Pilihan raya umum Afrika Selatan 2014

Pilihan raya umum Afrika Selatan 2014 telah diadakan pada 7 Mei 2014 untuk memilih anggota Perhimpunan Kebangsaan dan badan perundangan wilayah baru bagi setiap wilayah. Ia adalah pilihan raya kelima yang diadakan di bawah syarat-syarat hak mengundi dewasa umum sejak berakhirnya era aparteid pada tahun 1994 dan juga pertama kali diadakan selepas kematian Nelson Mandela.

Pilihan raya umum Afrika Selatan 2014

← 2009 7 Mei 2014 2019 →

Kesemua 400 kerusi kepada Perhimpunan Kebangsaan
201 kerusi diperlukan untuk memperoleh majoriti
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Jacob Zuma Helen Zille Julius Malema
Parti Kongres Kebangsaan Afrika Perikatan Demokratik Afrika Selatan Pejuang Kebebasan Ekonomi
Pilihan raya
lepas
65.90% 16.66%
Kerusi sebelum 264 67
Kerusi yang
dimenangi
249 89 25
Perubahan kerusi 15 22 25 (baru)
Undian popular 11,436,921 4,091,584 1,169,259
Peratusan 62.15% 22.23% 6.35%
Peralihan undi 3.75% 5.57% 6.35% (baru)

Kawasan pilihan raya Afrika Selatan pada 2014

Presiden sebelum pilihan raya

Jacob Zuma
Kongres Kebangsaan Afrika

Terpilih

Jacob Zuma
Kongres Kebangsaan Afrika

Pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan dimenangi oleh Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) tetapi dengan majoriti yang menurun kepada 62.1% berbanding 65.9% ketika pilihan raya tahun 2009. Pembangkang rasmi Perikatan Demokratik (DA) pula memperoleh peratusan undi yang meningkat iaitu daripada 16.7% kepada 22.2% manakala parti politik baru, Pejuang Kebebasan Ekonomi (EFF) mendapat 6.4% undi.

Lapan daripada sembilan badan perundangan wilayah dimenangi oleh ANC. EFF memperoleh lebih daripada 10% undian di wilayah Gauteng, Limpopo dan Barat Laut dan mengalahkan DA ke tempat kedua di Limpopo dan Barat Laut. Pada enam wilayah lain yang dimenangi oleh ANC, DA mendapat tempat kedua. Di Cape Barat, satu-satunya wilayah yang tidak dimenangi oleh ANC, DA memperoleh majoriti yang meningkat daripada 51.5% kepada 59.4%.

Pautan luar sunting