Pilihan raya umum Malaysia 1990

pilihan raya di Malaysia
(Dilencongkan dari Pilihanraya Umum Malaysia 1990)

Pilihan raya umum Malaysia 1990 merupakan pilihan raya umum yang ke-8 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang ketiga sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya ini juga merupakan kali buat pertama "'UMNO Baru'" bertanding dalam pilihan raya umum.


← 1986 20–21 Oktober 1990 1995 →

Semua 180 kerusi dalam Dewan Rakyat
91 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar7,958,641
 
Pemimpin Mahathir Mohamad Tengku Razaleigh Hamzah (S46)
Fadzil Noor (PAS)
Lim Kit Siang (DAP)
Joseph Pairin Kitingan (PBS)
Gabungan Barisan Nasional Angkatan Perpaduan Ummah Gagasan Rakyat
Pilihan raya
lepas
57.28%, 148 kerusi 15.50, 1 kerusi[a] 22.69%, 34 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
127 15 34
Perubahan kerusi 21 14 4
Undian popular 2,985,392 1,218,211 1,113,488
Peratusan 53.38% 21.78% 19.91%
Peralihan undi 3.90% 6.28% 2.78%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Mahathir Mohamad
Barisan Nasional

Perdana Menteri dilantik

Mahathir Mohamad
Barisan Nasional

Selepas pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah di bawah parti Semangat 46 (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru.

Keputusan pilihan raya sunting

Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan perpecahan UMNO. Namun UMNO-BN hilang kuasa di Kelantan di tangan PAS-Angkatan Perpaduan Ummah dan Sabah ditangan Parti Bersatu Sabah (PBS)

Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal, iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Namun bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi BN itu telah menunjukkan kemerosotan yang cukup ketara. BN telah mengalami kekalahan mutlak di Kelantan.

Sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah menunjukkan penguasaan Parti Demokratik (DAP) yang menguasai 14 daripada 35 kerusi. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memenangi 12 buah kerusi dan Gerakan sebanyak 9 buah kerusi sementara MCA gagal memenangi sebarang kerusi. Pengaruh besar Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang telah menyekat DAP daripada mendapat sokongan lebih ramai orang Cina untuk membentuk kerajaan negeri.

Lihat juga sunting

Nota sunting

Rujukan sunting


Didahului oleh:
1986
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
1995