA meraih 1 kerusi untuk mendapat majoriti mudah.[2] BERJASA, parti yang ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir setelah dipecat dari PAS, meraih 11 kerusi, manakala PAS yang telah disingkirkan dari BN pada 1977 akibat dari darurat di Kelantan, mengalami kekalahan teruk dengan hanya meraih 2 kerusi.

Latar belakang

sunting


Parti bertanding

sunting

Berjasa mengesahkan akan bertanding pilihanraya negeri ini buat kali pertama.[3]

Barisan Nasional dan Berjasa telah mengumumkan akan membentuk kerjasama membentuk kerajaan negeri sekiranya kedua-dua parti itu menang dalam pilihanraya ini.[4]

95 calon telah disahkan akan bertanding pada hari penamaan calon pada 23 Februari.[5]

Pihak berkuasa mengesahkan ceramah politik dan rapat umum tidak dibenarkan dalam pilihanraya ini.[6]

Keputusan

sunting
Parti politik atau gabunganUndi%Kerusi+/–
Barisan NasionalPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu82,23634.6122+9
Persatuan Cina Malaysia6,4352.7110
Jumlah88,67137.3223+9
Parti Islam Se-Malaysia79,51433.472–20
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia64,68027.2311Baharu
Bebas4,7091.9800
Jumlah237,574100.00360
Undi sah237,57498.35
Undi rosak/kosong3,9921.65
Jumlah undi241,566100.00
Pengundi berdaftar/Keluar mengundi321,66975.10
Sumber: Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum: Parlimen & Dewan Undangan Negeri (1959-1999)[7]


Kesan dan kejadian selepas

sunting

Mohamed Yaacob, yang memenangi kerusi Lanas dari BN-UMNO dipilih sebagai Menteri Besar yang baharu, menggantikan Mohamed Nasir yang diljangka akan bertanding kawasan Parlimen pada pilihanraya umum akan datang.[8] Tetapi pada 8 April 1978, Mohamed Nasir dilantik sebagai Senator ke Dewan Negara, mewakili kerajaan negeri Kelantan yang baharu.[9] Kerusi Tendong yang dikosongkan oleh Mohamed Nasir disebabkan perlantikan ini, dimenangi oleh seorang lagi calon Berjasa, Ghazali Awang dalam satu pilihan raya kecil pada 10 Jun 1978.

  1. ^ PAS bertanding sebagai komponen BN pada pilihan raya 1974.
  2. ^ Tengku Razaleigh adalah Pengerusi BN Kelantan, tetapi tidak bertanding di kerusi DUN (Ahli Parlimen Ulu Kelantan).
  3. ^ Kesemua kiraan undi dan kerusi adalah jumlahan yang diperolehi komponen parti BN semasa pilihan raya 1974, termasuk PAS yang disingkirkan dari BN pada tahun 1977.

Rujukan

sunting
  1. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19780214-1.2.88.2
  2. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19780313-1.2.8
  3. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19780131-1.2.106.6
  4. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19780223-1.2.113.1
  5. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19780224-1.2.59.7
  6. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19780224-1.2.59.8
  7. ^ Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum: Parlimen & Dewan Undangan Negeri (1959-1999). Kuala Lumpur, Malaysia: Anzagain. 2004. m/s. 169–175. ISBN 983-037-152-2.
  8. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19780319-1.2.52.2
  9. ^ https://www.risda.gov.my/images/03-sumber/galeri-media/siaran-akhbar/39..pdf