Pilihan raya presiden Somalia 2022

Pilihan raya presiden telah diadakan di Somalia pada 15 Mei 2022.[1] Pilihan raya diadakan secara tidak langsung dan selepas penganjuran pilihan raya Dewan Rakyat, yang bermula pada 1 November 2021 dan berakhir pada 13 April 2022.[2]

Pilihan raya presiden Somalia 2022

← 2017 15 Mei 2022
 
Calon Hassan Sheikh Mohamud Mohamed Abdullahi Mohamed
Parti UPDP Tayo
Gabungan FNP
Undi Elektoral
yang Dimenangi
214 110
Peratusan 66.05% 33.95%

Presiden sebelum pilihan raya

Mohamed Abdullahi Mohamed
Tayo

Terpilih

Hassan Sheikh Mohamud
UPDP

Pilihan raya ini telah dijadualkan berakhir pada 24 Disember 2021.[3][4][5][6] Sehingga 25 Disember, hanya 24 daripada 275 perwakilan telah terpilih dan telah menyebabkan berlakunya krisis politik yang merumitkan.[6] Penyandang jawatan presiden, Mohamed Abdullahi Mohamed, telah menjawat sejak pilihan raya Februari 2017 dan tempoh khidmatnya tamat pada 8 Februari 2021. Walau bagaimanapun, tempoh tersebut dilanjutkan sehingga selepas selesai pilihan raya.[7]

Pada 10 Januari 2022, pemimpin Somalia telah mengumumkan mereka peroleh persetujuan untuk melengkapkan pilihan raya parlimen dan presiden sehingga 25 Februari, selepas berulang kali tertangguh yang menyebabkan kestabilan negara terancam. Persetujuan tersebut dicapai selepas berlangsungnya perbincangan beberapa hari yang dianjurkan oleh Roble, dengan pemimpin negara mensasarkan untuk menamatkan kebuntuan menuju pilihan raya tersebut.[8]

Pada 25 Februari, pilihan raya presiden telah diumumkan ditunda pada 15 Mac.[9] Pada 15 Mac, pilihan raya presiden sekali lagi diumumkan ditunda pada 31 Mac bagi menyelesaikan pilihan raya Dewan Rakyat terlebih dahulu.[10] Pada 13 April, pilihan raya Dewan Rakyat selesai.[2] Tarikh pilihan raya presiden kemudiannya ditetapkan pada 15 Mei. Tabung Kewangan Antarabangsa mengancam bahawa Somalia mungkin akan kehilangan capaian kepada pakej bantuan tiga tahun bernilai $400 juta jika sebuah pemerintahan baharu tidak dibentuk sehingga akhir Mei..[11]

Selepas tiga pusingan, yang melibatkan 36 orang calon, pegawai parlimen telah menghitung lebihan 165 undi kepada Hassan Sheikh Mohamud, lebih daripada nombor yang diperlukan untuk menewaskan penyandang presiden. Beliau telah diumumkan sebagai presiden dalam sebuah peralihan kuasa yang aman selepas penyandanga presiden menerima kekalahan dan mengucapkan tahniah atas kemenangan Hassan.[12] Tembakan keraian telah berlangsung di sebahagian Mogadishu.[13] Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia mengalu-alukan pengakhiran pemilihan ini, dan memuji proses pemilihan yang positif dan peralihan kuasa yang aman.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ "Somalia to hold presidential election on May 15". Arab News. 5 May 2022. Dicapai pada 5 May 2022.
  2. ^ a b "Somalia: Electoral Body Announces List of Elected Lawmakers of the Federal Parliament". allAfrica.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-01. Dicapai pada 2022-04-03.
  3. ^ "Somalia's Lower House polls pushed to October". Garowe Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 September 2021.
  4. ^ Nor, Mohamed Sheikh (30 May 2020). "Somalia Says Elections Set for Early 2021 Despite Virus Risk". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2020. Dicapai pada 11 December 2020.
  5. ^ "Somalia to hold indirect presidential election October 10". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 July 2021.
  6. ^ a b Hundreds of troops loyal to Somalia PM gather outside presidential palace", The National. 28 December 2021. Retrieved 30 December 2021.
  7. ^ Hayden, Nancy Kay (1 February 2018). "Balancing Belligerents or Feeding the Beast: Transforming Conflict Traps". Center for International & Security Studies, University of Maryland.
  8. ^ "Somalia's leaders agree to hold delayed election by February 25". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 January 2022.
  9. ^ "Somalia extends election deadline to next month". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2022-02-25. Dicapai pada 2022-02-25.
  10. ^ "Somalia delays election process again as deadline lapses". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2022-03-16. Dicapai pada 2022-03-16.
  11. ^ AfricaNews (2022-05-15). "Somalia: MPs vote under tight security in key presidential election". Africanews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-16.
  12. ^ "Somalia elects new president after long overdue elections". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-16.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :10 tidak disediakan
  14. ^ "Somalia: UN welcomes end of fairly contested presidential election, calls for unity". UN News (dalam bahasa Inggeris). 2022-05-16. Dicapai pada 2022-05-16.