Pilihan raya negeri Sabah

Rencana ini merupakan senarai dan sejarah singkat pilihan raya di Sabah.

Sejarah sunting

Pada 16 Disember 1962 di bawah Local Government Elections Ordinance, Pilihan Raya pertama di Sabah telah diadakan untuk mengundi di sebanyak 118 ward di pihak berkuasa tempatan. Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan Pilihan Raya Borneo Utara. Persempadanan ward telah dibuat dan Pegawai-pegawai Daerah telah dilantik sebagai pendaftar pemilih bagi setiap daerah berkenaan. Daftar pemilih telah disediakan dan dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada mereka yang layak telah mendaftar . Kempen Pilihan Raya melalui radio, media cetak serta penyebaran risalah telah dilakukan oleh kerajaan bagi tujuan pendidikan rakyat. Seramai 202 calon telah bertanding bagi 118 ward. Calon-calon di 53 ward telah menang tanpa bertanding. Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada United Sabah National Organization (USNO), Borneo Utara National Party (BUNAP) dan United National Kadazan Orgnization (UPKO) telah mencapai kemenangan dengan 86.5 peratus undi.

Bagi Dewan Undangan Negeri Sabah yang mempunyai 32 kerusi, Pilihan Raya Umum Sabah yang pertama telah diadakan pada April 1967, iaitu empat tahun selepas mencapai kemerdekaan dan menyertai penubuhan Malaysia pada 1963. Calon-calon Parti Perikatan Sabah (USNO, SCA dan UPKO) telah bertanding, tetapi selepas Pilihan Raya itu hanya USNO dan SCA menubuhkan kerajaan Sabah. Ini merupakan kerajaan Sabah yang pertama melalui proses Pilihan Raya umum secara langsung.

Senarai Kawasan Parlimen sunting

Senarai Kaswasan DUN sunting

Senarai pilihan raya negeri sunting

Berikut merupakan senarai pilihan raya negeri yang pernah berlangsung:

Pilihan raya kecil dun sunting

Pilihan raya kecil parlimen sunting

Pilihan raya kecil tempatan sunting

Lihat juga sunting

Nota Dan Catatan sunting

Rujukan sunting