Pilihan raya umum Malaysia 1969

Pilihan raya umum Malaysia 1969 telah diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur antara 6 Jun hingga 4 Julai 1970. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya umum pertama yang diadakan di Sabah dan Sarawak. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum kedua setelah pembentukan Malaysia dan yang ketiga setelah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


← 1964 10 Mei 1969 – 4 Julai 1970 1974 →

Semua 144 kerusi dalam Dewan Rakyat
73 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar3,439,313
Pengundi hadir73.53%
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Burhanuddin al-Helmy Goh Hock Guan
Parti Perikatan PAS DAP
Pilihan raya
lepas
58.53%, 89 kerusi 14.64%, 9 kerusi 2.05%, 1 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
74 12 13
Perubahan kerusi 15 3 12
Undian popular 1,076,507 501,123 286,606
Peratusan 44.94% 20.92% 11.96%
Peralihan undi 13.59% 6.28% 9.91%

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
  SUPP
Pemimpin Syed Hussein Alatas S.P. Seenivasagam Ong Kee Hui
Parti GERAKAN PPP SUPP
Pilihan raya
lepas
3.40%, 2 kerusi 3 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
8 4 5
Perubahan kerusi Baharu 2 2
Undian popular 178,971 80,756 72,754
Peratusan 7.47% 3.37% 3.04%
Peralihan undi Baharu 0.04pp

  Parti ketujuh Parti kelapan Parti kesembilan
 
Pemimpin Stephen Kalong Ningkan Mustapha Harun Jugah Barieng
Parti SNAP USNO PBB
Pilihan raya
lepas
4 kerusi 6 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
9 13 2
Perubahan kerusi 5 7 Baharu
Undian popular 64,593 13,634 30,765
Peratusan 2.70% 0.57% 1.28%
Peralihan undi Baharu


Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Tunku Abdul Rahman
Perikatan

Perdana Menteri dilantik

Tunku Abdul Rahman
Perikatan

Syed Hussein Alatas (kiri) dan Lim Chong Eu (kanan) diangkat ketika meraikan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang amat besar dalam pilihan raya umum 1969
Siswa ITM membantu proses pengiraan undi di Universiti Malaya pada tahun 1969 (Berita Harian)

Pilihan raya ini menyaksikan penurunan majoriti undi bagi Parti Perikatan, parti pemerintah sejak kemerdekaan Tanah Melayu. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang telah berkempen menentang keistimewaan Bumiputera, mendapat peningkatan yang ketara dalam pilihan raya ini. Peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 73.5 peratus. Parti pembangkang berjaya memenangi 54 kerusi, menyebabkan Parti Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat buat kali pertama.

Pilihan raya ini juga menyaksikan Parti Perikatan kehilangan majoritinya di Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Keputusan pilihan raya ini telah mencetuskan kekacauan dan rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. Akibat rusuhan ini, kerajaan Persekutuan telah menggantung Parlimen dan pentadbiran kerajaan dipantau oleh MAGERAN sehingga 1971. Peristiwa ini juga menandakan pengakhiran pentadbiran Tunku Abdul Rahman sebelum diganti oleh Tun Abdul Razak beberapa bulan berikutnya.

Pilihan raya negeri turut diadakan di 330 kawasan negeri di kesemua negeri kecuali Sabah pada hari yang sama.

Proses dan perjalanan pilihan raya

sunting

Pembubaran Parlimen

sunting

Yang di-Pertuan AgongTuanku Ismail Nasiruddin Shah secara rasmi mengumumkan pembubaran Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa 20 Mac 1969 kecuali Kelantan pada 31 Mac 1969. Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Sabah pula tidak diadakan kerana penggal Dewan masih berbaki tiga tahun lagi untuk dibubarkan. Mengikut perlembagaan, pilihan raya umum di Malaysia Barat hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran diumumkan, manakala Malaysia Timur pula 90 hari.[1]

Pengumuman tarikh dan penghebahan

sunting

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ahmad Perang telah mengumumkan bahawa hari mengundi bagi pilihan raya Parlimen dan DUN telah ditetapkan pada hari Sabtu, 10 Mei 1969. Hari mengundi di Sabah pula ditetapkan pada 10 Mei hingga 25 Mei 1969, manakala Sarawak pada 10 Mei hingga 7 Jun 1969. Hari penamaan calon bagi pilihan raya Parlimen dan negeri kecuali Kelantan ialah pada Sabtu, 5 April 1969. Hari penamaan calon bagi negeri Kelantan ditetapkan pada Sabtu, 12 April 1969.[1]

Lebih sejuta risalah panduan mengundi telah disebarkan ke seluruh negara menjelang pilihan raya pada pertengahan bulan Mei 1969. Risalah terbitan dan edaran Jabatan Penerangan itu mengandungi empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Lebih 15,000 keping poster dan filem penerangan mengenai pilihan raya juga telah diedarkan dan ditampal bagi menyeru orang ramai keluar mengundi. Penayangan filem penerangan telah diadakan ke seluruh negara melalui Jabatan Penerangan dan panggung wayang. Filem yang menunjukkan tatacara mengundi yang betul itu diselenggarakan oleh Jabatan Filem Negara diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil manakala untuk Malaysia Timur, bahasa Kadazan dan Iban.[1]

Rukun Adab Pilihan Raya 1969

sunting

Seramai 24 orang wakil daripada 13 buah parti politik di Malaysia Barat dan Timur pada 27 Mac 1969 telah bersetuju menerima Rukun Adab Pilihan Raya 1969 yang mengandungi 11 perkara. Persetujuan itu dicapai dalam sidang tertutup yang diadakan oleh parti-parti tersebut di bilik mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya. Rukun 11 perkara yang dipersetujui itu merupakan panduan untuk diamalkan bagi parti-parti politik dalam Pilihan Raya Umum Ketiga.[1]

Antara 11 perkara yang dipersetujui di dalam rukun itu ialah pemimpin-pemimpin parti politik, calon-calon, wakil-wakil calon, penyokong-penyokong, pembantu-pembantu dan pekerja-pekerja parti hendaklah mengamalkan adab yang boleh memberi tauladan. Kecaman-kecaman atas peribadi seseorang calon itu hendaklah setakat kegiatan-kegiatan politiknya sahaja.[1]

Kempen pemulauan pilihan raya

sunting

Parti Buroh Malaysia dilaporkan telah berkempen menyeru orang ramai supaya memulaukan pilihan raya yang akan diadakan pada 10 Mei 1969 itu. Kempen itu dijalankan dengan menyebarkan lebih banyak risalah yang menyeru orang ramai supaya jangan keluar membuang undi. Parti Buroh juga telah menggunakan isu pembunuhan seorang anggota Parti Buroh di Kepong sebagai salah satu daripada gerakan kempen mereka. Parti Buroh menyifatkan pembunuhan itu sebagai usaha bersama yang dijalankan oleh Malaysia dan Singapura, untuk mengekalkan kedudukan imperialis Amerika-British di negara ini.[1]

Setiausaha Agung Perikatan, Tan Sri T. H. Tan turut mengeluarkan kenyataan yang menjangkakan kekacauan yang akan ditimbulkan oleh penyokong komunis dalam Parti Buroh pada hari pembuangan undi. Kekacauan itu bertujuan untuk menganggu perjalanan pilihan raya pada 10 Mei 1969. Kawasan yang dijangka  mungkin berlaku kekacauan ialah Jinjang, Batu, Bangsar, Menglembu dan beberapa kawasan lain yang pernah menjadi kubu kuat Parti Buroh.[1]

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Polis Pulau Pinang, Albert Mah dalam satu kenyataan yang disiarkan di akhbar bertarikh 9 Mei 1969, telah menyeru pengundi-pengundi di Pulau Pinang supaya tidak mendengar berita-berita khabar angin yang mengatakan bahawa negeri Pulau Pinang akan dikenakan perintah berkurung pada hari pembuangan undi.[1]

Polis Siap Sedia

sunting

Ketua Polis Negara, Mohamed Salleh telah menetapkan tindakan berjaga-jaga yang diambil oleh pihak polis bagi menjamin keselamatan 3.3 juta pengundi di Malaysia Barat agar dapat keluar mengundi tanpa sebarang ugutan, halangan dan paksaan. Pengumuman tersebut dibuat sebaik sahaja beliau menamatkan lawatan ke seluruh pasukan polis di tiap-tiap negeri. Pegawai-pegawai polis dari Cawangan Khas, mata-mata gelap dan mata-mata biasa telah diberi tugas khas untuk mencegah sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku pada hari pembuangan undi. Pasukan Field Force, Pasukan Polis Simpanan Khas juga akan ditempatkan di kawasan penting dan merbahaya.

Sekatan-sekatan bagi jalan raya yang masuk ke pusat Kuala Lumpur juga telah dilakukan oleh polis mulai 9 Mei 1969. Sekatan ini bertujuan untuk mencegah kemasukan senjata-senjata yang dijangkakan akan digunakan oleh anasir-anasir jahat bagi melakukan kekacauan dalam pilihan raya ini. Bas, teksi dan kereta telah diperiksa dengan rapi dalam sekatan polis yang diadakan di Cheras dan Sentul bagi kenderaan-kenderaan yang menuju ke Kuala Lumpur. Pasukan Polis Pencegah Rusuhan, Pasukan Polis Simpanan Persekutuan dan sepasukan askar telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Ibu Pejabat Polis Selangor. Kawalan keselamatan yang lebih ketat juga telah dilakukan oleh polis di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai ahli dan penyokong Parti Buroh Malaysia iaitu Kepong, Jinjang, Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kawalan ketat itu dilakukan berikutan dengan desakan daripada Parti Buroh yang meminta orang ramai supaya memulaukan pilihan raya.[1]

Keputusan pilihan raya

sunting

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC telah mengalami kemerosotan yang agak ketara. Parti campuran ini telah memperoleh 74 kerusi berbanding 89 kerusi dalam pilihan raya yang lepas, menunjukkan kehilangan 15 kerusi. Parti Perikatan juga telah hilang majoriti dua pertiga buat pertama kali dalam Dewan Rakyat, di mana majoriti dua pertiga diperlukan untuk meluluskan sebarang pindaan perlembagaan. Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%.

Secara keseluruhannya, parti-parti pembangkang telah memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 54 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153[2],[3] dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang ketara. Gerakan, DAP dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi.

Terdapat 19 calon menang tanpa bertanding di 19 kawasan. Parti Perikatan memenangi lapan kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon. Di Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) memenangi 10 kerusi tanpa bertanding.

Jadual keputusan

sunting

Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1969: Parlimen

Parti Pecahan % undi Jumlah % undi Pecahan Kerusi Jumlah Kerusi
Parti Perikatan (Alliance): 48.41 66
   Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 33.67 51
   Persatuan Cina Malaysia (MCA) 13.50  13
   Kongres India Malaysia (MIC)  1.24   2
Parti Tindakan Demokratik (DAP)  13.73  13
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)   8.57   8
Parti Progresif Rakyat (PPP)  3.87   4
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 23.75  12
Parti Rakyat Malaysia (PRM)  1.24   0
Calon bebas  0.34   0
Jumlah besar 100.0 103
Sumber: 5 Men & 5 Ideas oleh Hng Hung Yong

Keputusan Pilihan Raya Umum 1969 berdasarkan Nohlen et al

sunting
Parti Jumlah Undi % Kerusi +/-
Parti Perikatan[4] 1,063,238 50.9 77 -12
Parti Islam Se-Malaysia 495,641 20.9 12 +3
Parti Tindakan Demokratik, Parti Tindakan Rakyat 286,606 12.1 13 +12
Parti Gerakan Rakyat Malaysia 178,971 7.5 8 Baharu
People's Progressive Party 80,756 3.4 1 +2
Sarawak United People's Party 71,293 3.0 5 Baharu
Sarawak National Party 64,593 2.7 9 Baharu
United Sabah National Organisation 31,947 1.3 13 Baharu
Parti Pesaka Sarawak 30,765 1.3 2 Baharu
People's Party 25,785 1.1 0 Baharu
United Malaysian Chinese Organisation 1,808 0.1 0 Baharu
Bebas 41,710 1.8 1 +1
Undi Rosak 134,230 - - -
Total 2,532,042 100 140 +40
Sumber: Nohlen et al.

Parti pembangkang mengejutkan Parti Perikatan, yang tidak hanya kalah kepada PAS di Kelantan, tetapi kepada Gerakan di Pulau Pinang, yang baru ditubuhkan. Tiada parti mendapat majoriti besar di dua negeri lain. Perikatan hanya menang 14 daripada 24 kerusi di Selangor, dan 19 daripada 40 kerusi di Perak.[5]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i "Arkib Negara Malaysia: Pilihan Raya Umum Ketiga tahun 1969". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-04. Dicapai pada 2018-04-11.
  2. ^ Asian almanac, Volume 7, ms 3672
  3. ^ Personalized Politics: The Malaysian State Under Mahathir, By In -wŏn Hwang
  4. ^ Parti Perikatan#
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama spr



Didahului oleh:
1964
Proses Pilihan Raya di Malaysia Diikuti oleh:
1974