Pilihan raya umum Malaysia 1974
Pilihan raya umum Malaysia 1974 merupakan pilihan raya umum Malaysia yang keempat diadakan antara 24 Ogos hingga 14 September 1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia, juga satu-satunya pilihan raya umum semasa pentadbirannya. Pengundian telah diadakan di 154 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia, setiap satu memilih seorang ahli Parlimen ke Dewan Rakyat. Sebanyak 10 tambahan kerusi dipertandingkan di Semenanjung Malaysia berbanding pilihan raya sebelumnya.
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 154 kerusi dalam Dewan Rakyat 78 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 4,017,266[a] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 75.00% | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Keputusan mengikut kawasan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sejak tahun 1971, keahlian Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan dinamakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara parti-parti komponennya sehingga ramai rang berpendapat bahawa parti campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama.
Barisan Nasional telah memperoleh lebih 60% daripada jumlah undi dan berjaya memenangi 135 daripada 154 kerusi yang dipertandingkan. Seramai 47 orang calon Barisan Nasional menang tanpa bertanding. Parti pembangkang pula memenangi hanya 19 kerusi, iaitu sembilan kerusi dimenangi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sembilan kerusi dimenangi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan satu kerusi dimenangi Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS) yang baru ditubuhkan.
Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.[2]
Pilihan raya negeri turut diadakan di 360 kawasan negeri di serata Malaysia kecuali negeri Sabah pada hari yang sama. Barisan Nasional berjaya meraih semula majoriti dan membentuk kerajaan di kesemua negeri.
Garis masa pilihan raya
suntingPembubaran Parlimen dan tarikh pilihan raya
suntingPada 31 Julai 1974, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein mengumumkan bahawa Parlimen Malaysia yang ketiga dan Dewan-dewan Undangan Negeri, kecuali di Sabah dibubarkan setelah Yang di-Pertuan Agong menandatangani pengisytiharan pembubaran Parlimen. Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah dimaklumkan mengenai pembubaran Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri.[3]
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa tarikh bagi hari penamaan calon ialah pada 8 Ogos 1974 manakala hari pengundian bagi Semenanjung Malaysia ialah pada Sabtu, 24 Ogos 1974. SPR pada 1 Ogos 1974, mengumumkan 21 simbol yang akan digunakan oleh parti politik dan calon bebas dalam pilihan raya ini. Barisan Nasional menggunakan simbol dacing, Parti Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) menggunakan simbol pokok kelapa sawit dan Parti Progresif Rakyat Bebas (PPP) menggunakan simbol rumah api. Lain-lain parti menggunakan simbol parti masing-masing iaitu PEKEMAS (matahari terbit), DAP (roket), Parti Sosialis Rakyat Malaya (Benteng) dan SNAP menggunakan simbol perisai. Sembilan jenis simbol juga disediakan oleh SPR untuk calon bebas dan empat lagi simbol simpanan. Simbol-simbol calon bebas ialah bas, basikal, kapal terbang, anak kunci, lilin, buku, wau dan kepala harimau. Empat lagi sebagai simbol simpanan untuk calon-calon bebas ialah motokar, lampu, lampu picit dan bunga.[3]
Hari penamaan calon
suntingSeramai 1,267 orang calon telah mendaftar untuk bertanding pada 8 Ogos 1974 dengan seramai 939 orang calon bertanding untuk kawasan Dewan Negeri dan 328 orang calon untuk kerusi Parlimen. Sebaik sahaja penamaan calon ditutup, Barisan Nasional telah memenangi 90 kerusi tanpa bertanding. 47 daripadanya merupakan kerusi Parlimen dan 43 lagi merupakan kerusi Dewan Undangan Negeri. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, serta lapan orang Menteri kerajaan antara calon-calon yang menang tanpa bertanding bagi kawasan Parlimen. Ketua Menteri dan Menteri Besar yang menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri termasuklah Datu Mustapha Datu Harun (Sabah), Abdul Ghani Ali (Melaka), Othman Saat (Johor) dan Syed Ahmad Shahabuddin (Kedah). Antara Menteri Kabinet yang menang tanpa bertanding ialah Menteri Dalam Negeri, Ghazali Shafie (Lipis); Menteri Kebajikan Am, Aishah Ghani (Kuala Langat); Menteri Kerja Raya dan Tenaga, Abdul Ghani Gilong (Kinabalu) dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Mohamed Khir Johari.[3]
Hari pengundian
suntingProses pengundian berlangsung agak perlahan pada sebelah pagi di seluruh negara kerana ramai pengundi keluar bekerja. Tempat mengundi telah di tutup pada jam 8 malam dan ada beberapa tempat ditutup lebih awal daripada itu. Sejumlah empat juta pengundi telah keluar membuang undi di 3,000 pusat pengundian untuk memilih 107 calon bagi kerusi Parlimen dan 317 calon bagi Dewan Undangan Negeri.
Susulan peratusan keluar mengundi yang hanya menjangkau 30 hingga 45 peratus di beberapa tempat di negeri Pulau Pinang, Penyelia Pilihan Raya negeri, Ariffin Mohd Yassin terpaksa membuat rayuan kepada para pengundi supaya keluar untuk menunaikan hak mereka. Rayuan dibuat menerusi Radio Malaysia di Pulau Pinang pada jam empat petang.[3]
Penduduk di kawasan Gerik pula dilaporkan telah dikawal oleh Pasukan Anggota Keselamatan. Penduduk yang tinggal di pedalaman diangkut dengan lori-lori tentera yang dikawal rapi untuk di bawa ke tempat-tempat mengundi. Langkah tersebut dilaksanakan agar penduduk dapat keluar mengundi dengan selamat berikutan daripada insiden keganasan pengganas komunis ke atas pekerja pembinaan Lebuh Raya Timur-Barat. Tugas mengawal keselamatan ini tertumpu di kawasan Kenering.[3]
Lebih 30,000 buah kereta termasuk teksi dan bas sekolah telah digunakan oleh parti-parti politik untuk membawa pengundi-pengundi ke pusat-pusat mengundi di seluruh Semanjung Malaysia mulai jam 8 pagi pada 24 Ogos 1974. Barisan Nasional mengatasi lain-lain parti dengan menggerakkan kira-kira 20,000 buah kenderaan yang dipasang dengan bendera dan poster dacing bagi memberi perkhidmatan percuma kepada para pengundi. Parti-parti lain seperti PEKEMAS, DAP, PSRM dan calon-calon bebas juga memasang bendera simbol masing-masing untuk memancing undi pada saat-saat akhir. Jurucakap Barisan Nasional menyatakan bahawa kesemua kenderaan yang digunakan merupakan perkhidmatan sukarela dari pemilik kenderaan sebagai langkah menyokong Barisan Nasional dan calon-calonnya.
Pengiraan Undi
suntingPengiraan undi bagi kawasan Setapak yang diadakan di Sekolah Menengah Lelaki, Jalan Ampang, Kuala Lumpur menjadi kelam kabut, apabila bekalan elektrik terputus dari jam 8.45 hingga 10.15 malam. Keadaan itu memaksa pegawai pilihan raya menggunakan lampu picit, lampu minyak tanah dan lampu kereta. Atas sebab keselamatan peti-peti undi, polis mengawal orang-orang yang keluar masuk ke pusat tersebut. Kerja-kerja mengira undi di pusat itu dijalankan semula pada jam 10.30 malam, kira-kira 15 minit selepas bekalan elektrik di sambung semula. Menurut Lembaga Letrik Negara (LLN), bekalan terputus itu juga turut berlaku di beberapa kawasan lain di Kuala Lumpur termasuklah Kampung Bharu.[3]
Keputusan pilihan raya
suntingWalaupun kemenangan Barisan Nasional merupakan sesuatu yang sudah pasti, parti campuran ini mencatat satu pencapaian yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pemerolehan 135 kerusi atau 87.7% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat telah melebihi pencapaian sebanyak 85.6% yang dicapai pada tahun 1964. Jumlah undi sebanyak 60.7% juga merupakan satu peningkatan sebanyak 23.1% berbanding tahun 1969 yang hanya mencatat 49.3% jumlah undi.
Majoriti sebanyak 87.7% yang diraih Barisan Nasional jauh melebihi dua pertiga Dewan Rakyat yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional juga memenangi semua kerajaan negeri, termasuk Kelantan, disebabkan PAS yang kini merupakan sebahagian parti campuran Barisan Nasional.
Sebaliknya, parti-parti pembangkang pada keseluruhannya mengalami kekalahan yang amat teruk dan mencatatkan rekod yang terendah sejak kemerdekaan dengan jumlah undi hanya sebanyak 39.3%. Bilangan kerusinya sebanyak 19 hanya merupakan 12.3% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Ini merupakan satu penurunan sebanyak 63.7% dalam bilangan kerusinya sejak pilihan raya yang lepas.
Parti politik atau gabungan | Undi | % | Kerusi | +/– | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Barisan Nasional | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | 1,287,400 | 60.81 | 62 | +10 | ||
Persatuan Cina Malaysia | 19 | +6 | |||||
Parti Islam Se-Malaysia | 13 | +1 | |||||
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu | 13 | 0 | |||||
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu | 8 | Baharu | |||||
Parti Rakyat Bersatu Sarawak | 7 | +2 | |||||
Parti Gerakan Rakyat Malaysia | 5 | –3 | |||||
Kongres India Malaysia | 4 | +2 | |||||
Persatuan Cina Sabah | 3 | 0 | |||||
Parti Progresif Penduduk | 1 | –3 | |||||
Jumlah | 135 | +14 | |||||
Parti Tindakan Demokratik | 387,845 | 18.32 | 9 | –4 | |||
Parti Kebangsaan Sarawak | 117,566 | 5.55 | 9 | 0 | |||
Parti Keadilan Masyarakat Malaysia | 105,718 | 4.99 | 1 | Baharu | |||
Parti Sosialis Rakyat Malaysia | 84,206 | 3.98 | 0 | 0 | |||
Kesatuan Insaf Tanah Air | 8,623 | 0.41 | 0 | Baharu | |||
Parti Progresif Penduduk Bebas | 1,356 | 0.06 | 0 | Baharu | |||
Bebas | 124,202 | 5.87 | 0 | –1 | |||
Jumlah | 2,116,916 | 100.00 | 154 | +10 | |||
Undi sah | 2,116,916 | 95.48 | |||||
Undi rosak/kosong | 100,269 | 4.52 | |||||
Jumlah undi | 2,217,185 | 100.00 | |||||
Pengundi berdaftar/Keluar mengundi | 2,956,395 | 75.00 | |||||
Sumber: Nohlen et al., IPU |
Lihat juga
suntingNota
suntingRujukan
sunting- ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, p156 ISBN 0-19-924959-8
- ^ Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia (Sejarah Malaysia), m.s. 293 (1982). ISBN 0-333-27673-6
- ^ a b c d e f "Arkib Negara Malaysia: Pilihan Raya Umum Keempat tahun 1974". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 2018-04-11.
Didahului oleh: 1969 |
Pilihan Raya Umum Malaysia | Diikuti oleh: 1978 |