Pilihan raya perundangan Palestin 2006

Pilihan raya perundangan Palestin 2006 diadakan di wilayah Palestin pada 25 Januari 2006 bagi memilih anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC), badan perundangan bagi Pihak Berkuasa Palestin. Keputusannya ialah kemenangan untuk Hamas, yang bertanding di bawah blok "Perubahan dan Pembaharuan", yang mana mereka menerima 44.45% undi keselurahan dan memenangi 74 daripada 132 kerusi, sedangkan penyandang Fatah menerima 41.43% undi keseluruhan dan hanya memenangi 45 kerusi.[1]

Pilihan raya perundangan Palestin 2006
Negara Palestin
← 1996 25 Januari 2006 2021 →

Semua 132 kerusi dari Majlis Perundangan Palestin
67 kerusi diperlukan untuk majoriti
Parti Pemimpin % Kerusi ±
Hamas Ismail Haniyeh 44.45 74 Baharu
Fatah Farouk Kaddoumi 41.43 45 -5
PFLP Ahmad Sa'adat 4.25 3 Baharu
Alternatif Qais Abd al-Karim 2.92 2 Baharu
Bebas Palestin Mustafa Barghusi 2.72 2 Baharu
Tiga Hala Salam Fayyad 2.41 2 Baharu
Ahli politik bebas 4 -31
Senarai parti ini yang memenangi kerusi. Lihat keputusan penuh di bawah.
Sebelum Perdana Menteri Selepas Perdana Menteri
Ahmed Qurei
Fatah
Ismail Haniyeh
Hamas

Anggota PLC yang baharu dipilih bertemu buat pertama kali pada 18 Februari 2006.[2] Perdana Menteri penyandang, Ahmed Qurei mengumumkan perletakan jawatannya pada 26 Januari 2006, tetapi kekal sebagai Perdana Menteri peralihan sebagai permintaan daripada Presiden Mahmud Abbas. Pada 20 Februari 2006, pemimpin Hamas Ismail Haniyah dicalonkan untuk membentuk pemerintahan baharu. Pemerintahan baharu dengan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri mengangkat sumpah pada 29 Mac. Ini merupakan pilihan raya terakhir yang dipertandingkan sebelum Hamas mengambil alih pentadbiran Gaza pada 2007; tiada pilihan raya baharu dianjurkan sejak itu.

Latar belakang sunting

Pilihan raya 2006 ialah pilihan raya kedua bagi Majlis Perundangan Palestin (PLC). Pilihan raya pertama telah diadakan pada 1996, tetapi pilihan raya susulan telah banyak kali tertunda disebabkan ketidakfahaman antara Fatah dan Hamas. Pada Mac 2005, dua belas kumpulan warga Palestin telah mencapai ebuah persetujuan, Deklarasi Kaherah Palestin, yang menyeru agar sebuah pilihan raya diadakan menggunakan sistem undi campuran berbanding sistem undian terbanyak yang digunakan pada 1996.[3]

Pada Jun 2005, PLC menggubal undang-undang untuk memberi kesan kepada Deklarasi Kaherah, dengan menambah bilangan anggotanya daripada 88 kepada 132 orang, dengan separuh daripada dipilih melalui perwakilan berkadar dan separuh lagi dipilih melalui sistem undian terbanyak di kawasan-kawasan undi tradisi.[4][5] Pengundi warga Palestin di kedua-dua kawasan Genting Gaza dan Tebing Barat (termasuk Baitulmaqdis Timur) dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya ini. Terdahulu, pilihan raya perbandaran Palestin 2005 dan pilihan raya presiden Palestin 2005 telah diadakan.

Pilihan raya PLC ini asalnya dijadualkan berlangsung pada 17 Julai 2005, tetapi pada 9 Ogos 2005, Abbas mengumumkan bahawa mereka akan mengadakannya pada Januari 2006. Pada 20 Ogos, Abbas menetapkan hari pilihan raya pada 25 Januari.[6] Pada 15 Januari 2006, Abbas mengisytiharkan bahawa, walaupun berlaku kekacauan di Gaza, dia tidak akan mengubah tarikh pilihan raya melainkan Israel menghalang warga Palestin di Baitulmaqdis Timur daripada mengundi.[7] Israel telah sedia menyatakan bahawa mereka tidak akan membenarkan kempen di Baitulmaqdis Timur oleh Hamas, yang mana mereka menjadi punca kepada kebanyakan serangan keganasan menentang Israel berlaku sejak lima tahun kebelakangan dan menolak untuk mengiktiraf Israel dan Perjanjian Oslo[7]

Sistem pilihan raya sunting

 
Peta menunjukkan kawasan dan daerah mengundi dalam kawasan kawalan Palestin (hijau)

Pada pilihan raya 1996, 88 orang anggota PLC dipilih daripada beberapa kawasan undi pelbagai anggota melalui undian blok. Pada pilihan raya 2006 pula, undang-undang pilihan raya telah diubah dengan menambah bilangan anggota PLC daripada 88 kepada 132 kerusi dan memperkenalkan perwakilan berkadar melalui sistem undian selari. Sistem undian campuran pula membahagikan kerusi PLC kepada dua kumpulan: 66 kerusi (50%) dipilih melalui perwakilan berimbang sebagai satu daerah undian, dan 66 kerusi (50%) lagi dipilih mengikut sistem undian terbanyak di daerah undi yang lain.[8]

Setiap pengundi menerima dua kertas undi. Kertas pertama, pengundi memilih satu daripada senarai parti berdaftar. 66 kerusi dibahagikan secara berkadar (sesuai dengan kaedah Sainte-Laguë) kepada senarai yang mendapat lebih dari 2% daripada jumlah undi daftar yang diberikan. Calon dari setiap senarai akan dipilih mengikut urutan mereka muncul dalam senarai. Setiap senarai mesti memasukkan sekurang-kurangnya seorang calon wanita dalam tiga nama pertama, sekurang-kurangnya seorang calon wanita dalam empat nama berikutnya, dan sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lima nama yang diikuti.

Kertas undi kedua pula adalah untuk daerah mengundi tempatan bagi pengundi, yang mana terdapat lebih daripada seorang calon untuk dipilih. Pengundi akan membuang banyak undi untuk calon perseorangan yang akan bertanding dalam daerah mereka. Undian tidak berat sebelah, calon-calon yang mendapat undian terbanyak akan dipilih. Sebagai contoh, seorang pengundi di daerah mengundi Nablus, akan membuang sebanyak enam undi. Enam calon yang mendapat undian terbanyak akan dipilih. Di sesetengah daerah, terdapat satu atau dua kerusi diperuntukkan untuk calon Kristian dengan undian terbanyak. Contohnya, di daerah Ramallah, daerah yang memperuntukkan lima kerusi, seorang calon Kristian yang mendapat undian terbanyak, walaupun bukan lima yang teratas, akan dipilih. Terdapat enam kerusi yang diperuntukkan kepada wakil Kristian sebagaimana diperuntukkan kuota minimum bagi perwakilan mereka di PLC.[9][10]

Terdapat 16 buah daerah mengundi, dengan bilangan kerusi diperuntukkan berdasarkan kependudukan mereka:[9]

Daerah mengundi Kerusi dipertandingkan
Kuota penuh Kuota Kristian
Baitulmaqdis 6 2
Tubas 1
Tulkarem 3
Qalqilyah 2
Salfit 1
Nablus 6
Jericho 1
Ramallah 5 1
Jenin 4
Bethlehem 4 2
Hebron 9
Gaza Utara 5
Kota Gaza 8 1
Deir al-Balah 3
Khan Yunis 5
Rafah 3
Jumlah 66 6

Keputusan sunting

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat mengeluarkan keputusan akhir pada Ahad, 29 Januari 2006, dan mengumumkan bahawa pihak Perubahan dan Pembaharuan (Hamas) menang 74 daripada 132 kerusi, manakala Fatah memperoleh 45.[11] Menurut keputusan tersebut, Hamas menang dengan majoriti besar di kerusi perwakilan individu tetapi lebih sengit dalam perwakilan berkumpulan. Fatah menewaskan Hamas di kawasan Qalqilya, Rafah, dan Jericho. Jenin pula terbahagi dua, dan Fatah menang kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada wakil Kristian di Bethlehem, Baitulmaqdis dan Ramallah.

Parti Berkumpulan Daerah (individu) Jumlah kerusi
Undian % Kerusi Undian % Kerusi
Perubahan & Pembaharuan (Hamas) 440,409 44.45 29 1,932,168 40.82 45 74
Fatah 410,554 41.43 28 1,684,441 35.58 17 45
Syuhada Abu Ali Mustafa (Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin) 42,101 4.25 3 140,074 2.96 0 3
Alternatif 28,973 2.92 2 8,216 0.17 0 2
Palestin Bebas 26,909 2.72 2 2
Hala Ketiga 23,862 2.41 2 2
Barisan Perjuangan Rakyat Palestin 7,127 0.72 0 8,821 0.19 0 0
Barisan Arab Palestin 4,398 0.44 0 3,446 0.07 0 0
Syahid Abu al-Abbas (Barisan Pembebasan Palestin) 3,011 0.30 0 0
Kerjasama Kebangsaan untuk Keadilan dan Demokrasi 1,806 0.18 0 0
Keadilan Palestin 1,723 0.17 0 0
Kesatuan Demokratik Palestin 3,257 0.07 0 0
Bebas 953,465 20.14 4 4
Jumlah 990,873 100.00 66 4,733,888 100.00 66 132
Undian diterima 990,873 97.07
Undian ditolak 29,864 2.93
Jumlah undi 1,020,737 100.00
Turun mengundi 1,341,671 76.08

Rentetan peristiwa sunting

Pemerintahan baharu sunting

Perdana Menteri, Ahmed Qurei meletakkan jawatan, tetapi memangku jawatan sehingga 19 Februari 2006, atas permintaan Presiden Mahmud Abbas. Pada 29 Mac 2006, sebuah pemerintahan baharu dibentuk oleh pemimpin Hamas, Ismail Haniyah.

Penahanan menteri-menteri dan anggota Parlimen sunting

Selepas penculikan tentera Israel, Gilad Shalit pada 25 Jun 2006, Israel melancarkan rangkaian siri serbuan ke arah Gaza dan Tebing Barat. Israel memusnahkan infrastruktur awam dan menahan ramai penyokong Hamas, termasuk menteri kabinet dan anggota PLC. Pada tengah malam 28 Jun, tentera Israel menyusup ke Gaza dan melancarkan serangan udara, mengebom infrastruktur seperti jambatan dan stesen elektrik. Pada 29 Jun, IDF menahan 8 menteri dan 26 anggota PLC di Tebing Barat, di samping ramai lagi pemimpin politik.[12][13] Sehingga Ogos 2006, Israel telah menahan 49 pegawai kanan Hamas, semuanya dari Tebing Barat, termasuk 33 anggota parlime, "disebabkan secara teknikalnya mereka ialah anggota pertubuhan pengganas walaupun mereka mungkin tidak terlibat dalam tindakan keganasan". Hamas telah menuduh Israel cuba untuk menghancurkan pemerintahan Palestin yang diterajui Hamas.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Final Results for the Electoral Lists" (PDF). web.archive.org. Dicapai pada 2023-11-03.
  2. ^ "PIJ.ORG: A Speech by President Mahmoud Abbas". PIJ.ORG (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-03.
  3. ^ 1995 Elections law Diarkibkan 2012-01-20 di Wayback Machine, 7 December 1995.
  4. ^ Elections Law No 9 of 2005, Article (2). 13 August 2005. Source
  5. ^ "Palestinian unity government sworn in by Mahmoud Abbas". BBC. 2 June 2014. Dicapai pada 5 June 2014.
  6. ^ Palestinian Elections Set For Jan. CBS/AP 20 August 2005
  7. ^ a b Abbas: Palestinian polls on schedule. Aljazeera, 15 January 2006
  8. ^ PCHR Position on the Presidential Decree on the Election Law. PCHR, 4 September 2007
  9. ^ a b [1]
  10. ^ [2]
  11. ^ [3]
  12. ^ Palestinian Legislative Council Members Addameer, 2013
  13. ^ Israel seizes Hamas legislators. BBC, 29 June 2006
  14. ^ 25% of Palestinian MPs detained by Israel. Conal Urquhart, Guardian, 21 August 2006

Pautan luar sunting