Pilihan raya negeri Sarawak 2021
Pilihan raya negeri Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Disember 2021. 82 anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, dipilih di kawasan pilihan raya berseorangan yang menggunakan kaedah undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 82 kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak 42 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 2,500,800 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 2,500,800 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak mengekalkan kemenangan selepas menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan[1]. Abang Johari Tun Openg diangkat semula menjadi Ketua Menteri Sarawak[2].
Latar belakang
suntingDewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 pada mulanya terbubar pada 7 Jun 2021 dan sebuah pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, pada 31 Julai, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari 2022 susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan.
Kerajaan Negeri Sarawak telah berunding dan menasihatkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud supaya memohon kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong agar menamatkan lebih awal Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 2 Ogos.
Proklamasi Darurat di Sarawak telah diisytiharkan tamat pada 3 November dan menyaksikan DUN Sarawak secara automatiknya turut terbubar dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tersebut.
Parti politik
suntingGabungan Parti Sarawak (GPS) telah ditubuhkan pada tahun 2018 oleh empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak selepas kekalahan gabungan tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2018.[3] GPS yang kini merupakan blok ketiga terbesar di Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan di negeri Sarawak, terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).[4][5] Keempat-empat parti komponen bertanding menggunakan lambang yang sama[6].
Pakatan Harapan Sarawak yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara mengekalkan amalan sebagaimana pilihan raya sebelumnya dengan bertanding menggunakan lambang parti masing-masing[7].
Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang merupakan penjenamaan kepada serpihan SUPP, Parti Rakyat Bersatu (UPP), dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) membuat percubaan pertama bertanding dalam pilihan raya kali ini. Dalam pilihan raya sebelumnya, UPP bertanding sebagai calon terus BN.
Kerjasama baharu, Gagasan Anak Sarawak (GASAK) yang diasaskan pada September 2020 menggabungkan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) turut bertanding buat kali pertama.
Perikatan Nasional tidak meletak calon secara rasmi. Komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak bertanding, manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertanding menggunakan lambang sendiri[8].
Sebuah parti baharu, Parti Bangsa Malaysia yang merupakan penjenamaan kepada Parti Pekerja Sarawak mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini[9].
Komposisi calon
suntingBil. | Parti Politik | Akronim | Bilangan calon | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Gabungan Parti Sarawak | Templat:Logo kecil GPS GPS | 82 | ||||
1 | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu | PPBBS | 48 | ||||
2 | Parti Rakyat Bersatu Sarawak | SUPP | 18 | ||||
3 | Parti Rakyat Sarawak | PRS | 11 | ||||
4 | Parti Demokratik Progresif | PDP | 5 | ||||
2 | Pakatan Harapan | Templat:Logo kecil PH PH | 62 | ||||
1 | Parti Keadilan Rakyat[10] | PKR | 28 | ||||
2 | Parti Tindakan Demokratik[10] | DAP | 26 | ||||
3 | Parti Amanah Negara[10] | Amanah | 08 | ||||
03 | Gagasan Anak Sarawak | Templat:Logo kecil GAGAS GAGAS | 36 | ||||
01 | Parti Aspirasi Rakyat Sarawak | ASPIRASI | 15 | ||||
02 | Parti Bansa Dayak Sarawak Baru | Templat:Logo kecil PBDSB PBDS | 11 | ||||
03 | Parti Sedar Rakyat Sarawak | Templat:Logo kecil SEDAR SEDAR | 5 | ||||
04 | Parti Sarawak Bersatu | Templat:Logo kecil PSB PSB | 73 | ||||
05 | Parti Bumi Kenyalang Sarawak | Templat:Logo kecil PBK PBKS | 70 | ||||
06 | Perikatan Nasional | PN | 01 | ||||
01 | Parti Islam Se-Malaysia | PAS | 01 | ||||
07 | Ahli politik bebas | BEBAS | 30 | ||||
Jumlah calon | 349 |
Keputusan
suntingRingkasan
suntingParti | Calon | Undi | Kerusi | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi | % | Menang | % | +/– | |||||
Gabungan Parti Sarawak[a] | GPS | 82 | 457,233 | 61.26 | 76 | 92.68 | Baru | ||
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu | PBB | 47 | 271,718 | 36.41 | 47 | 57.32 | |||
Parti Rakyat Sarawak | PRS | 11 | 50,423 | 6.76 | 11 | 13.41 | |||
Parti Rakyat Bersatu Sarawak | SUPP | 18 | 100,047 | 13.40 | 13 | 15.85 | |||
Parti Demokratik Progresif | PDP | 6 | 35,045 | 4.69 | 5 | 6.10 | |||
Pakatan Harapan[b] | PH | 62 | 78,197 | 10.48 | 2 | 2.44 | |||
Parti Tindakan Demokratik | DAP | 26 | 55,308 | 7.41 | 2 | 2.44 | |||
Parti Keadilan Rakyat | PKR | 28 | 19,865 | 2.66 | 0 | 0.00 | |||
Parti Amanah Negara | AMANAH | 8 | 3,024 | 0.41 | 0 | 0.00 | |||
Parti Sarawak Bersatu | PSB | 70 | 139,515 | 18.69 | 4 | 4.88 | Baru | ||
Parti Islam Se-Malaysia | PAS | 1 | 2,058 | 0.28 | 0 | 0.00 | |||
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak | ASPIRASI | 15 | 2,525 | 0.34 | 0 | 0.00 | |||
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru | PBDS Baru | 11 | 2,972 | 0.40 | 0 | 0.00 | |||
Parti Bumi Kenyalang | PBK | 73 | 40,763 | 5.46 | 0 | 0.00 | Baru | ||
Parti Sedar Rakyat Sarawak | SEDAR | 5 | 1,204 | 0.16 | 0 | 0.00 | Baru | ||
Bebas | IND | 30 | 21,882 | 2.93 | 0 | 0.00 | |||
Undi sah | 746,349 | ||||||||
Undi rosak | 13,278 | ||||||||
Jumlah undi (Pengundi keluar: 60.67%) | 759,627 | 100.00 | 82 | 100.00 | TBA | ||||
Tidak mengundi | 492,387 | ||||||||
Pengundi berdaftar | 1,252,014 | ||||||||
Pengundi biasa | 1,228,858 | ||||||||
Pengundi awal | 23,043 | ||||||||
Pengundi pos | 113 | ||||||||
Source: Pengiraan berdasarkan "Papan Muka SPR". |
Perubahan kerusi
suntingKawasan negeri | Sebelum | Selepas | |||
---|---|---|---|---|---|
N01 | Opar | Parti Sarawak Bersatu | Gabungan Parti Sarawak (SUPP) | ||
N12 | Kota Sentosa | Pakatan Harapan (DAP) | Gabungan Parti Sarawak (SUPP) | ||
N39 | Krian | Perikatan Nasional (BERSATU) | Gabungan Parti Sarawak (PDP) | ||
N51 | Bukit Assek | Pakatan Harapan (DAP) | Gabungan Parti Sarawak (SUPP) | ||
N52 | Dudong | Parti Sarawak Bersatu | Gabungan Parti Sarawak (PDP) | ||
N54 | Pelawan | Pakatan Harapan (DAP) | Gabungan Parti Sarawak (SUPP) | ||
N68 | Tanjong Batu | Pakatan Harapan (DAP) | Gabungan Parti Sarawak (SUPP) | ||
N74 | Pujut | Pakatan Harapan (DAP) | Gabungan Parti Sarawak (SUPP) |
Rujukan dan catatan
sunting- ^ "GPS menang di DUN Mulu, kuasai 76 kerusi DUN". HMetro. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.
- ^ "Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak". BHarian. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.
- ^ Sharon Ling; Geryl Ogilvy (12 June 2018). "Sarawak BN parties pull out of coalition to form independent state-based pact". The Star. Dicapai pada 12 June 2018.
- ^ "Malaysia's Sarawak State Government leaves Barisan Nasional: Statement". Bloomberg. The Edge Markets. 12 June 2018. Dicapai pada 12 June 2018.
- ^ Lee Poh Onn (15 June 2018). "Commentary: Free from the shackles of a fallen coalition, does Sarawak parties leaving spell the end of the Barisan Nasional?". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-12. Dicapai pada 15 June 2018.
- ^ "Penggunaan logo gabungan GPS bukti kesepakatan". Utusan Borneo. 3 Disember 2021. Dicapai pada 4 Disember 2021.
- ^ Melvin Joni (November 25, 2021). "PH Sarawak bertanding guna logo masing-masing". BHarian. Dicapai pada 4 Disember 2021.
- ^ "Mungkinkah Pas dapat kerusi pertama di Sarawak?". Sarawak Voice. 3 Disember 2021. Dicapai pada 4 Disember 2021.
- ^ Goh Pei Pei (November 22, 2021). "Ex-Sarawak PKR leader now deputy president of new party". NST. Dicapai pada 4 Disember 2021.
- ^ a b c Komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah bertanding menggunakan lambang masing-masing.