Pincer Jerman

baka anjing dari Jerman

Pincer Jerman[a] ialah satu baka terier Jerman dalam kumpulan pincer dan schnauzer.[4][1]:218 Ia mengongsi asal usul bersama dengan schnauzer, yang baginya ia pada intinya merupakan padanan berbulu pendek.[5] Ia terdapat dengan dua warna, sama ada hitam dan sawo matang atau merah berwarna sendiri, yang berbeza-bez antara merah rusa dengan perang kemerah-merahan gelap.[2][3]

Pincer Jerman
dua ekor anjing berbulu licin langsing, seekor merah cerah, seekor lagi hitam dengan tanda-tanda sawo matang
Dua warna lapis bulu, "merah berwarna sendiri" dan "hitam dan sawo matang"
Nama lainPincer piawai[1]:218
Negara asalJerman
Trait
Berat 14–20 kilogram (30–45 lb)[2][3]
Tinggi 45–50 sentimeter (18–20 in)[2][3]
Bulu padat, pendek, licin
Warna
  • merah berwarna sendiri
  • hitam dan sawo matang
Jangka hayat 12–14 tahun[1]:218
Anjing (Canis lupus familiaris)

Ia merupakan baka terancam dan tersenarai dalam kategori III dalam Senarai Merah bagi Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen.[6] Ia merupakan baka tersendiri dan terpisah daripada pincer monyet, pincer Austria, dan pincer kerdil.

Sejarah sunting

 
Jean Bungartz, Pincer Jerman, dan Pincer Kerdil, ilustrasi daripada Kynos, tahun 1884
 
Anjing hitam dan sawo matang
 
Anjing merah rusa

Asal usul pincer Jerman tidak diketahui.[7] Anjing jenis ini, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin, secara tradisional dibela sebagai anjing pedati atau sebagai anjing kandang kuda, dan kadang-kadang dikenali sebagai Stallpinscher ("pincer kandang kuda"); ia merupakan anjing pemburu tikus berkemampuan.[7] Kedua-dua jenis dikenali sebagai deutscher Pinscher ("pincer Jerman") dan berasal daripada zuriat sama; anak-anak anjing berbulu kasar dan berbulu licin boleh hadir dalam perinduk sama.[7] Pincer berbulu kasar, yang kemudiannya menjadi schnauzer piawai, juga dikenali sebagai Rattler ("[anjing] pemburu tikus").[7][8]:152

"Pincer licin" disebut oleh Heinrich Gottlieb Ludwig Reichenbach pada tahun 1836.[7] Pada tahun 1880, pincer dicatatkan dalam Deutschen Hundestammbuch ("Buku Pembaka Anjing Jerman") bagi Verein zur Veredelung der Hunderassen.[9] Pada tahun 1895, Ludwig Beckmann [de] memerihalkan lima keragaman puncer – pincer berbulu kasar dan berbulu licin, pincer katik berbulu kasar dan berbulu licin, dan pincer monyet; tentang pincer berbulu licin, beliau berkata bahawa ia semakin kurang umum dan tidak kerap terlihat dalam pertunjukan anjing.[7][8]:152 Pada tahun 1895, sebuah persatuan baka, Pinscher-Schnauzer-Klub, ditubuhkan untuk kedua-dua jenis, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin.[9]

Pincer hampir lenyap pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua. Ia dibina semula oleh Werner Jung daripada seekor haiwan bersaiz piawai tunggal dan empat ekor pincer kerdil yang luar biasa besar.[5][7] Selepas lapan tahun tanpa kelahiran yang tercatat, satu perinduk telah dilahirkan pada tahun 1958.[7] Pincer diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[4]

Pincer Jerman ialah baka terancam. Pada tahun 2003, dengan spits besar dan spits sederhana, ia merupakan 'baka terancam untuk tahun itu' bagi Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen; pada masa itu, terdapat 40 ekor anjing betina pembiakbakaan.[7] Pada tahun 2022, ia disenaraikan dalam kategori III, gefährdet ('terancam'), dalam Senarai Merah bagi pertubuhan itu.[6] Dalam setiap tahun dalam sepuluh tahun itu dari tahun 2008 hingga tahun 2017, angka anak anjing yang dilahirkan adalah antara 350 dengan 450; pada tahun 2016 dan tahun 2017, terdapat hanya lebih 50 perinduk setahun.[5]

Ciri sunting

Pincer Jerman bersaiz sederhana dengan berat untuk kedua-dua jantan dan betina dalam julat 14–20 kg (31–44 lb) dan ketinggian pada paras kelasa sebanyak 45–50 cm (18–20 in).[2][3] Lapis bulunya padat, pendek, dan licin; warnanya mungkin sama ada hitam dan sawo matang atau merah berwarna sendiri, ini berbeza-beza antara merah rusa muda dengan perang kemerah-merahan gelap.[2][3][1]:218

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: ڤينچر جرمن; Jerman: deutscher Pinscher; bahasa Inggeris: German pinscher

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London; New York: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  2. ^ a b c d e "FCI - Standard Nr. 184 DEUTSCHER PINSCHER" [Piawaian FCI No. 184 Pincer Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 18 April 2007. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  3. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 184 DEUTSCHER PINSCHER (German Pinscher)" [Piawaian FCI No. 184 Pincer Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler. 18 April 2007. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b "Deutscher Pinscher (184)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024.
  5. ^ a b c Deutscher Pinscher (Jerman). Witzenhausen: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 16 Februari 2022.
  6. ^ a b Die Rote Liste im Überblick (Jerman). Witzenhausen: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 30 Januari 2022.
  7. ^ a b c d e f g h i Christel Simantke (2003). Die Gefährdete Nutztierrasse des Jahres 2003: Gefährdete Haus- und Hofhunde: Von Spitzen und Pinschern (Jerman). Witzenhausen: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 6 Jun 2012.
  8. ^ a b Ludwig Beckmann (1894–1895). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes (jilid II) (Jerman). Braunschweig: Druck und Verlag von Friedrich Bieweg und Sohn.
  9. ^ a b Rasseportrait: Deutscher Pinscher (Jerman). Remscheid: Pinscher-Schnauzer-Klub 1895 e.V. Diarkibkan pada 23 Mac 2022.