Pilihan raya persekutuan Jerman 2021

Pada 26 September 2021, pilihan raya persekutuan telah diadakan di Jerman untuk melantik ahli-ahli perundangan Jerman, Bundestag ke-20. Di samping itu, pilihan raya peringkat negeri juga diadakan di Berlin dan Mecklenburg-Vorpommern. Canselor semasa, Angela Merkel berkeputusan untuk tidak lagi bertanding, menjadikan beliau sebagai canselor pertama yang tidak mahu melanjutkan jawatannya dalam sejarah pascaperang Jerman.

Dengan pemerolehan 25.7% dalam jumlah undian, Parti Demokratik Sosial Jerman memperoleh keputusan terbaik sejak 2005 serta menjadi parti dengan kemenangan terbesar sejak pilihan raya pada 2020. Parti semasa CDU/CSU yang mentadbir sejak 2013 memperoleh keputusan terburuk dengan 24.1%, suatu penurunan ketara daripada 32.9% dalam pilihan raya 2017. Sementara itu, Alliance 90/The Greens memperoleh keputusan terbaik mereka pada 14.8% sementara Parti Demokratik Bebas mendapat sedikit peningkatan lalu berjaya dengan pemerolehan undi sebanyak 11.5%. Parti Alternatif untuk Jerman jatuh ke tempat kelima berbanding tempat ketiga dengan 10.3% undi. Parti The Left pula memperoleh keputusan terburuk sejak pembentukan parti pada 2007 dan gagal melepasi minimum ambang perwakilan sebanyak 5%. Walau bagaimanapun, parti itu masih memperoleh perwakilan berbahagi penuh kerana memenangi tiga kerusi Bundestag.

Oleh kerana perbincangan gabungan kerajaan yang rumit menjadi perlu untuk membentuk kerajaan, pihak FDP dan Greens dijangka menjadi pengutus utama gabungan, dan sebuah gabungan tiga parti dijangka sebagai kemungkinan paling jelas. Meskipun gabungan pemerintah boleh meneruskan pemerintahan dengan majoriti yang kecil, pelbagai wakil CDU/CSU serta SPD telah menolak cadangan ini.

Pautan luar sunting